057

257 30 2
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ  GADIS ITU berlari keluar daripada Dewan Universiti Malaysia. susuk tubuh Ziyad dicari olehnya.

keadaan diluar dewan teramatlah sesak dengan kehadiran ibu bapa dan ahli keluarga students disitu. senyuman kecil merekah pada wajahnya.

bingo! situ pun dia.

syukurlah Ziyad dikurniakan tubuh badan yang tinggi. perkara tersebut memudahkan Dayana mencari susuk suaminya itu.

langkah diatur laju kearah Ziyad. belum sempat dia menerjah si jejaka, tumit kasut tingginya terpijak lubang kecil. hampir sahaja gadis itu jatuh menyembah bumi.

nasib sahaja Ziyad perasan akan gadis itu. tubuh Dayana disambut olehnya. dia membantu gadis itu berdiri dengan baik semula.

sengihan kecil terukir pada wajah Dayana. square academic cap yang berada diatas kepalanya, dia betulkan.

“janganlah berlari, bintang. nasib tak jatuh. saya bukannya hilang pun. ada sahaja tunggu awak dekat sini.” seloroh Ziyad. lelaki itu menggelengkan kepalanya.

“maaflah, saya excited nak jumpa dengan awak. kenapa tak masuk dalam dewan dengan uwan? bukan ke saya dah pesan suruh awak masuk tengok saya dekat dalam?”

gadis itu mencebik. tangannya dilipatkan ke bawah dada.

“sebab ada orang lain yang masuk dalam dengan uwan. jadi saya terpaksalah bagi dia masuk tengok awak.” ujar Ziyad. kedua - dua belah bahunya dijungkitkan.

Dayana mengerutkan dahinya. siapa yang masuk ke dalam dengan uwan? tak akanlah atuk? atuk ada sahaja berdiri disebelah Ziyad ini.

melihat wajah bingung Dayana, Ziyad mengukir senyuman kecil. kedua - dua belah bahu gadis itu dipusingkan supaya tubuh kecil itu menghadap ke belakang.

kelihatan daripada jauh terdapat dua susuk lainnya yang berjalan disebelah kanan dan disebelah kiri uwan. gadis itu memincingkan matanya. wajah kedua - dua susuk itu dipandang lama── cuba untuk mengenal pasti siapakah gerangan itu.

sepasang mata kecil itu terbuka luas. secara langsung, gadis itu menapak selangkah kebelakang. sungguh dia tidak percaya dengan apa yang dilihat sekarang.

tubuh Dayana ditolak lembut oleh Ziyad, “nanti salam mama dengan papa itu.”

ya, sepasang manusia yang berdiri disebelah kanan dan kiri uwan ialah mama dan papa.

“apa pun yang keluar daripada mulut mama dan papa nanti, awak fikir baik - baik dahulu sebelum jawab. saya tak mahu masuk mempengaruhi keputusan awak nanti. satu sahaja saya mahu pesan, seburuk apa pun mama dan papa terhadap awak, kalau tanpa doa mereka, awak tetap tak akan sampai ke tahap ini.” pesan Ziyad.

lelaki itu mula mengundur beberapa langkah kebelakang. dibiarkan sahaja Dayana yang masih kaku ditempatnya. Ziyad mengambil keputusan untuk berdiri disamping Encik Jalani.

Puan Khalijah melangkah menghampiri Dayana. tubuh cucu sulungnya itu dirangkul erat, “tahniah, kakak. uwan banggo dongan kakak.”

“terima kasih, uwan.” ucap Dayana. pelukan diantara Puan Khalijah dan Dayana terlerai.

“uwan ingatkan papa kau sorang sajo doktor dalam keluargo ini. ghupanya ado laie penyambung warisannya.” ujar Puan Khalijah bersama dengan tawa halus dihujung.

Dayana turut tertawa halus, “kan uwan suko tengok doktor perempuan. ha, lopeh ini uwan tengoklah akak pula.”

wanita berusia itu memukul lembut lengan Dayana. kemudian, Puan Khalijah menoleh kebelakang bagi melihat anak dan menantunya. wanita itu kembali menoleh kearah Dayana.

“mama dengan papa ado bondo nak cakap dongan kakak. uwan kebelakang dokek Yad ngan atuk, yo?

lambat - lambat gadis itu mengangguk. selepas sahaja Dayana mengangguk, Puan Khalijah terus berjalan kearah Ziyad dan Encik Jalani. kini, anak mata gadis itu tertancap pada Puan Dhalila dan Encik Zahrin yang berada dihadapannya.

tangan Dayana, Puan Dhalila cuba raih. gadis itu tidak menepis. membiarkan sahaja wanita itu memegang tangannya.

“tahniah, kakak. mama minta maaf sebab banyak buat salah dengan kakak selama ini. mama minta maaf sebab terlalu ego dengan kakak. percayalah, jauh disudut hati mama, mama sangat bangga dengan kakak. cuma mama terlalu ego buat menyatakan itu.”

“mama sepatutnya mengerti kakak juga. mama minta maaf sebab lambat sedar akan perkara ini. mamam tahu, semua orang penat. mama minta maaf. mama tak patut fikirkan diri sendiri sahaja. betulah apa yang kakak selalu cakap pada mama. zaman mama sekolah dahulu, mama tak berada di sekolah lama macam kakak. mama lebih banyak luangkan masa dirumah berbanding disekolah.”

“mama minta maaf. bila kakak bandingkan mama dengan mummy Rauha, barulah mama sedar yang selama ini, akak banyak terasa hati dengan mama. mama akui, mama tak pernah cuba untuk faham anak mama ini. mama selalu fikir tentang diri mama. mama terlalu mahukan kesempurnaan pada anak - anak mama. tanpa mama sedar, semua benda ini merosak mental health anak mama.”

“mama kerja, keluar pagi balik petang. mama balik kerja, penat. mama tak ada masa pun buat dengar cerita anak - anak mama, dengar masalah mereka. mama fikir, anak - anak mama tak ada masalah. mama fikir budak - budak sekolah tak layak pun untuk ada masalah. rupanya mama silap. mama minta maaf, sayang.” ujar wanita itu panjang lebar.

air mata yang ditahan sejak tadi, akhirnya jatuh juga. pinggang Dayana terasa seperti dipeluk daripada belakang. spontan gadis itu menoleh. Ziyad sudah berdiri disampingnya.

“maafkan mama ya, sayang? tak apa kalau kakak tak mahu bekerja lepas ini. berhentilah dan duduk dirumah sahaja. mama sedar yang ada anak yang sihat jauh lebih baik daripada ada anak yang bekerjaya.” tambah Puan Dhalila lagi.

Dayana menggelengkan kepalanya, “tak── tak apalah. akak dah lama maafkan mama. kakak pun nak minta maaf sebab banyak berdosa pada mama.”

“kakak tak pernah buat salah dengan mama. mama sahaja yang keterlaluan dengan kakak. mama sedar yang selama ini kakak buat semuanya sendiri. mama dulu tak pernah pun belajar sambil kerja macam kakak. mama sepatutnya tolong kakak sepanjang kakak bergelar pelajar tetapi mama tak tolong pun kakak. mama biarkan sahaja kakak dekat negeri orang sendiri.”

“it's okay, it's okay. akak dah habis belajar dah pun. mama dah tak perlu fikir lagi dah tentang ini semua. kita mula semula──”

Dayana jeda. nafas dihembuskan kedengaran berat.

“kita mula semula sebagai anak dan ibu ya?”

Puan Dhalila mengangguk. tubuh anak sulungnya itu ditarik ke dalam pelukannya. wajah wanita disembamkan pada bahu Dayana yang sedikit tinggi itu.

“terima kasih sebab banggakan mama dengan papa. mama bangga dengan kakak. mama bangga dengan Doktor Dayana Zhalifah binti Doktor Mohammad Zahrin.” ucap Puan Dhalila ikhlas.

“terima kasih, ma. terima kasih juga sebab dah datang jauh - jauh untuk tengok kakak.”

“mestilah mama datang untuk tengok kakak. siapa sahaja tak bangga anak dia sandang gelaran Doktor?”

Dayana terkekeh perlahan. pelukan Puan Dhalila, dia balas semula. air mata yang masih bersisa gadis itu kesat.

pada akhirnya, semuanya mula berubah sedikit demi sedikit.

akan selalu ada hal yang baik, dalam setiap alur yang Allah tentukan.

jadi kerja kita sebagai manusia hanyalah perlu berusaha dan sentiasa meminta doa dan bantu daripada-Nya. urusan lain, biarkan sahaja Dia uruskan kerana tidak semua permulaan kisah yang buruk bakal berakhir buruk.

dan tidak semua permulaan kisah yang baik bakal berakhir dengan kisah yang baik juga.

jadi teruslah berdoa dan percaya akan aturan yang telah ditetapkan oleh-Nya.

Bintangku Where stories live. Discover now