Tinggal Dua.

1K 77 1
                                    

Bungkusan hitam yang di terimanya tadi di letakkan ke dalam sinki. Bibirnya terkumat-kamit membaca sesuatu.

"Fuuh..." di tiupnya tiga kali pada bungkusan itu kemudian di buka ikatannya. Di dalamnya terdapat plastik berwarna kuning yang mengandungi uri bayi yang baru lahir.

Bomoh tua tersenyum gembira. Uri yang lembut itu di keluarkan lalu di cuci dengan jampi serapahnya. Sesekali tangannya menulis di atas uri tersebut.

"Emmm....sup uri. Hik hik hik!" Asap yang muncul di atas periuk di hidu penuh berselera.

➰➰➰

"Buka aircond kuat sikit boleh? Aku panaslah.!" Vinu meninggikan sedikit suaranya melawan bunyi radio yang di pasang Indra.

"Kau kenapa?panas apanya,weh? Luar hujan. Dalam ni dah nombor tiga. Sejuk yang amat dah ni." Gulsan menoleh ke belakang. Dia yang duduk di sebelah Indra sudahpun mengenakan baju sejuk. Hairan melihat Vinu yang tidak berbaju di belakang.

"Bahu kau kenapa tu?" Gulsan memuncungkan bibirnya ke arah bahu Vinu.

"Entahlah. Aku bangun tidur tadi dah lebam macam ni. Rasanya sebab jatuh pengsan kelmarin kot." Vinu mengusap kawasan lebam. Di tekan-tekan bagi menunjukkan yang lebam itu tidak menyakitkan pada Gulsan.

"Tu lah kau...stress sangat..hmmh."Gulsan kembali memaling ke hadapan.

➰➰➰

"Tu bukan sepupu abang ke?"

Brahim yang sibuk mengasah sabit mengalih pandangannya pada tv. Berkerut seketika keningnya sebelum matanya terbeliak. Brahim bangun melangkah ke hadapan. Betul-betul di hadapan tv dia berdiri. Bagaikan tidak percaya rasanya.

"Innalillahi wainna ilaihi raaji'un.." wajahnya di raup perlahan. Amin bin Safar sepupunya mati dalam keadaan ngeri. Tulang belakangnya patah dan hancur. Jantungnya lumat dengan bola mata tersembul. Brahim mengucap panjang. Entah apalah yang di tempuhi sepupunya itu sebelum mati. Ngeri sekali.

⚘⚘⚘

Malam yang semakin gelap menenggelamkan kelibat bintang yang mahu bersinar,langit sesekali memancarkan kilat halus berserta suara guruh petanda hujan akan tiba tidak lama lagi. Nun di bawah suasana kampung juga gelap gelita. Bekalan elektrik yang terputus belum lagi di perbetulkan. Seluruh rumah bergelap hanya di terangi cahaya likin yang malap.

Brahim duduk seorang diri di ruang tamu sambil merenung lilin yang akan terpadam beberapa minit lagi. Itu saja cahaya yang ada kerna itu sajalah lilin yang di jumpainya. Anak-anak dan isterinya sudah tidur lena di hadapan televisyen. Hanya dia yang berjaga. Tubuhnya di balut dengan tuala. Angin dingin terasa menyucuk-nyucuk ke tubuh. Brahim memerhati sekelilingnya. Sesekali ruang tamu cerah akibat petir yang muncul di atas.

DUP!!

Brahim menegak. Matanya di fokuskan ke arah dapur. Bunyi jatuh tadi datangnya dari dapur. Setelah menunggu beberapa lama dia kembali menyandar.

DUP!!

Sekali lagi bunyi itu muncul. Brahim kembali memandang ke arah dapur. Gelap gelita sesekali terang dek kilat. Kakinya di turunkan ke lantai. Perlahan-lahan dia bangun berjalan menuju ke dapur.

DUP!!

Bunyi itu muncul lagi. Brahim mencapai besi pencungkil papan di belakang almari. Dia melangkah penuh berhati-hati.

"Allah!" Langkahnya terundur dengan pantas. Kilat yang muncul tadi menerangkan dapurnya seketika lalu menampakkan sesuatu di atas meja makan. Sesuatu sedang bertinggung menunggunya mendekati. Brahim membaca Ayat Kursi bagi melindungi dirinya. Dia tegak di hadapan pintu dapur. Air liur terasa kesat di rengkungnya. Perlahan-lahan dia menapak masuk ke dapur sambil bibir tak henti-henti berzikir.

Mata KeraWhere stories live. Discover now