049

185 27 0
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ  DENGAN KOT putih yang masih lagi melekat pada badannya, gadis bertudung olive green itu berlari kearah salah satu ward yang ada di PPUM itu.

hampir sahaja dia tergelincir apabila mengambil lap ketika mahu memasuki suatu lorong sebelum gadis itu tiba dihadapan sebuah ward.

cermin kecil yang terdapat pada pintu ward itu memudahkan Dayana untuk melihat keadaan dalam ward tersebut. susuk tubuh seseorang yang terkulai lemah diatas katil dipandang sayu.

“Jaja.” seru satu suara.

gadis itu menoleh kearah sumber suara. tubir matanya mula terasa panas.

“Danah...” gadis itu menggumam kecil. langkahnya diatur kearah Dianah. tubuh sahabatnya itu dirangkul kemas.

“janganlah menangis, nanti Juju mesti gelakan kau sebab menangis.” pujuk Dianah.

ya, tubuh yang terkulai lemah diatas katil hospital itu ialah Irisy Zhulaiqa. Dianah menelefonnya bagi memaklumkan bahawa Irisy terlibat dalam sebuah kemalangan.

nasib sahaja dia sudah selesai kuliah ketika itu.

dan dia sangat bersyukur kerana Professor Dean atau nama lengkapnya, Dean Haiqhaf, melepaskan semua pelajar lebih awal daripada biasa.

“tak luculah, Danah.” bahu Dianah ditepuk oleh Dayana.

“oh, tak lucu eh? hurm, lawak aku tak menjadilah kali ini, Man.” lirih Dianah. gadis itu melirik kearah Iman yang sedang berdiri itu.

“macam mana Ju boleh terlibat dalam kemalangan?” soal Dayana.

“katanya dia mahu keluar berjumpa dengan Hazael. mahu uruskan barang kahwin mereka nanti tetapi lepas itu aku dapat panggilan daripasa pihak hospital. katanya Juju dikejarkan ke hospital kerana kemalangan.” jelas Iman.

Dayana mengeluh kecil. gadis itu terduduk diatas lantai hospital. kepala dilagutkan bagi melihat siling putih yang berada diatasnya.

“bukan ke selalunya Hazael sendiri yang akan datang menjemput Juju? tetapi kenapa hari ini dia pergi dengan kereta sendiri?” soal Dayana. wajahnya kembali diturunkan.

jika Irisy mahu keluar berkencan atau kemana - mana sahaja dengan Hazael, pasti lelaki itu sendiri yang akan menjemput Irisy. kenapa hari ini, Hazael membiarkan gadis itu memandu dengan sendirinya?

“aku pun pelik. aku tak tahulah mahu kata apa. nanti kalau Juju dah sedar, kita tanya sendiri pada dia.” cadang Dianah.

ketiga - tiga gadis itu mengangguk serentak.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

TOMBOL PINTU dipulas lalu ditolak daun pintu tersebut. gadis bertudung olive oil itu melangkah masuk ke dalam rumah pangsapuri itu.

dia berdecak kasar. kasutnya ditanggalkan lalu diletakkan keatas rak kasut. Dayana menyambung langkahnya.

meow!

Dayana menurunkan pandangannya. makhluk berbulu yang berada dihadapan kakinya itu diambil lalu digendong. hidung Aswad dikucup oleh Dayana.

alahai, hilang penatnya apabila lihat makhluk bulus comel ini.

“Aswad dah makan? mesti abang Yad tak bagi awak makan, kan?” soal Dayana. gadis itu terkekeh kecil.

“baik sikit eh? saya dah bagi dia makan tadi.” tegur satu suara.

Bintangku Where stories live. Discover now