Pertemuan.

1K 72 7
                                    

Kampung Lubuk Batu menjadi kecoh dengan berita kematian Julia dan Rahmah. Julia di temui dengan perut berlubang manakala Rahmah ibunya mati dengan penuh cakaran di tubuh. Keduanya mati dengan mata terbeliak besar. Banyak andaian mula muncul di kalangan orang kampung.

"Mungkin dia membela kot.." Senah Capang terherot-herot mengunyah sirehnya.

"Ish,tak baik kau,Senah..Rahmah tu alim. Selalu pergi surau. Tak pernah lupa nak sedekah kalau malam jumaat. Lainlah kau..minta derman bagi lima puluh sen je. Kedekuit!" Maryam menjeling Senah yang ralit memilih cili.

"Amboi...kenakan aku pulak. Lima puluh sen pun duit tau. Aku bukan kaya pun nak derma banyak-banyak. Rahmah tu tak apalah. Janda berhias. Kaya.Osman tu mati tinggal tanah bergelung-gelung. Aku ni?" Senah tidak puas hati. Jelingan Maryam di balas lebih tajam.

"Aku ni,apa? Kau kata kau tak kaya?? Tu emas penuh tangan. Rantai penuh leher. Tiap tahun raya kau tukar sofa. Ada kau tengok Rahmah tukar sofa? Sepuluh tahun aku beraya rumah dia,sepuluh tahun tu lah aku duduk kat sofa yang sama. Kau tu je yang kedekut." Si Ros pula yang menjadi panas dengan jawapan Senah mula membalas.

"Aku tukar sebab nak berayalah...takkan nak pakai barang buruk tiap tahun." Senah menjadi geram.

"Buruk apanya Senah oi....rumah kau bukan ada budak-budak pun..nak kata rumah kau bersepah,tak pernah pun..nak kata bela binatang tak juga..entah apa yang buat sofa kau cepat buruk pun tak tahulah aku." Maryam menjeling ke arah Ros berserta cebikan bibir. Mereka berdua berbalas cebikan. Berpakat untuk mengenakan Senah.

"Aku rasalah...mungkin sebab sofa kau terkena bawang buruk kot...hahahahaha...."Ros ketawa geli hati.

"Betul tu..bawang yang kau kutip waktu pusing kampung tu tak sempat nak simpan dalam peti ais kan..terus buruk di sofa je. Tak gitu?hahaahahahaha."giliran Maryam pula yang menambah.

Senah berhenti dari memilih cili.

"Kau berdua tu dengkikan kat aku? Cakap jelah kalau dengki!" Cili yang berada di tangan di campak ke depan Maryam dan Ros. Senah cepat-cepat berlalu pergi.

"Laki kau tu...laki kami juga Senah oi...hahahahahaha..." Maryam dan Ros melaung serentak. Keduanya ketawa geli hati.

"Padan muka dia. Mulut jahat sangat.!" Maryam mencebik.

"Haa,,Tepukkkk!!" Sahut Ros.

⚘⚘⚘

"Betul? Bila?" Berita dari Letong mengejutkan Mira. Keluarga Dato Sabri menjadi kucar kacir akibat perbuatan Elina. Anak Dato Sabri hampir naik tangan pada Elina gara-gara sifat tamaknya. Meminta semua harta yang telah diberikan pada isteri petama. Dan yang paling mengejutkan,Elina juga membomohkan Dato dan Datin itu. Dato seperti orang bodoh mengikut telunjuknya. Manakala Datin sakit yang tiada ubatnya.

Mira tersenyum sinis. Amin langsung tidak peduli apa yang terjadi di ruang tamu rumah itu. Dia bersiap-siap lalu keluar dari rumah Dato Sabri. Entah kemana tujunya malas Mira hendak tahu dahulu. Di biarkan saja dulu. Dia lebih tertarik pada apa yang berlaku dalam rumah Dato Sabri.

"Pantau pergerakan Elina. Aku nak tahu dia buat apa lagi pada keluarga tu."arah Mira. Letung mengangguk lalu terbang keluar.

⚘⚘⚘

Brahim yang berada di Sabah atas urusan kerja terpaksa balik awal setelah menerima panggilan dari Nordin. Ibu mereka sudah tenat setelah keluar dari rumah mereka sendiri. Kondo milik Brahim menjadi rumah mereka buat masa ini.

"Auch!" Akibat kelam kabut dan serabut pemikirannya ketika ini,Brahim telah merempuh seorang gadis berbaju kurung ungu.

"Maaf,maaf...saya tak nampak awak. Maafkan saya." Brahim cepat-cepat memungut beg milik gadis itu yang terpelanting jauh. Sebaik sahaja di angkat ada cecair berbau wangi yang menitik.

"Nooo...minyak wangi mama..." si gadis menayangkan wajah sedihnya.

"Ops..maaf sekali lagi..."Brahim semakin serba salah.

"Biar saya gantikan. Mari saya beli yang baru untuk awak." Pujuk Brahim.

"Hmmh...tapi minyak wangi tu mahal.  Penat saya kumpul duit nak beli tau." Wajahnya mencuka.

"Tak apa..saya boleh belikan yang baru. Mari." Pujuk Brahim lagi.

"Saya Brahim."

"Qhas."sepatah saja di jawab oleh si gadis. Mungkin hatinya masih bengkak dengan minyak wangi yang
pecah.

"Ermmm...awak pilihlah minyak wangi apa yang awak nak. Saya akan bayarkan. Nak ambik dua botol pun boleh." Brahim menunjuk ke arah susunan rak minyak wangi berjenama di hadapan mereka.

Qhasidah sedikit teragak-agak. Melihat dari cara berpakaian Brahim,hatinya rasa takut pula. Bimbang Brahim tidak mampu.

"Jangan risau..pilihlah." senyuman manis di lemparkan ke wajah gusar si gadis.

"Baiklah...jangan menyesal tau." Kata Qhasidah.

Dua botol minyak wangi kegemarannya di capai lalu di hulurkan pada Brahim.

"Ini saja? "

"Takut awak tak mampu bayar nanti. Sebotol ni dah empat ratus tahu." Qhasidah menjegil.

"Saya belanja awak sebotol lagi. Ermmm...yang ni ok?" Brahim mencapai sebotol minyak wangi berwarna merah hati.

Bersinar mata Qhasidah melihatnya,namun sinaran itu serta merta pudar sebaik sahaja terpandangkan harga minyak wangi itu.

"Ishhh...tak perlulah. Mahal sangat. Cukuplah yang ini saja." Qhasidah menolak.

Brahim tersenyum manis. Dari air muka Qhasidah dia tahu yang gadis itu begitu sukakan minyak wangi tadi. Botol berwarna merah hati itu di bawa bersama ke kaunter. Tak di pedulikan Qhasidah yang ternganga terkejut.

"Ok,thank you." Brahim mengangguk pada juruwang dan berjalan keluar dari kedai mewah itu.

"Nah,minyak wangi awak. Saya nak cepat ni. Flight saya dah nak berlepas. Pergi dulu." Brahim berlari-lari anak ke balai pelepasan.

⚘⚘⚘

"Alhamdulillah,sempat...."rasa lega kerana berjaya sampai ke tempat duduknya. Brahim hanya memandang tempat duduk kosong di sebelahnya. Mungkin tiada penumpang. Beg galas berisi komputer ribanya di letakkan di situ. Matanya di pejamkan cuba untuk merehatkan minda.

"Ek-hem! Boleh tolong alihkan?"

"Qhas?" Terkejut Brahim melihat Qhasidah yang terpacak di sebelah kerusi kosong. Cepat-cepat begnya di alihkan. Brahim ketawa lucu.

"Apa yang lucunya?" Qhasidah menjeling.

"Tak..waktu saya pejam mata tadi saya tercium bau minyak wangi yang pecah tu..makin lama makin kuat pulak. Patutlah makin kuat..awak dah terpacak kat sebelah rupanya." Brahim ketawa lagi.

Qhasidah cuma menjeling. Terdapat sedikit kelainan dalam jelingannya kali ini. Jelingan malu tapi mahu.

⚘⚘⚘

"Mira? Mira...nak ke mana tu?!" Zamarul yang baru melangkah ke dalam rumah terkejut melihat Mira yang berjalan laju menuju ke kereta.

"Mira!" Pintu kereta Mira di tahan dengan tangan.

"Mira nak pergi mana dengan berbungkus macam ni? Tak panaskah?" Cara pemakaian Mira sedikit pelik di matanya. Tengah hari panas terik berbungkus dengan baju sejuk tebal.

"Ada hal sikit. Tepi!" Tangan ayahnya di tolak kasar dan dengan pantas di meloloskan diri ke dalam kereta.

"Mira?" Terkejut Zamarul dengan kelakuan Mira. Lain benar wajah anaknya ketika itu. Sedikit kembang wajahnya.

"Sakitkah dia?" Zamarul masih tegak di situ hinggalah kereta Mira hilang dari pandangannya.

Mata KeraWhere stories live. Discover now