024

234 33 18
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ RIUH KEDENGARAN tawa memenuhi segenap pelusuk ruang rumah teres dua tingkat itu.

siap ada yang bertepuk tampar lagi.

"siot, mesti malu teruk si Naira itu. hahahaha!" ujar Marissa bersama dengan tawanya. bahu Dianah ditepuk kasar.

"memang patut pun minah nangka busuk itu malu. gatal betul nak dekat hak orang." tambah Dianah pula. dia setuju dengan Marissa.

kini giliran dia pula memukul bahu Marissa.

"euw, agak - agaklah kalau Ziyad itu nak dekat Naira and the gang. memang tak ada taste langsunglah kalau macam itu." giliran Iman pula bersuara.

"betul. dahlah── astaghfirullahalazim. esok aku ada pharmacy lab test. tak patut mengumpat orang." ujar Irisy. kepalanya turut digelengkan.

"tetapi Naira itu bukannya lawa pun." tambah Irisy.

pap!

bahu Irisy dipukul kasar oleh Dayana, "tak mengumpat apanya, kau? siap pakej mengutuk lagi ini."

Irisy mencebik. bahunya digosok lembut, "alah, apa yang aku cakap ini facts kau tahu? dia itu gedik. berapa ramai lelaki dia nak cuba try test pun aku dok tahu."

"bukan ke si Naira itu dengan Aqhif? yang gatal sangat nak try laki Jaja ini apahal?" soal Marissa.

"bukan dah break up ke dua ketul itu?" soal Dianah pula.

"oh, ya eh? maklumlah kitanya bukan student universiti." gumam Marissa.

walaupun dia bukan student universiti, dia pernah kenal dengan Naira suatu ketika dahulu. kawan satu sekolah menengah ceritanya.

"apahal dia putus dengan Aqhif?" soal Iman penuh minat.

"sebab Aqhif itukan jejaka idaman fakulti kejuteraan. ramai perempuan nak ke dia. dia pun jenis melayan and pasang banyak." jelas Irisy.

"lagipun Aqhif itu gonta - ganti kekasih macam ganti baju." tambah Dayana, menyokong penjelasan Irisy.

kesemua yang berada diruang tamu itu mengangguk. memang semua orang tahu akan perangai buruk Aqhif Farhan itu.

tetapi masing - masing masih buta agaknya. tetap ramai juga gadis mahu kejarkan hot stuff Universiti Malaysia itu.

bunyi tepukan tangan Irisy mematikan lamuna. semua orang. kini, kesemuanya mulai fokus kearah gadis berambut paras pinggang itu.

"i have a good new untuk kau orang!" ujar Irisy girang.

"apa dia?" soal Iman.

"lepas sahaja majlis kahwin Jaja berlangsung, aku akan bertunang!"

"wah, tak sangka!" ujar Marissa tidak percaya.

"akhirnya setelah Juju duduk dalam hubungan haram hampir 6 tahun, dia bertunang juga." ujar Iman pula. ada bau - bau sindiran disitu.

bantal yang berada disamping, Irisy ambil. gadis itu sudah beragak - agak untuk baling bantal hiasan itu pada Iman.

"tahniah, Ju. bertunang juga kawan aku ini." ucap Dayana, separa ikhlas.

sebenarnya, dia setuju dengan hujah Iman tadi.

"macam mana Hazael itu lamar kau?" soal Dianah.

"oh, dia ada datang fakulti petang tadi. lepas habis kuliah. lagipun pagi tadi, dia yang hantar aku ke fakulti."

"okay, sambung." pinta Marissa.

"lepas itu dia bawa aku ke tasik buatan Kuala Lumpur itu. dan dan dia lamar aku dekat situ. oh my god, angau teruk aku." cerita Irisy riang.

Bintangku Where stories live. Discover now