019

213 32 3
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ    AIR SUSU suam yang berada dalam cawan itu dimain oleh Ziyad. lelaki itu hanya bermain dengan air tanpa sedikit pun ingin menyisip susu suam itu.

keluhan kecil dilepaskan.

“minumlah, Yad. umi buatkan Yad air untuk minum, bukan dimainnya air susu itu.” tegur Puan Aida.

Ziyad hanya tersenyum tawar. gelas itu diambil lalu dibawa ke ulas bibir. seterusnya, dia menyisip air susu tersebut.

“bila Yad nak bawa Aya jumpa umi?” soal Puan Aida spontan.

pft──

“astaghfirullahalazim, Ziyad Nufa'el.”

bingkas Puan Aida bangun untuk mengambil beberapa helai tisu. kemudian, wanita itu kembali semula kearah Ziyad. tisu tersebut dihulurkan kepada anak lelakinya itu.

laju sahaja Ziyad menyambut huluran si ibu. sehelai tisu dibawa ke mulut bagi mengesat sisa air susu. manakala beberapa helai tisu lagi digunakan untuk mengelap sisa air susu yang terperecik.

“Yad tak tahulah, umi. macam yang Yad kata ke umi, Aya buat semua ini bersebab. umi rasa keputusan Yad ini tepat ke?” soal Ziyad bagi menanyakan pendapat si ibu.

Puan Aida mengukir senyum manis buat anak terunanya itu. bahu Ziyad diusap lembut.

“Yad dah besar. Yad dah boleh buat keputusan sendiri. umi hanya boleh bagi pandangan dan pendapat sahaja. kalau untuk tentukan alur hidup Yad, itu urusan Yad. umi tak boleh masuk campur.”

Puan Aida jeda. senyuman semakin dilebarkan.

“kalau Yad rasa, Yad dah bersedia untuk galas tanggungjawab sebagai seorang suami, silakan. umi tahu Yad mampu untuk galas tanggungjawab dengan baik. tak kisahlah sebagai seorang anak, guru, adik mahupun kawan.”

“kalau betul Yad mahukan Aya, berbincanglah baik - baik dengan dia. walaupun keputusan Aya hanyalah disebabkan dia mahu menggertak mama dia tetapi kalau Yad betul - betul mahu, usahalah.” tambah Puan Aida lagi.

kali ini, bahu lebar anaknya itu ditepuk beberapa kali.

“umi rasa... Yad boleh ke pikul tanggungjawab sebesar itu? Yad takut, umi.” gumam lelaki itu perlahan.

“macam yang umi cakap, pilihan dekat tangan Yad. umi hanya boleh berikan pandangan dan pendapat sahaja.” Puan Aida mengulangi semula hujahnya.

“makin lama Yad kenal dengan Aya, makin Yad jatuh cinta dengan dia. Yad tahu salah kalau keluar ke sana, ke mari bawa anak dara orang. Yad cuma mahu sentiasa bersama dengan dia.”

nafas berat dilepaskan oleh Ziyad. sungguh dia mahu memiliki gadis itu tetapi ada beberapa perkara yang dia masih ragukan.

“Yad cubalah tanamkan niat yang baik dalam hati itu. kalau niat Yad baik, In Sya Allah... Allah itu akan bantu Yad.” lembut sahaja Puan Aida menasihati anak terunanya itu.

tubuh sasa milik Ziyad itu dirangkul oleh Puan Aida. diusap lembut belakang tubuh anak lelakinya itu.

Ziyad menyembamkan wajahnya pada bahu Puan Aida. dia turut membalas pelukan si ibu.

“Yad sungguh mahukan Aya, umi. umi tolong Yad, ya?”

Puan Aida mengangguk. ditepuk - tepuk lembut belakang tubuh tegap anaknya itu.

“iya, umi tolong Yad. nanti ada masa, bawalah Aya berjumpa dengan umi. sebulan itu tak lama, Ziyad.”

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

Bintangku Where stories live. Discover now