Lari.

941 78 2
                                    

"Aku rasa rumah ni tak ada oranglah,Min. Dari tadi kita cari sorang pun tak ada." Vinu melabuhkan diri ke sofa di hadapan Amin.

Amin merengus geram. Dia bercekak pinggang di hadapan tangga. Suasana masih lagi gelap gelita.

"Habis tu siapa yang menjerit tadi?!" Jerkah Amin. Satu demi satu wajah kawannya di pandang. Vinu,Gulsan dan Wahab menjungkit bahu serentak.

"Ah!! Aku tak puas hati. Kita tunggu lagi. Bila eletrik on kita cari lagi."katanya lalu melangkah ke dapur.

Setiap inci ruang dapur di telitinya. Sakit hatinya,geram!.

"Kau dah siasat betul-betulkah,San?" Amin duduk di tangga yang terakhir. Penat berdiri dengan rasa marahnya.

Gulsan mengangguk dalam gelap.

"Hmmh...kita tunggu dulu. Aku tak puas hati selagi aku tak jumpa betina tu. Berani dia cari fasal dengan aku!"penumbuknya di kepal kuat.

TAP!

Terang benderang seluruh rumah setelah bekalan eletrik bersambung semula. Keempat-empat pemuda itu tersenyum sesama sendiri.

"Mari kita cari semula. Untung-untung dapat rezeki besar malam ni. Ha ha ha ..." Gulsan membuat muka nakalnya. Amin hanya mendengus.

"Aku nak korang semua cari selutuh pelusuk rumah ni. Kalau tak jumpa,kita bakar rumah ni!" Arah Amin. Yang lain hanya mengangguk faham.

Amin melangkah ke tingkat atas. Menuju ke bilik Mira semula. Sememangnya dari saat kakinya melangkah ke dalam bilik itu,dirinya terasa seperti sedang di perhatikan. Dia yakin Mira ada di dalam bilik itu.

Bam!

Pintu bilik Mira di tendang kuat. Matanya meliar ke segenap ruang.

"Mana kau,Mira...."

Buk!

Amin memaling kepala ke arah bunyi jatuh itu. Sebuah kamus tebal teletak elok di lantai. Keningnya berkerut seketika. Bagaimana benda stabil boleh terjatuh tiba-tiba,fikirnya. Tangannya pantas mencapai kamus di lantai. Helaian demi helaian di selak. Akhirnya dia tersenyum sendiri.

"Apa yang aku buat ni? Baca kamus? Hahahah.."lucu di rasakannya. Jarinya terus menyelak dan terhenti tiba-tiba. Helaian itu di sentuhnya berkali-kali. Ianya telah di gam hingga ke muka surah terakhir. Kamu di tangannya di goncang kuat. Ada sesuatu didalamnya. Amin pasti. Matanya mencari sesuatu yang boleh di jadikan alat pembuka. Gunting yang tersangkut di belakang pintu di capai pantas. Bahagian kertas yang telah di gam di tebuk menggunakan gunting hingga menyerlahkan sesuatu yang memeranjatkannya. Bau busuk menerawang segenap bilik. Kamus di tangan di campak ke lantai. Ada sesuatu yang terpelanting keluar dari lubang tadi. Berwarna hitam dan keras seperti batu. Amin tidak berniat pun untuk menyentuhnya. Bau busuk itu datang dari benda hitam tadi.

"Benda apa tu,Min?"

Tersentak tubuh Amin dengan suara Wahab.

"Entah. Ada dalam ni. Busuk pulak tu. Mira ni memang dah gila ke apa?"Amin bertambah pelik.

Lama Wahab tunduk merenung benda berwarna hitam tadi.

"Ini macam...tengkorak bayi ni!" Suara Wahab meninggi kerana terkejut. Kedua-duanya sama-sama terbeliak merenung benda hitam itu.

Wahab mengurut lengannya. Bulu romanya menegak tiba-tiba. Bau busuk semakin menjadi-jadi.

"Aku tak sedap hatilah. Kita keluar dari sini. Lagipun memang tak ada orang dalam rumah ni. Puas dah aku cari." Kata Wahab. Matanya meliar ke serata bilik. Dadanya berdegup kencang. Asa sesuatu yang tak kena dalam bilik ini rasa hatinya. Tanpa menunggu persetujuan Amin dia melangkah pergi.

Mata KeraWhere stories live. Discover now