Terlepas.

1.1K 93 3
                                    

Embun jernih menitis perlahan. Membunyikan lagu alam apabila menyentuh lopak air. Angin sejuk menyapa setiap yang di sentuhnya dengan lembut. Seakan-akan mengusap dengan sepenuh kasih sayang setiap yang di sentuhnya.

Homestay Arbain yang menjadi tempat singgahan ke lima-lima orang durjana bergema dengan dengkuran penat mereka. Semuanya terlentang,mengerekot dan mengiring di ruang tamu. Penat melarikan diri dari dosa besar yang mengejar untuk menghukum.

Tit- tit! Tit-tit! Tit-tit! Titttttttttt!

''Hah!'' Wahab terkejut. Bunyi talifonnya berdering kuat. Bunyi seakan-akan mesin jantung yang mati itu menambahkan lagi rasa takut dalam dirinya.

"Ha? Ada apa?.....aku tak balik dalam dua tiga hari ni. Ada kerja nak kena selesaikan. Duit Anum tu kau ambik kat rumah aku. Ada dalam laci Anum. Ingat! Jangan cuba-cuba nak guna duit Anum untuk diri kau. Tu duit anak.!" Tegas Wahab.

Suara di sebelah sana hanya menyahut dengan "hmmm" sahaja.

"Satu lagi. Kalau jadi apa-apa kat aku..aku harap kau boleh jaga Anum dengan seelok-eloknya. Aku letak dulu. Kirim salam kat Anum. Bagi tahu dia daddy sayang sangat kat dia. Bye!" Talian di matikan dan terus di buang kad simnya.

Wahab bangun menapak ke tingkap. Suasana hutan yang menghijau menyegarkan matanya. Menghilangkan mengantuknya tadi. Wahab termenung ke satu arah. Bunyi anak sungai menderu menambah asyik dirinya yang sedang termenung. Anum anaknya yang berusia sepuluh tahun. Cerdik. Cantik.  Harta yang paling berharga pada dirinya. Air mata bergenang bila terbayangkan wajah Anum.

"Daddy minta maaf,sayang." Wahab terhinggut-hinggut menangis di tepi tingkap. Mulutnya di tekup kuat agar bunyi tangisannya tidak kedengaran. Harapannya hanya pada bekas isterinya kini. Semoga bekas isterinya menjaga Anum dengan baik. Tidak sanggup dia membayangkan tubuh anaknya di sakiti.

➰➰➰

PIN!!!! PIN! PINNNNN!

Qhasidah menjenguk ke luar. Sebuah kereta bewarna putih terletak megah di halaman rumahnya.

"Siapa pulak ni?" Kunci pintu di bahagian atas di tolak agak terbuka. Qhasidah melangkah ke beranda. Tidak ingin untuk turun ke tangga melihat tiada orang yang keluar dari kereta besar itu.

Perlahan-lahan tingkap kereta terbuka. Terkejut sakan Qhasidah melihat tetamunya itu. Seingatnya sudah enam belas tahun dia tidak melihat orang itu.

"Assalamualaikum!" Sapanya hanya dari dalam kereta. Bibirnya sedikit mencebik dengan mata yang meliar memandang ke sekeliling kawasan rumah Qhasidah.

Faham benar Qhasidah dengan pandangan itu. Dia tidak pernah lupa pun siapa perempuan itu.

"Boleh tahan hidup kau sekarang. Bahagia nampak."

"Waalaikumsalam." Hanya itu balasan Qhasidah.

"Amboi..berlagaknya. Tak padan dengan miskin.!"

"Datin nak apa datang ke rumah buruk saya ni?!" Qhasidah terus meluru dengan soalannya. Tak ada gunanya membuang masa melayani mereka ini baginya.

"Aku nak hantar kad kahwin Daus ni. Dia nak kahwin bulan depan. Jemputlah datang. Dia kahwin dengan anak Dato' Mansor. " kad kahwin itu di suakan kepada pemandunya.

Lelaki bernama Solihin itu melangkah keluar dari kereta dan menghulurkan kad kahwin ke tangan Qhasidah.

"Maafkan saya,Puan."antara dengar atau tidak suaranya. Qhasidah tersenyum membalas.

"Kerja baik-baik...kirim salam dengan abah awak,ya." Kata Qhasidah lagi.

Solihin sedikit tersentak.

"Abah dah meninggal,Puan. Dia kemalangan dengan arwah Dato'. Puan tak tahu ke?" Solihin masih tercegat di hadapan Qhasidah. Wajah bekas majikannya di pandang penuh kasihan.

"Saya tak tahu pun. Maafkan saya. Saya ingat cuma Dato' yang meninggal. Maafkan saya,Solih." Berkali-kali Qhasidah memohon maaf.

Solihin tersenyum nipis. Ikhlas benar wajah bekas majikannya itu. Berbeza dengan majikannya yang sekarang.

"Hoi! Aku suruh hantar kad je. Yang dok berborak tu kenapa?! Masuk cepat.!" Jerkah Datin Elina dari dalam kereta.

Solihin terkejut dan mengangguk laju. Keruh air mukanya.

"Kirim salam dengan Tuan nanti,ya. Saya rindu sangat nak tengok Tuan. Ada masa saya datang menziarah. Saya pergi dulu,Puan. Jaga diri." Solihin terus melangkah masuk ke dalam kereta.

"Kau cakap apa dengan dia tadi?" Setelah cermin kereta di naikkan Datin Elina mula mengasak.

"Tak ada apa-apa. Cuma berpesan supaya jaga diri."balas Solihin. Malas mahu memanjangkan ayat. Dengusan Datin Elina dapat di dengar dengan jelas. Dia tahu majikan barunya tidak suka.

➰➰➰

Qhasidah membawa si kecil Luqman ke pangkin di bawah rumah. Luqman di pakaikan selipar yang comel pada kakinya. Sudah pandai berjalan si kecil itu. Terkedek-kedek cuba mengejar anak ayam. Qhasidah tergelak kecil melihat telatah puteranya. Namun di dalam hatinya masih tersimpan rasa terkilannya pada Brahim. Sampai hati suaminya tidak memberitahu perkara sebenar.

Sesekali dia menjeling ke jalan tar. Mengharapkan suaminya cepat pulang untuk menjawab soalan-soalannya. Qhasidah panasaran.

"Kasihannya,Solih.." terpacul ayat itu tanpa di pinta. Kenangan lama mula terimbau...

〰〰〰

"Solih.. Abah awal dah tunggu tu. Nanti datang lagi,ya." Qhasidah mengusap bahu budak lelaki itu. Merajuk kerana ayahnya telah memungkiri janji. Sepatutnya ayahnya membawa dia ke pekan hari ini. Tetapi Dato' pula memerlukan ayahnya atas urusan yang tidak di duga. Solihin terpaksa di tinggalkan sementara di rumah Dato' sementara ayahnya menjalankan tugas.

Solihin masih lagi membeku di meja makan. Pak Nasir tersenyum di muka pintu.

"Solih..Anas dalam kereta tu dok tunggu Solih. Kata nak pergi jalan-jalan..." entah dari mana muncul pula isterinya.

Qhasidah segera mendapatkan wanita itu lalu menghulurkan tangan.

"Kak...lamanya tak datang jenguk.."wajah Qhasidah menjadi begitu ceria.

"Malas nak datang,Dah. Nanti pecah lagi gelas mak kau."balas Saidah.

"Ala,kak..biasalah tu..budak kecik..saya rindu tau kat Anas." Balas Qhasidah. Anas yang dalam kereta tidak berhenti melambai.

"Solih..jom cepat. Sudah-sudahlah merajuk tu..buku ketiak dah panjang pun." Pujuk Saidah.

"Mak ni...!!" Marah Solihin. Semaki panjang muncung mulutnya. Dia berlari-lari menuju ke kereta mendpatkan Anas.

"Kami pergi dulu ya,Qhas. Terima kasih bagi pinjam kereta ni. Nanti kami isikan minyak kasi penuh." Kata Saidah.

"Tak payahlah,kak..duit minyak tu biar kami yang bayar..lagipun ni memang hari cuti Bang Nasir,kan.. pergilah berseronok.."

Saidah dan Nasir berpandangan sesama sendiri mendengarnya.

"Terima kasih,Puan!"laung Nasir dari dalam kereta sebelum kereta bergerak pergi.

〰〰〰

"Jauh termenung,cik puan!" Dagunya di cuit seseorang. Terkejut besar Qhasidah lantas menoleh.

Brahim sedang menggendong Luqman di pandang hairan.

"Bila abang sampai? Tak dengar pun? Eh,Dania pun sama?"

"Hmmh...kuat beranganlah mak,ni..." Dania menepuk dahinya sambil menggeleng kepala. Seisi keluarga ketawa bahgia.

Mata KeraWhere stories live. Discover now