015

212 32 1
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ ❝ KENAPA UWAN tak beritahu yang mama dengan papa balik?" soal Dayana. gadis itu seolah - olah tidak suka dengan kehadiran mama dan papa.

"uwan pun tak tahu mama kau nak balik. tahu - tahu sahaja dah ada luar pagar." ujar Puan Khalijah.

"tak sukalah, akak." gumam gadis itu.

dia duduk dibangku yang berada diluar dapur basah. sungguh dia rimas akan kehadiran dua orang itu disini.

"mama dengan papa duduk sini sampai hari apa?" soal Dayana lagi.

"lama juga. seminggu macam itu."

"kalau macam itu nanti hari Ahad akak balik Kuala Lumpur nanti. malas nak duduk sini lama - lama. nanti berkelahi aja." putus Dayana.

belum sempat gadis itu melangkah masuk ke dalam dapur kering, bayang Ziyad sudah terlebih dahulu berada dimuka pintu.

hampir sahaja gadis itu berlaga dengan tubuh Ziyad.

"nak ke mana, bintang?" soal Ziyad. kepalanya ditundukkan sedikit bagi melihat wajah Dayana.

"keluar. aku rimas duduk dalam rumah ini." datar sahaja gadis itu berucap.

"kakak... janganlah macam itu. pergilah bercakap dengan mama dan papa. tak baik tahu buat mama dengan papa macam itu." tegur Puan Khalijah lembut.

gadis itu mengetap bibir. hujung bajunya digenggam erat. rasanya seperti ingin menangis sahaja ketika itu.

tanpa berlengah, gadis itu memusingkan tubuhnya. laju sahaja dia berlari kearah bahagian depan rumah── memandang dapur basah berada dibelakang rumah Puan Khalijah.

"kalau Yad nak kejar dia, pergilah. biasanya Nana ada dekat sungai bawah tanah perkuburan sana." ujar Puan Khalijake

Ziyad mengangguk faham. tidak mengambil masa yang lama lelaki itu melangkah keluar daripada dapur basah.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

TANGISAN GADIS itu mulai pecah. sungguh dia sudah lama tidak menangis seperti itu. sepanjang beberapa tahun kebelakang ini, dia mencuba pelbagai jenis cara untuk mengelak bertembung dengan mama dan papa.

jujur, dia tidak kuat untuk berhadapan dengan mama dan papa. setiap kali dia melihat wajah kedua manusia itu, hatinya sakit.

perasaan tidak adil mula menghantui dirinya. pelbagai jenis perasaan turut bercampur baur apabila gadis itu mendengar, melihat atau bercakap tentang mama dan papanya.

semakin lama, semakin kuat tangisan Dayana. malah dia turut tersedu - sedan. bahkan uwan juga tidak membenarkan dia membenci mama dan papa.

sedangkan dia sangat mahu untuk membenci dua susuk itu dalam hidupnya. namun seperti yang dia katakan, perasaan tidak adil mula menyerang dirinya.

"bintang..." seru satu suara.

kejung habis tubuh Dayana yang sedang duduk diatas jeti itu. tangannya naik menyeka air mata yang masih bersisa. selepas menyeka air mata, dia menoleh kebelakang.

tepat sangkaannya. Ziyad sudah pun berdiri dibelakang. senyuman nipis dikuntumkan buat Dayana.

"dekat sini rupanya awak, bintang." gumam Ziyad.

tanpa dipelawa, ruang kosong yang berada disamping Dayana menjadi tempat lelaki itu berlabuh.

"kenapa kau ke sini?" soal Dayana. suaranya dikawal agar tidak kedengaran bergetar.

Bintangku Where stories live. Discover now