Serentak (Part 2 ).

873 77 13
                                    

Rawatan Indra terpaksa di hentikan seketika kerana sudah masuk waktu Zohor. Lebai Kholid dan Dian melangkah ke Masjid yang tidak jauh dari rumah. Indra pula meminta izin untuk solat di rumah Lebai Kholid sahaja kerana dia terlalu lemah. Baru tadi dia batuk dan muntah darah. Semua yang keluar dari mulutnya mengandungi benda-benda kotor.

"Allahu Akhbar." Dia solat di ruang tamu sahaja. Tubuhnya terasa ngilu setiap kali bergerak untuk menyempurnakan solatnya. Tapak kaki terasa bagai di cucuk dengan jarum-jarum halus. Sesekali dia mendesis menahan sakit,namun solatnya tetap dinteruskan jua.

"Assalamualaikum warahmatullah..
Assalamualaikum warahmatullah..."

Indra beristirgfar seketika. Perlahan-lahan dia mengesot merapati dinding lalu menyandarkan tubuhnya ke situ. Nafasnya tercungap-cungap. Peluh-peluh halus mulai timbul di dahi. Indra terbatuk-batuk semula.

"Allahu Akhbar.." keluhnya lemah.

Andai begini pengakhiran hidupnya dia redha. Sungguh dia tidak layak untuk meminta apa lagi. Dia terlalu malu pada Allah.

🌷🌷🌷

Nun di bawah Flat Arbi,sepasukan polis berkumpul bersama beberapa penduduk Flat dan pengawal keselamatan. Sesekali pengawal keselamatan akan menunjuk ke arah beranda di tingkat tiga. Ada seorang penduduk flat sedang berlari-lari menghampiri pasukan polis sambil menyuakan segugus kunci. Pegawai polis yang menyambut kunci mengangguk berterima kasih. Mereka kemudian bergerak ke arah lif di tepi tempat parking.

🌷🌷🌷

"Nun hujung sana,pintu nombor D17." Tunjuk pemuda yang menyerahkan kunci tadi.

"Baiklah. Terima kasih. Kamu semua tunggu di sini,biar kami siasat dahulu."sahut pegawai polis tadi.

Mereka bergerak menuju ke rumah bernombor D17. Bau busuk sedikit demi sedikit mencuri masuk ke lubang hidung. Hadi berhenti seketika lalu menoleh ke arah anak buahnya. Nampaknya Izhar dan Fairus juga tercium bau busuk tadi. Semakin mereka melangkah semakin kuat bau busuk menerjah hidung.

"Panggil unit forensik. Ada mayat dalam rumah ni." Arah Hadi pada Fairus.

"Bismillah..." Hadi mengangkat tangan mengetuk pintu.

TOK TOK TOK TOK!

TOK TOK TOK TOK!

"Tak ada orang kot."kata Izhar. Dia tertilik-tilik di tepi tingkap sambil menekup hidungnya.

"Tak tahulah. Dah mati agaknya."balas Hadi. Telinganya di tekapkan ke pintu rumah. Sunyi. Tiada sebarang bunyi pun yang singgah ke pendengarannya. Hadi turut mengikut sama kelakuan Izhar di tepi tingkap. Cuba menilik kalau-kalau terlihat sesuatu yang mencurigakan.

"Allahu Akhbar...." Izhar terbeliak. Jantungnya bagai terhenti seketika. Dari celah-celah lubang tingkap dia melihat sesuatu yang mengerikan. Tidak tahu jika Hadi melihat sama kerana Hadi turut membeku di sebelahnya.

"Har!"

"Allah!" Terjerit Izhar bahunya di tepuk Fairus.

"Kau berdua dah kenapa?" Fairus menyoal pelik. Hadi dan Izhar keduanya berwajah pucat.

"Ada benda tak elok jadi dalam rumah ni. Dah panggil unit forensik?" Tanya Hadi.

Fairus mengangguk sudah. Dia perasan perubahan wajah dua rakan setugasnya itu. Pucat semacam. Sebelum ini pernah juga melihat mayat tapi taklah sepucat ini.

"Kau berdua kenapa?" Terpacul juga soalan dari rasa hairannya tadi.

"Kau tengoklah sendiri." Kata Hadi.

Baru sahaja Fairus ingin menilik di celah tingkap dia di larang pula oleh seseorang.

"Jangan!"

"Kenapa pulak dah ni?" Fairus bertambah pelik.

"Bahaya. Kat dalam tu bukan manusia. Syaitan!". Sofi menarik tubuh Fairus agar menjauhi tingkap rumah.

"Encik ni siapa?"soal Hadi. Pelik juga dia sebenarnya.

"Safuan. Safuan Azril." Sofi menghulurkan tangannya.

"Encik Safuan ada kaitan apa dengan rumah ni?" Soal Hadi lagi. Dari pandangannya,lelaki ini kelihatan sedikit lembut dan agak mencurigakan.

"Saya bekas penghuni rumah ni. Yang kat dalam tu syaitan,Encik." Kata Sofi. Bersungguh-sungguh wajahnya ketika ketika ini. Seboleh-bolehnya dia mahu agar "syaitan" yang berada di dalam rumah itu di tangkap.

"Encik,saya dah jemput seorang Ustaz untuk tolong dalam hal ni. Maafkan saya kalau kerja Encik-encik semua terganggu. Tapi percayalah! Kat dalam tu bukan manusia,Encik." Sofi menekankan lagi perkataan bukan manusianya. Dia tahu,mungkin saja kata-katanya tidak dipercayai oleh mereka. Tapi dia tetap tidak mahu mengalah.Cukuplah dengan apa yang sudah menimpa beberapa orang kawan baiknya. Siang malam dia tidak dapat tidur lena teringatkan kejadian yang berlaku di hadapan matanya dahulu. Trauma benar dia dengan apa yang terjadi. hidupnya terasa kosong,ke hulu hilir seperti tiada arah. Tidur di tepi jalan,kadang-kadang tidur di  Stesen Shell atau Petronas. Dirinya selalu di bayangi oleh senyuman sinis Mira. Rasa gerunnya bila terfikikan hal itu semula.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam. Encik,kenalkan Ustaz Harun." Sofi menunjuk ke arah seorang lelaki berumur empat puluhan yang baru tiba . Semua mata tertumpu padanya.

Hadi,Fairus dan Izhar menghulur tangan. Pelik pula bila kes yang mereka hadapi ini perlu seorang Ustaz untuk menolong. Tapi Hadi tetap menerima asalkan ianya  tidak mencemarkan nama baik anggota polis sahaja.

"Sudah cuba buka pintu ini?" soal Ustaz Harun. Hadi menggeleng. 

"Dah ketuk tapi tida balasan. Tapi kami sangat pasti ada sesuatu yang terjadi di dalam ni. Bau ni pun macam bau mayat. " Jawab Hadi. 

Ustaz Harun mengangguk faham. Dia ke sini setelah mendengar segala cerita dari Sofi. Bekas maknyah itu di temukan dengannya dalam satu sesi motivasi yang di anjurkan oleh seorang kenalannya. Sofi yang ketika itu hanya mahukan  keadilan buat kawan-kawannya,menangis merayu padanya agar menolongnya untuk menghalang kejahatan Mira. Padanya,Mira telah melakukan jenayah berat,pertamanya dengan membunuh dan keduanya berpaling dari Allah. Sofi jugalah yang melaporkan hal ini kepada pihak polis.Pihak polis juga telah menerima laporan dari Karissa dan Pak Husni pada hari sebelumnya. Aduan terakhir adalah dari penduduk Flat Arbi itu sendiri yang mengatakan ada bau busuk yang muncul dari rumah hujung blok. 

<<<>>><<<>>><<<>>>

"Tak guna! Siapa pula yang ganggu kerja aku ni?!" bentak Mira. Matanya meliar ke kiri kanan. Sudahlah tubuhnya melecur teruk akibat dari serangan Ustaz Bahrain,dapat pula serangan dari Lebai Kholid. Semuanya bertalu-talu. Letong juga sudah semakin lemah. Belaannya pada Indra juga sudah di buang oleh Lebai Kholid. Kini dia di ganggu pula dengan kedatangan anggota polis di lauar rumah. Mira semakin terdesak. 

"Aku mesti lari dari sini. Kalau aku kena tangkap sia-sia saja usaha aku selama ni."katanya. dia bangun melangkah ke arah almari baju. Sebuah beg baju di keluarkan dari almari. Mira berlalu pula ke arah biliknya. Segala barang-barang yang di perlukan untuk pemujaanya di masukkan ke dalam beg dengan pantas. Bunyi pintu di tendang dari luar mengejutkannya. Mira pantas berlari ke beranda belakang. Tanpa membuang masa dia terus terjun ke bawah,jatuh tepat ke dalam tong asmpah Flat Arbi.Sepantas kilat dia menghilangkan diri.

>><<>><< <<>> <<>>  

"Allahu Akhbar..."mengucap panjang mereka sebaik sahaja pintu rumah tertanggal ditendang oleh Izhar. Mayat berulat terbiar di lantai. Ada mayat yang hanya tinggal tulang sahaja. Seperti di ratah oleh sesuatu. Sofi menekup mulut. Air matanya jatuh melihat mayat Mumy Kelly yang sudah rompong di bahagian dadanya.

"Tergamaknya kau ,Mira..,!! Tak guna kau! Binatang!". Sofi terjelopok ke lantai. Matanya tak lari dari melihat jasad tak lengkap Mumy Kelly.

"Kau binatang,Mira..kau binatang.."tangisnya. Dia yang datang ke sini berharap dapat menyelamatkan Mumy Kelly, nampaknya dia sudah terlambat. Semuanya sudah di jamah oleh belaan Mira.


Mata KeraWhere stories live. Discover now