Hati Gembira.

1.3K 108 16
                                    

"Him. Kau tak nak ke pantau kebun kau lebih ketat lagi ke?. Mana tahu ada orang nak buat khianat kat kebun kau ni." Cadang Mior.

Brahim tersenyum kecil.

"Aku tiap-tiap hari pergi kebun. Cuba cari jejak kaki king kong yang di sebut-sebut sangat tu. Haram tak jumpa. Satu lopak pun tak ada. Tapak kasut but aku je banyak. Pokok pisang pun aku dah semak satu-satu. Mana tahu ada yang calar kena cakar ke..tak ada,Mior...pening aku." Brahim  mengeluh.

Tayar motorsikal mula bergerak melalui jalan yang becak. Kadang-kadang termasuk ke dalam lopak dalam dan terhuyung-hayang mereka berdua. Brahim masih lagi menguasai motorsikalnya. Pandangannya tajam merenung jalan yang di lalui.

"Hemm... aku pun pening dengan geng bini aku tu. Hari-hari ada je cerita king kong. Yang jumpanya tu sorang je. Tapi yang lain bercerita macam pernah jumpa sama. Lina tu kalau aku tak menjerit lapar memang dok tersidai la tepi pagar rumah Leha tu. Dah macam tak ada laki dah.!" Rungut Mior. Geram dengan perangai suri rumah yang suka membuat ketupat termasuk isterinya.

"Aku bukan apa..aku kasihan tengok kau. Isteri kau tu mengandung..bila pergi kedai asyik kena jeling dengan geng Leha je. Anak aku Farid tu bagi tahu aku yang Dania kena buli kat sekolah. Kena baling telur la..bertih jagung la..kasihan tengok anak kau." Luah Mior lagi.

Brahim cuma tersenyum nipis.

"Mungkin ni ujian dari Allah,Mior. Aku redha..mana tahu aku nak dapat rezki besar ke lepas ni..hahahaha" Brahim ketawa sendiri.

"Hish! Jangan main-main..aku aminkan ni..mudah-mudahan kau dapat rezki besar...kebenaran akan terbongkar. Biar satu kampung datang minta maaf dekat kau." Kata Mior bersungguh-sungguh.

"Amin...sama-sama la kita tunggu."

Perbualan ke dua lelaki itu semakin rancak dengan cerita-cerita masa muda mereka. Mior yang tak segan silu bercerita bagaimana dia pergi ke siam kerana tak tahan melina Malina isterinya yang sekarang. Pergi untuk mendapatkan minyak pengasih. Tapi akhirnya di kejar oleh orang kampung kerana cuba mengorat anak dara kampung itu. Dan yang paling terkejutnya Mior masa itu apabila pulang ke kampung dia telah di tampar oleh Malina kerana Malina ingatkan Mior pergi kahwin di sana. Rupanya Malina juga menaruh hati padanya. Ah,hidup ini tidak dapat di duga!

➰➰➰

"Duduk di sini dulu. Aku bersihkan darah di bawah." Bahu Qasidah di pegang kejap. Bimbang ibu yang baru bersalin itu terjatuh.

Qasidah mengucap syukur kerana hujan telah berhenti dan dia berjaya naik ke rumahnya. Bajunya juga sudah berganti dengan baju kering. Si kecil juga telah di bersihkan oleh Zainab dan di potong tali pusatnya. Qasidah begitu bersyukur dengan ada Zainab di sisi.

Zainab mengambil pelastik hitam dan mengisi uri yang di balut kain batik Qasidah. Darah yang penuh di tanah di siram dengan air hingga hilang pekatnya. Baju Qasidah yang penuh berdarah di masukkan ke dalam baldi. Semua di lakukan dengan pantas memandangkan hari semakin menuju ke petang. Bimbang pula akan terjadi sesuatu yang tak terduga.

"Alhamdulillah...siap!" Zainab duduk di pangkin melepas lelah. Dahi berpeluh di lap dengan hujung tudungnya. Matanya di liarkan pada tempat Qasidah bersalin tadi. Bimbang terlepas sesuatu. Semuanya sudah bersih. Zainab tersenyum lega.

"Ya Allah...moga bayinya sihat...tak terkena sebarang mata jahat. Moga bayinya tidak banyak meragam. Moga ibunya juga sihat selalu. Ya Allah...moga rahmatMu sentiasa bersama keluarga ini. Tunjukkanlah kebenarannya,Ya Allah." Tapak tangan di tadah.

Zainab mengambil baldi baju dan naik ke rumah. Dia segera menuju ke dapur. Membancuh kopi halia untuk Qasidah.

"Terima kasih,Kak Nab." Ucap Qasidah. Zainab tersenyum cuma.

"Kau tu dah macam adik aku dah..aku datang ni nak serahkan duit kutu. Si Leha tu tak berani nak ke rumah kau. Dah penyakit apa entah merasuk dia. Aku pun hairan. Percaya sangat dengan cerita-cerita tu. Aku,selagi aku tak nampak dengan mata kepala aku sendiri,aku takkan percaya. Laki aku sendiri pergi kebun Brahim nak tunggun king kong tu. Tak muncul pun. Entah betul ke tidak aku pun tak tahu." Zainab menjuih bibir.

➰➰➰➰

"Tak mengapalah,kak Nab..saya percaya Allah ada untuk kami sekeluarga. Nanti orang akan tahu juga yang sebenarnya. Itu doa saya,kak Nab." Sampul surat berisi duit kutu RM1500 di ambil dan di selitkan di bawah bantal.

"Hmmh..kau ni baik sangat,Dah. Dari dulu ada je yang tak puas hati kat kau. Dulu masa kat Perak pun orang dok mengata kau jugak. Kahwin dengan orang miskin la..hakikatnya Brahim tu orang kaya tanah di kampung ni. Laki aku kata dia dah pagarkan kebun pisang tu. Dia nak tengok dalam seminggu ni ada lagi tak orang nampak king kong tu. Aku pun teringin nak tengok. Hafiz kata mata dia besar bola ping pong. Tapi anak aku tu jenis penakut juga sebenarnya." Zainab ketawa sendiri.

Qasidah tergelak kecil.

"Eh,dah nak margrib ni. Aku balik dululah,Dah. Bising pulak laki aku nanti." Zainab bangun menuju ke pintu.

"Malam ni aku datang dengan Abang Ya hantar rempah untuk kau berpantang. Air panas dah di tanak dah. Periuk besar. Sirih pun aku dah ambil tadi. Buat basuh badan kau. Kalau boleh suruh Brahim siramkan. Aku balik dululah,ya." Zainab melangkah keluar.

Bunyi motorsikal Brahim membuatkan Zainab berasa sedikit lega.

"Dah balik pun kau. Air panas aku dah tanak atas dapur. Nanti tolong padamkan. Sirih aku dah sediakan buat mandi si Qasidah tu. Kau tolong siramkan ya,Brahim. Aku balik dululah,Brahim. Assalamualaikum." Zainab segera berlalu membiarkan Brahim dengan wajah bingung.

"Dah kenapa?" Brahim duduk di tangga. Membuka kasut butnya yang di penuhi tanah selut. Kaki dan tangan di cuci bersih di paip tepi tangga.

"Uwaaaa.....uwaaa.....uwaaaa....." Brahim kaku di situ. Matanya terbeliak. Tubuhnya di tegakkan.

"Dah?!" Laungnya.

"Ye bang.." sahut Qasidah tapi tidak menunjukkan muka.

"Anak siapa yang menangis tu?" Kepala Brahim tersembul di pintu. Matanya terbeliak melihat Qasidah membelai seorang bayi. Cepat-cepat dia menghampiri.

"Assalamualaikum,ayah..." tapak tangan si kecil di letakkan di pipi Brahim.

"Allah!..isk,isk...." Brahim menangis kegembiraan. Pipi merah di kucup berkali-kali. Bau syurga. Dahi isterinya di cium lama. Air mata mengalir jatuh ke dahi isteri tercinta.

"Mesti Dania gembira. Kan,bang?"

"Ya. Mestilah..dah lama dia nak adik."

"Abang pergi mandi dulu...lepastu tolong mandikan Dah ye. Boleh?" Qasidah melentokkan kepala ke bahu Brahim.

"Ok.!" Brahim bangun dengan segera menuju ke dapur. Qasidah tergelak lucu.

"Ayah dah balik...kita tunggu Kak Long pulak ya..." Qasidah terbayangkan wajah Dania yang akan tersenyum gembira melihat adiknya nanti. Bahagia sungguh rasanya.

Mata KeraWhere stories live. Discover now