281 30 6
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ ❝ ZIDDANE, JANGAN lari! nanti jatuh!” laung Dayana.

baharu sahaja Dayana menegur, anak lelaki itu sudah pun tersungkur jatuh. namun nasib sahaja Ziyad sempat menangkap tubuh kecil itu daripada belakang.

Dayana berlari mendapatkan Ziyad dan Ziddane. tubuh nak kecil yang berada dalam dukungan Ziyad itu diambil.

wajah comel itu dielus lembut, “kan mama dah kata jangan berlari. nasib tak jatuh.”

Ziddane tersengih kecil. wajahnya disembamkan pada ceruk leher si ibu. perangai sebijik betul macam si ayah.

cowwi, mama.” ucap anak kecil itu bersama dengan pelatnya.

Ziddane Najmi anak kecil yang baru sahaja menginjak usia 2 tahun. rupa paras pun sudah sama seperti Ziyad. bahkan perangainya turut mengikuti perangai lelaki tinggi itu.

Dayana melagutkan kepalanya. wajah Ziyad dipandang sebelum wanita itu menghulurkan tangan kepada Ziyad.

tanpa berlengah, tangan kecil itu disambut. kekura tangan Ziyad, Dayana kucup ringkas. sengihan kecil terbit daripada bibir si wanita.

“lambatnya balik. awak beli barang nak buat kek ke atapun awak pergi buat kek?”

“jalan jammed lah, bintang. lepas itu budak ini kemain lagi dia paw duit saya.” ujar Ziyad. pipi gebu anak lelakinya itu dicubit lembut, geram!

si ibu memandang kearah Ziddane. anak kecil itu sudah pun menyungging sengih, “mana ada!”

sepasang suami isteri itu mengekehkan tawa. tangan kekar milik Ziyad naik mengusap kepala Ziddane. kemudian, tangan itu turun pada pipi Ziddane. sekali lagi pipi anak lelakinya itu menjadi mangsa cubitan.

“iyalah, memang aiskrim Iedan tadi... Aswad yang makan.” kelutuk si ayah.

kalau perangai yang satu ini, turun daripada Dayana pula. pantang sahaja nampak kedai aiskrim, pasti anak kecil itu akan menarik tangan Ziyad supaya mengikutinya ke kedai aiskrim.

“sudah, pergi tukar baju dengan abi. lepas tukar baju, turun semula.” arah Dayana. Ziddane diturunkan ke bawah.

dengan langkah tertaktih, Ziddane berjalan kearah tangga. diikuti dengan Ziyad yang berjalan dibelakang anak kecil itu.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

TEPUNG DITUANGKAN ke dalam adunan mengikut sukatan yang diberikan dalam resepi masakan. seterusnya, gadis itu mengadun adunan tersebut.

sepasang tangan kekar melingkar pada pinggang Dayana. dagu, Ziyad rehatkan pada bahu si isteri. pipi kiri Dayana dikucup sekilas.

“kalau nak mengada, nanti - nanti sahaja. saya nak──”

“abi!” lantang suara Ziddane kedengaran.

dengan tenaga yang tidak seberapa, Ziddane cuba untuk menolak tubuh Ziyad. namun apakah daya, sudah tentu Ziyad tidak berganjak sedikit pun daripada tempatnya.

Ziyad menjatuhkan pandangannya pada Ziddane. jelas pada wajah si ayah kelihatan tidak puas hati.

“janganlah eyuk ( peluk ) mama!” kaki jinjang itu dipukul oleh Ziddane.

si ayah mengeluh kecil. tubuh Ziddane diangkat lalu diletakkan keatas meja. pipi mulus itu dicubit oleh Ziyad.

tak boleh betul nak bagi chance dia mengada. pasti budak kecil akan datang mengganggu ketenteramannya.

Bintangku Where stories live. Discover now