034

215 33 10
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ  ❝ TUNGGU CIK abang ke tu, Ja?” tegur Irisy. bahu Dayana dirangkul daripada tepi.

“tak adalah. hari ini aku balik sendiri. sahaja ambil angin dahulu sebelum balik ke rumah.”

“jangan ambil angin lama sangat. takut Naira dengan konco - konco dia datang menyemak.”

seraya dengan itu, Dayana menghamburkan tawanya. lama juga dia tidak dengad cerita tentang Naira. kena telan dengan paus ke?

“biarlah, Naira itu. malas aku mahu ambil tentang dia. lagipun apa dia boleh buat, yang kahwin dengan Ziyad itu aku. bukan dia. jadi tak perlu kot nak terhegeh - hegeh dekat suami orang.”

“cis, lepas kahwin ini aura bini orang terus terserlah.” kutuk Irisy.

“ini ke Jaja yang bising tak mahu kahwin dahulu? tahu - tahu dia kahwin paling awal.” sampuk satu suara.

serentak Irisy dan Dayana menoleh ke samping. susuk tubuh Iman menerjah pandangan.

“yang kau berdua masih lagi tercongok depan pintu masuk kampus ini kenapa?” soal Iman.

“sahaja melepak. kau ini daripada mana? apahal pula budak accountancy ada dekat blok ini?” soal Dayana. suara gadis itu jelas menunjukkan yang dia sedang menyindir.

“oh, aku ada urusan dengan Prof. Dean tadi. itu yang aku datang blok ini.”  jelas Nuriman.

Dayana dan Irisy hanya mengangguk. tidak mahu bertanya lebih lanjut tentang pertemuan Iman dan Professor Dean.

“eh, ha. minggu depan majlis tunang kau dengan Hazael, kan?” soal Iman tiba - tiba.

“ha'ahlah. aku lupa nak beritahu Jie perihal majlis tunang kau. nasib Iman ingatkan.”

patutlah dia rasa seperti ada yang mahu dikatakan kepada Ziyad. perihal majlis tunang Irisy rupanya.

“datanglah nanti. aku buat dekat rumah ibu. malam itu pula aku buat dekat dewan. time itulah aku jemput budak - budak maktab.”

“kalau aku datang pagi je boleh tak? malaslah nak jumpa budak - budak maktab.” keluh Dayana.

sebenarnya, lebih kepada malas bersua dengan Ezham dan Juhaina.

“ah, kau! jangan nak mengada.”

laju sahaja Dayana mencebik. baru berniat nak larikan diri. tak lepas pula.

“nanti, sehari lepas majlis tunang kau, ada game F1 dengan Sepang. aku ingat nak pergi tengok. kau mahu ikut?” soal Dayana.

“tak mahulah. panaslah kalau duduk sana. kau ajaklah Ziyad pergi Sepang.” tolak Irisy.

“aku mahu pergi tetapi itulah. kalau kau ajak Ziyad, nanti aku jadi nyamuk pula.” Iman pula bersuara.

“alah, jomlah. nanti Hazaen main tahu? bila lagi aku mahu tengok Hazaen main?” cubaan memujuk diteruskan.

“tak mahulah aku tengok Hazaen itu. kau pergilah ajak Ziyad.” tolak Irisy lagi.

entah siapa - siapa sahaja lelaki bernama Hazaen itu. dia kenal pun tidak dengan lelaki yang sering menjadi buah mulut gadis - gadis disekitarnya itu.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ   TOMBOL PINTU dipulas. daun pintu berwarna putih kosong itu ditolak. sejurus itu, dia melangkah masuk ke dalam rumah.

Bintangku Donde viven las historias. Descúbrelo ahora