Menggali ( Part 3)

1K 87 1
                                    

Daun-daun mempelam yang luruh di cakar lalu di longgokkan di satu tempat. Sesekali Suraya akan berpusing mencari Aqila. Bimbang jika anaknya bermain terlalu jauh. Aqila masih di tempat yang sama. Bermain dengan Khaira di atas pangkin. Suraya tersenyum memerhati gelagat keduanya.

"Kak!.Bang Din talifon ni.!" Laung Khamisah dari tingkap rumah.

Berlari-lari anak Suraya mendapatkan talifon di tangan Khamisah.

"Hello,bang?"

"Assalamualaikum?" Sapa Nordin.

"Waalaikumsalam..."

"Abang nak bagi tahu ni..abang bermalam kat sini. Mungkin dua tiga hari,Su." Beritahu Nordin.

Suraya terkejut. Kata-kata Salim mula bermain di fikirannya.

"Abang ada urusan apa sebenarnya?" Soal Suraya. Curiga mula bermain di hatinya.

"Ajib ni,Su..dia kena rasuk. Abang bawa dia pergi berubat. Kami dekat Kedah ni. Kat rumah Pak Husni. Dia nak tolong Ajib. Doakan Ajib cepat sembuh,Su." Suara Nordin kedengaran lemah.

Baru Suraya ingat. Kelmarin ketika suaminya pulang dia tidak melihat pun kelibat Ajib. Selalunya Ajib akan menjerit memanggil Aqila dari dalam lori.

"Ajib kena rasuk bila,bang?" Soal Suraya.

"Malam nak balik Perlis tu. Dia beli gelang kaki orang mati. Benda tu nak minta balik barang dia. Jadi dia rasuk Ajib. Nasib baik jumpa Pak Husni. Dia yang tolong Abang sekarang ni. Su jangan risau. Selesai je hal Ajib,abang baliklah. Doa-doakan Ajib juga Su."pinta Nordin buat kali ke dua.

Hati Suraya menjadi seriau.

"Baiklah,bang. Baik-baik di rumah orang tu. Ada apa-apa call Su tau." Pesan Suraya.

"Baiklah. Abang nak ke surau dulu ni. Malam ni nak bawa Ajib jumpa Ustaz kampung ni. Pak Husni dah bersiap tu. Abang letak dulu." Kata Nordin. Pak Husni yang sedang memasang serban di pandang lama.

"Baiklah. Jaga diri. Assalamualaikum."

"Jaga Qila elok-elok tau. Abang sayang  Su. Abang sayang Qila. Waalaikumsalam." Talian di matikan.

Suraya tidak jadi untuk meneruskan kerjanya. Dia melangkah ke arah Aqilah. Anaknya di peluk dan di cium sepenuh hati.

➰➰➰

Ajib di dudukkan di tengah-tengah ruang tamu. Terkebil-kebil dia seorang diri. Gelang kaki masih erat di genggam di tangan kanannya.

"Boleh Pakcik tengok gelang tu?" Pinta Pak Husni.

"Boleh." Ajib membuka tapak tangannya. Baru sahaja jari Pak Husni ingin menyentuh gelang itu tapak tangan Ajib tertutup kembali.

"Jangan sentuh!" Suara Ajib bertukar garau.

Pak Husni tersenyum. Dia bangun lalu duduk di sofa.

"Masih ada lagi tu Ustaz. Selagi gelang ni ada kat tangan Ajib selagi itulah dia akan menumpang." Kata Pak Husni.

Nordin memerhati gelagat Ajib. Sesekali gelang kaki itu di ciumnya. Matanya juga sudah bertukar merah. Nordin menggeleng kepala. Mujur saja ibu Ajib tidak menalifonnya. Bimbang Nordin hendak menyahutnya. Entah apa jawapan yang sesuai. Sebelum dia berangkat pagi tadi sempat lagi dia menyerahkan tiga keping not seratus pada ibu Ajib. Dia hanya memberitahu bahawa Ajib terpaksa di tinggalkan di kedah untuk menjaga barang. Nasib baiklah ibu tua itu tidak banyak soal.

"Ajibb..."panggil Nordin.

"Aliya!" Ajib menjeling marah.

Nordin beristirgfar.

"Macam mana ni,pakcik? Ustaz?" Soal Nordin.

Ustaz Baharom dan Pak Husni berpandangan sesama sendiri.

"Macam ni lah..kita kena siasat betul-betul. Takut kita buat fitnah pulak. Benda ni dah babitkan orang lain. Kita kena bawa dia jumpa dengan mak ayah Aliya tu. Kita kena terangkan apa yang terjadi. Saya takut orang tak percaya je kat kita ni."panjang lebar penjelasan Ustaz Baharom.

Nordin dan Pak Husni mengangguk setuju.

"Aliya, boleh tak tolong tunjukkan rumah Aliya. Kami nak tolong Aliya tangkap orang yang dah buat Aliya ni." Ustaz Baharom berkata tenang. Dia duduk berhadapan dengan Ajib.

"Aku nak diorang mati!" Ajib menderam marah.

Ustaz Baharom mengangguk.

"Baiklah. Tapi tunjukkan kami tempat kejadian tu. Kami betul-betul nak tolong Aliya." Pujuk Ustaz Baharom lagi.

Ajib bangun tiba-tiba. Dia berjalan terus ke pintu. Satu persatu anak tangga di langkahnya.

Ustaz Baharom dan Pak Husni bangun dan mengambil lampu suluh di atas meja. Memang dia sudah jangka perkara begini akan terjadi. Nordin pula terpinga-pinga mengikut dari belakang.

Mereka bertiga hanya mengikut sahaja ke mana arah tuju Ajib ketika ini.

Sebuah rumah tidak jauh dari kebun getah menjadi tempat hentian mereka. Ajib berdiri tegak di hadapan rumah itu.

"Rumah Aliya." Kata Ajib.

"Izinkan Ustaz naik ya. Kita kena minta izin dahulu dengan ayah Aliya." Kata Ustaz Baharom.

Ajib mengangguk.

"Assalamualaikum!"

TOK! TOK! TOK!

"Assalamualaikum."

KCAK!

"Waalaikumsalam... cari siapa?"

"Ini rumah Aliya?" Soal Ustaz Baharom.

Wanita itu mengangguk mengiakannya.

"Boleh kami masuk? Nanti kami terangkan." Ustaz Baharom mempamerkan senyumnya.

Wanita dalam lingkungan empat puluhan itu mengangguk. Masuk sahaja ke dalam rumah itu Ajib tak semena-mena menangis.

"Ya Allah.! Kenapa,ni?" Wajah wanita itu bertukar cemas.

"Ma...ni Aliya,ma.!" Ajib menangis teresak-esak.

"Allahu Akhbar! Apa semua ni? Ustaz?"

"Sabar,kak. Kami cuma nak menolong."kata Nordin. Kasihan dia melihat wajah ibu Aliya ketika ini.

"Bang...!" Ibu Aliya bangun berlari ke dapur.

Sebentar kemudian dia muncul bersama suaminya.

"Maaflah. Ada apa sebenarnya ni?" Tangannya di hulurkan kepada mereka bertiga.

"Saya Pak Husni. Ni Ustaz Baharom. Yang ni Nordin. Yang ni Ajib." Kata Pak Husni.

"Razi. Ada apa sebenarnya ni?" Soal Razi. Wajahnya kelihatan keliru.

Mata KeraWhere stories live. Discover now