Culik.

893 75 0
                                    

"Uhuk! Uhuk! Uhuk!...Satna!.. hoi,Satna! Elina!" Laung Dato Sabri berkali-kali. Kering tekaknya memaksa dia mengesot di lantai menuju ke ruang tamu. Panggilan tidak bersahut,Dato Sabri mengeluh hampa.

"Assalamualaikum!"

Tok,tok,tok!

Dato Sabri terkejut. Matanya terpaku pada pintu rumah.

"Tolong!! Tolong aku!" Jeritnya sekuat hati.

🌷🌷🌷

"Ayah minta tolong tu." Nordin tertilik-tilik di tingkap kaca.

"Buka cepat.!"arah Brahim. Risau hatinya mendengar jeritan ayahnya.

"Tak dapat buka ni.! Kunci ni dah di tukar setan tu!" Marah Nordin. Di mengundur beberapa langkah ke belakang. Pintu rumah di rempuh kuat.

Gang!

Saat pintu rumah terbuka mereka bertiga terkejut besar. Bergenang air matanya melihat insan yang mereka sayang terbaring lemah di lantai. Brahim berlari mendapatkan ayahnya.

"Ya Allah,Yah..apa dah jadi ni?" Nordin juga bergegas mendapatkan ayahnya. Keadaan Dato Sabri sunghuh memilukan. Berbaju singlet,berseluar tidur yang penuh terlekat najis yang sudah mengering. Brahim menahan air mata dari gugur. Tubuh tua itu di baringkan di sofa.

"Ayah haus,Brahim..air..air..ayah haus.." tangan Brahim di goncang lemah. Brahim berlari ke dapur tidak lama kemudian muncul semula bersama segelas besar air masak.

"Ahh.."habis segelas besar air masak di teguk Dato' Sabri. Pak Nasir diam memerhati segalanya.

"Mari kita bersihkan dulu ayah kamu ni." Brahim dan Nordin mengangguk setuju.

"Sunyi rumah. Tak ada orangkah,Sabri?" Soal Pak Nasir.

"Entahlah,Bang Nasir. Dah dua hari saya tak makan,tak minum. Pergi manalah agaknya mereka semua. Dengan Satna pun hilang." Jawab Dato Sabri. Malu dia di hadapan mereka bertiga. Dahulu dia bongkak,anak bininya di belakangkan hanya untuk mendapatkan perhatian janda muda. Kini anak yang di buang itulah yang mengutipnya dalam keadaan kotor ini. Sungguh dia di terpa malu yang teramat sangat.

Selesai di mandikan Dato Sabri di baringkan di sofa. Brahim menutup bilik tempat ayahnya di letakkan.

"Mari kita pergi. Kita dah tak banyak masa ni." Kata Pak Nasir. Dia terus bangun melangkah ke pintu. Tinggal Nordin dan Brahim yang mengendong Dato Sabri.

"Ke mana kau orang nak bawa aku ni?" Dato Sabri hairan.

"Kita ke rumah Pak Lang,Ayah. Biar kami yang jaga ayah." Kata Brahim. Tubuh ayahnya di gendong di belakang. Dia melangkah cermat.

"Ooh..baguslah tu. Jangan-jangan mereka sengaja tinggalkan ayah untuk mati sorang-sorang di rumah ni."

Brahim tidak tahu untuk membalas apa,kerana dia juga terfikirkan benda yang sama.

⚘⚘⚘

"Ni ayah saya ustaz." Brahim menunjuk pada ayahnya di yang duduk di sebelah Nordin. Wajah Dato' Sabri kelihatan lemah lesu,tersandar lemah dengan lebam hitam di bawah matanya. Redup pandangannya memandang seisi rumah.

"Kenapa,Yah?" Soal Brahim.

"Mana Elina mana? Dari kelmarin lagi ayah tak nampak dia. Dia tak sihatkah ,Brahim?" Dato Sabri melingas ke kiri ke kanan. Begitulah dia sejak di bawa keluar dari rumah besar itu. Sentiasa nama Elina di ratibnya. Nordin menggeleng.

"Kita cuba buang dulu benda-benda kotor yang dia dah makan kemudian baru di pulihkan semangatnya. Ayah kamu lama sangat dah makan benda tak elok ni." Ustaz Bahrain memerhati tajam wajah Dato Sabri. Dia tahu mata itu lari-lari dari bertentangan dengannya. Dia tahu sesuatu itu sedang resah di dalam tubuh tua itu.

Mata KeraWhere stories live. Discover now