004

302 38 11
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ SELEPAS SAHAJA hampir semua jenis persiapan selesai diuruskan, kesemua orang mula masuk ke dalam rumah untuk berehat.

seiring waktu, majlis malam berinai turut berlangsung pada malam itu. maka, Nur dan Aidan sudah pun duduk bersimpuh ditengah - tengah ruang tamu.

si jejaka sudah pun selesai mengenakan inai pada jarinya. manakala si dara pula masih lagi menghulurkan tangan pada tukang pengukir inai.

Dayana menyimpul senyuman kecil. suka dia apabila melihat Nur dan Aidan berbual mesra. perbualan dua manusia itu juga diselangkan dengan bunyi ilai tawa mereka.

nampak bahagia sahaja.

“Aya! mehlah berinai juga.” panggil Nur.

Dayana menggelengkan kepalanya. sejujurnya, dia tidak suka mengenakan inai pada kulitnya. bakalan nampak kusam nantinya.

“alah, sinilah Aya. bukannya selalu tau.” Nur masih lagi mencuba untuk memujuk Dayana.

“tak mahulah aku.”

“tak nak kawan.” cebik Nur.

“aku tak nak jadi pengapit kau esok.”

alamak, ugutan maut.

“ish, Aya! mehlah sini!” panggil Nur.

Dayana terkekeh perlahan. langkahnya diaturkan kearah Nur dan Aidan. gadis itu mengambil tempat dihadapan Nur.

“Yad!”

selang kemudian, Aidan mulai bersuara. spontan Nur dan Dayana menoleh kearah gerangan yang dilaung oleh Ziyad itu.

secara tidak sengaja, pandangan Ziyad dan Dayana bertaut. terus sahaja lelaki itu mengukirkan senyuman manis buat Dayana.

Dayana pegun. jujur, senyuman lelaki itu boleh dikatakan indah. mata Ziyad membentuk bulat sabit terbalik apabila tersenyum. lelaki itu juga memiliki lesung pipit pada pipi kanannya.

gadis itu menggelengkan kepalanya. cepat - cepat pandangannya dialihkan kearah lain── pandangan jatuh pada telapak tangan Nur yang masih diukir oleh pengukir inai tersebut.

“meh lah duduk sini, Yad.” panggil Aidan.

Ziyad tidak membantah. lelaki bertubuh tinggi itu melangkah kearah pusat ruang tamu. ruang kosong disamping Dayana menjadi tempat Ziyad berlabuh.

“nak berinai sekali tak?” soal Aidan.

“boleh juga. tiga jari aja kan?” soal Ziyad.

“iya, tiga jari aja.”

Ziyad mengangguk. kemudian lelaki menoleh kearah pengukir inai lelaki yang berada dibelakang Aidan itu.

selepas menyatakan hasratnya kepada pengukir inai tersebut, lelaki itu menghampiri Ziyad── mengambil tempat diantara Ziyad dan Aidan.

Ziyad menghulurkan tangan kirinya kepada pengukir inai itu. seterusnya, proses mengenakan inai dimulakan.

“tengok itu, Aya. Yad pun mahu kenakan inai. kau tak akan tak mahu?” soal Nur.

“tak mahulah. nanti tangan aku nampak kusam.”

“tak kusamlah. kulit kau bukannya gelap sangat pun. jadi tak kusamlah.” lagi - lagi Nur cuba untuk memujuk Dayana.

“awak cubalah, Aya. lagipun bukan selalu ada majlis kahwin. lepas ini kalau mahu tunggu majlis kahwin lagi, tunggulah abang Aidan kahwin lagi satu hahaha.”

laju sahaja Aidan mencubit kasar bahu adiknya itu, “terajang kau kang.”

Ziyad menghambur tawa. lucu melihat wajah cemberut abangnya itu, “gurau sahaja. abang jangan cari lain pula. memang Yad teranjang abang.”

Bintangku Where stories live. Discover now