Sedar.

955 84 2
                                    

Suasana bilik pesakit VIP itu sunyi sekali. Satna juga jarang sudah menemani Elina semenjak peristiwa di lawat pocong hari itu. Sungguh dia tidak mahu terserempak lagi dengan lembaga itu. Kepada Solihin dia bercerita,namun di suruh bersangka baik pula. Satna tidak terasa kerana itu. Tapi Satna cukup terasa dengan beberapa kenalan Elina. Semasa majikannya beruwang semua menghampiri. Tapi bila terlantar begini sorang pun tak menunjuk diri. Sakit hatinya.

Akhirnya hanya Satna dan Solihin sahaja yang menjenguk Elina. Itu pun cuma di siang hari. Satna tidak akan masuk ke bilik Elina jika tiada Solihin.   Dia terlalu takut. Petang nanti dia akan ke sana lagi. Melawat sambil bercerita tentang hal yang gembira sambil mengurut tubuh Elina. Doanya agar majikannya cepat sedar sahaja.

Baru-baru ini rumah besar itu di datangi oleh anggota polis. Satna dan Solihin di siasat berkenaan kemalangan Satna. Tapi ada yang lebih mengejutkan di situ. Kemalangan Elina di rancang seseorang. Bukan kemalangan biasa. Satna mengeluh. Terasa begitu sunyi di rumah besar ini.

"Puan...ayolah sedar...saya sunyi seorang diri. Puan kan tahu,saya ni penakut orangnya. Lampu terpadam aja sudah lari mencari Puan. Saya selalu berdoa semoga Puan cepat sembuh..cepat sedar..dan lampu rumah tak akan terpadam. Heheheh." Satna tersengeh-sengeh. Terasa seperti Elina sedang memandangnya mendengarnya berceloteh seperti biasa.

"Puan..Solihin juga rindukan Puan,katanya...sunyi tiada jeritan dari Puan. Ah,Solihin itu..kalau dulu selalu  tutup telinga bila di marah. Tapi bila Puan sakit di rindu pula." Termuncung-muncung bibir Satna.

"Oh ya,Puan. Hari itu ada polis datang. Puan mahu dengar cerita? Saya akan ceritakan hanya jika Puan sedar sahaja. Ayolah,Puan..bangun,Dong.." air mata mula bermain di ruang matanya. Sebak mula menghinggapi diri. Satna tunduk menyapu titisan yang baru hendak menitis.

"Saya kuat,Puan. Saya akan lindungi Puan seperti Daus dan Puan lindungi saya.!" Genggamannya di kuatkan.

Satna menarik nafas panjang. Cuba mengusir sebak.

TIT ! TIT !

Satna tersentak. Genggamannya di perhati lama. Dia cuba menggoyangkan genggamannya. Ibu jari Elina bergerak-gerak. Satna terkejut sakan hingga terlepas pegangannya. Dan keajaiban berlaku. Elina mula menggerakkan seluruh jarinya.

"Puan?!" Satna terkejut sakan. Dia berlari ke arah pintu wad dan menjerit memanggil doktor.

⚘⚘⚘

Elina tersenyum melihat gelagat Satna yang tak habis-habis tunduk mengucapkan terima kasih pada doktor. Terangguk-angguk kepala doktor membalasnya bersama senyuman. Gembira hati Satna tidak terkata kerana majikannya sudah tersedar dari koma. Pada Solihin sudah di khabarkan berita gembira itu.

"Sekejap lagi aku sampai. Alhamdulillah.." ucap Solihin.

"Satna..." panggil Elina.

"Puan.!" Satna berlari-lari anak ke arah katil.

"Tak perlulah tunduk sampai macam tu sekali. Dah macam robot pula saya tengok." Kata Elina.

Satna tersengih-sengih.

"Rumah macam mana?"

"Bersih,Puan. Hari-hari saya kemaskan hingga bersih." Jawabnya dengan nada penuh semangat.

"Kepit macam mana? Sihat?" Soal Elina lagi.

"Kepit sihat. Puan ada cucu baru. Kepit baru beranak malam tadi. Semuanya tiga ekor. Ini ada saya ambil gambar mereka,Puan." Laju jarinya di larikan ke atas skrin talifon mencari gambar Kepit dan anak-anaknya.

"Ini,Puan!" Talifon di suakan pada Elina. Tersenyum Elina melihatnya.

"Kamu sihat,Satna?" Soal Elina lagi.

Namun soalan itu tidak di jawab Satna. Hanya tertunduk dan mula tersedu.

"Kenapa ni? Ada apa-apa yang berlakukah?" Elina cemas. Tapak tangan Satna di tarik lembut.

"Saya sihat,Puan...saya sihat sangat. Saya gembira melihat Puan sedar. Puan tahukan,saya ni penakut!"

Pantas tubuh Satna di tarik dalam pelukannya. Elina juga turut mengalirkan air mata.

Solihin yang baru muncul di muka pintu hanya berdiri kaku melihat mereka berdua berpelukan.

"Alhamdulillah..."ucapnya.

⚘⚘⚘

"Assalamualaikum.!"

Brahim masih tegak berdiri di hadapan pintu besar itu. Niatnya hanya ingin menziarah cuma.

"Assalamualaikum!" Sekali lagi salam di beri. Sesekali dia memusing pandangan ke kawasan rumah besar itu. Sudah tujuh belas tahun dia tidak menjejakkan kaki ke situ. Sejak kebahgiaan keluarganya di ragut oleh Elina,sejak itu dia mebawa diri.

"Assalamualaikum!"

Klack!

"Tuan Brahim? Waalaikumsalam."Satna terkejut besar. Bulat matanya kerna terkejut

"Siapa,Satna?" Suara Elina mengejutkan Satna yang masih melongo.

"Silakan masuk,Tuan Brahim." Pelawa Satna.

"Terima kasih."

🌷🌷🌷

"Ooo...kau Brahim..duduklah." Elina terkejut seketika tapi tetap melemparkan senyumannya.

"Datin dah sihat?" Soal Brahim. Memang perkataan itu yang dia gunakan pada Elina. Sudah terbiasa dari dulu lagi.

"Alhamdulillah,Brahim. Cuma kaki aku ni dah tempang. Hmmh..." keluh Elina sambil merenung kakinya.

"Apa pun syukurlah Datin selamat. Saya datang ni nak tanya..kereta Datin masih lagi kat depan rumah saya tu. Tak mahu ambil balik ke? Baiki ke?"

"Ehh? Bukan syarikat insuran dah uruskan semua ke?" Elina sedikit terkejut. Rupanya sudah sebulan lebih keretanya tersadai dihadapan rumah Brahim.

"Tak ada pulak siapa-siapa yang datang. Mungkin diorang tak tahu rumah saya kot." Balas Brahim.

"Nanti aku call balik diorang tu. Aku ingatkan kereta aku dah siap di baiki. Rupanya masih tersadai kat sana. Terima kasih tolong tengokkan kereta aku,Brahim."

"Brahim..." Elina ingin mengatakan sesuatu tapi kelihatan agak terbantut kata-katanya. Ada perasaan malu dan bersalah yang menerpa.

"Datin...apa yang dah jadi tu biarkanlah. Saya tak ambik hati pun."balas Brahim.

Elina tersentak. Tidak percaya rasanya mendengar kata-kata dari Brahim. Selama ini dia yang bersalah. Apa yang di laluinya semasa koma cukup untuk menyedarkannya. Dia malu. Dia berdosa pada madunya. Dia jahat.

Air matanya mula merembes keluar tanpa dapat di tahan lagi. Tersedu-sedu dia di hadapan Brahim. Satna turut sedih.

"Maafkan aku,Brahim. Aku banyak buat dosa pada keluarga kau. Pada keluarga Qasidah. Aku berdosa,Brahim." Elina tersedu-sedu. Perasaan malunya di buang ke tepi ketika ini. Hanya kemaafan sahaja yang dia mahukan saat ini.

"Sudahlah,Datin. Saya tak ambil hati pun. Arwah mak pun dah maafkan Datin dan ayah. Benda dah berlalu biarkanlah." Balas Brahim.

"Lepas aku sembuh nanti aku nak melawat kubur mak kau,boleh?" Pinta Elina.

Brahim tersenyum kecil dan memgangguk setuju.

"Nanti saya bawakan Datin ke sana. Saya minta diri dulu."Brahim segera bangun lalu melangkah ke pintu.


Mata KeraWhere stories live. Discover now