042

187 28 8
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ  ❝ ABANG YAD!”

gadis kecil itu berlari kearah Ziyad. tubuh kekar itu dirangkul oleh gadis kecil itu.

“Hauraa, rindunya abang pada awak.” ucap Ziyad. pipi gebu itu dikucup berkali - kali. geram! makin berisi aja budak kecil ini.

“bila abang sampai?” soal gadis itu, petah.

“pagi tadi. abang lupa pula kau orang sekolah. bosan tahu abang tunggu awak semua.” ujar Ziyad kepada beberapa orang budak kecil dihadapannya itu.

“kita orang tak suruh abang tunggu kita orang pun.” ujar seorang budak lelaki.

“ewah, Yousuf. abang balik karang tahulah kamu.”

“ish, Yousuf main - main aja. abang ini.” budak lelaki bernama Yousuf itu melangkah menghampiri Ziyad. tubuh kekar itu dirangkulnya.

“Yousuf rindu abang Yad.” ucapnya.

“abang pun rindu Yousuf juga.” ujar Ziyad. rambut Yousuf diusap lembut.

“abang rindu Yousuf dengan Haura je? habis Baheera?” soal seorang lagi budak perempuan.

“aah, tak akan Yousuf dengan Haura aja? abang tak rindu Farhan ke?” soal seorang lagi anak lelaki.

“semua abang Yad rindu. kalau tak rindu, tak adanya abang nak balik rumah bonda. ingat abang tak ada kerja ke?” seloroh Ziyad.

tangan, Ziyad depakan. Farhan dan Baheera berlari masuk ke dalam dakapan lelaki itu. dipeluk kemas keempat - empat kanak - kanak itu.

haih, nasiblah tangan panjang. kalau tidak memang tak muatlah mahu dakap kesemuanya.

“hei, budak - budak ini. masuk dalam cepat. awak - awak itu sudahlah baharu balik sekolah. mandi dahulu baru nak peluk abang Yad.” tegur bonda daripada belakang. wanita itu bercekak pinggang.

“alamak, bonda dah marah. pergi mandi cepatttt.” ujar Ziyad.

keempat - empat kanak - kanak itu tertawa riuh. masing - masing mula berlari masuk ke dalam rumah. sedang yang lain sudah masuk ke dalam rumah, Yousuf seorang sahaja berhenti dihadapan bonda.

anak lelaki itu melagutkan kepalanya, “hehe, maaf bondaa.”

Yousuf kembali berlari masuk ke dalam rumah. masih kedengaran jelas bunyi kekehan tawa anak lelaki itu.

wanita paruh baya itu menggelengkan kepalanya. sentiasa ada sahaja perangai budak - budak itu. tiada hari tanpa perangai.

“ha, Yad. sampai bila nak melongo dekat beranda itu? masuklah dalam. nanti boleh makan sama - sama.” ujar bonda.

Ziyad terkekeh perlahan. lelaki bertubuh tinggi itu turut bangun. tengkuknya diusap lembut.

“mana Aya, bonda?” soal Ziyad. bayang gadis itu tidak kelihatan diruang tamu mahupun dapur.

“ada dekat atas. katanya nak siapkan assignment. pergilah naik, ajak Aya makan sekali.” titah wanita itu.

Ziyad mengangguk. terus lelaki itu melangkah masuk ke dalam rumah.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

TOMBOL PINTU dipulas oleh Ziyad. sejurus itu, daun pintu ditolak oleh Ziyad. senyuman kecil terukir pada wajah Ziyad. gadis yang sedang duduk bersila dihadapan katil itu dihampirinya.

“buat apa itu?” soal Ziyad. dia mengambil tempat kosong disamping Dayana. laptop yang berada dihadapan gadis itu dipandang.

“goreng nasi. sedap tak bau dia?” sarkastik Dayana. mata gadis itu langsung tidak lepas daripada memandang layar laptop.

Bintangku Where stories live. Discover now