Koma Si Dendam.

1K 85 5
                                    

Bunyi mesin menghiasi pendengaran sepi bilik VIP itu. Elina terbaring seorang diri dengan kepala berbalut serta kaki yang bersimen hingga ke paha. Mata kirinya lebam membiru,bengkak menghilangkan kecantikan sebelum ini. Rambut kuningnya juga terpaksa di botakkan kerana luka yang besar di kulit kepalanya. Sungguh dirinya kini susah untuk di kenali. Hanya Satna yang menemaninya ketika ini.

"Kenapa begitu berat dugaan keluarga  Puan?" Ucap Satna dengan linangan air mata. Tapak tangan Elina di usap lembut.

"Herhhh...!"

"Allah! Ya Tuhan! Tolong..!!" Satna berlari ke penjuru bilik. Di sisi katil Elina berdiri makhluk berbungkus kain putih yang sudah kotor dan penuh berdarah. Terketar-ketar lututnya. Segala bacaan ayat sucinya sudah lintang pukang.

"Herh! Herh!"

"Tolong . Tolong!!" Jerit Satna. Mukanya di tutup rapat. Tidak sanggup untuk melihat lembaga yang terlompat-lompat di sisi katil Elina mulai menghampirinya.

DUP!

Satna terkulai layu ke lantai. Ketakutan yang amat sangat membuatkannya pitam segera. Asap putih muncul lalu menghilang bersama lembaga tadi.

⚘⚘⚘

Brahim meletakkan cangkulnya ke tanah. Entah kenapa hatinya berasa kurang enak,bagai ada sesuatu yang akan terjadi. Ada sesuatu yang sedang menunggunya.

"Allahumma solli a'la Muhammad.." dia berselawat bagi menghilangkan rasa tidak sedap hatinya itu.

"Ya Allah..jauhilah keluargaku dari segala jenis ancaman dan kejahatan makhluk,Ya Allah." Pohonnya tulus. Brahim mengambil keputusan untuk menghentikan kerjanya lalu pulang ke rumah. Sungguh dia tidak boleh berkerja jika fikirannya terganggu.

Pisang tanduk yang sudah di kutip di simpan di dalam pondok kebunnya. Esok,awal-awal pagi lagi Si Mior akan ke rumahnya untuk mengambil pisang tanduk. Katanya setakat yang mampu. Cukuplah tujuh tandan fikirnya. Brahim melangkah meninggalkan pondoknya lalu keluar dari kebun.

Tiba di selekoh tidak jauh dari rumahnya dia melihat ramai orang berkerumun.

"Kenapa,Mid?" Soalnya pada budak lelaki sebaya anaknya.

"Ada orang langgar pokok,Pak Brahim. Perempuan." Beritahu Hamid.

"Ooo..." Brahim cuba menyelit di celah-celah orang ramai. Terbeliak matanya melihat mangsa kemalangan itu.

"Imam,ni mak tiri saya,ni." Brahim dengan pantas mendapatkan Elina. Sebenci-bencinya dia pada Elina dan Firdaus belum pernah lagi dia mendoakan yang buruk-buruk buat keduanya.

"Astargfirullahalazim...kebetulannya. Mari tolong. Sekejap lagi ambulans nak sampai. Kita angkat dia letak di bawah. Tak elok macam ni." Kata Imam Yahya. Dia seboleh-bolehnya tidak mahu memandang ke arah tubuh Elina. Baju yang di pakai Elina ada yang terkoyak dan terselak di tempat yang tidak sepatutnya. Imam Yahya hanya mampu melindunginya dengan serbannya sahaja tadi.

⚘⚘⚘

Hari ke lima Satna berjaga di hospital umum ini,hari ke lima juga Elina tidak sedarkan diri. Kadang-kadang Solihin akan datang menziarah. Buruk-buruk pun tetap majikan juga baginya. Sejujurnya dia begitu kasihankan majikannya itu. Dia juga tahu apa yang berlaku di dalam rumah besar itu. Dia membesar di situ. Ayahnya bekas pemandu keluarga itu,dan sekarang dirinya pula. Mungkin ini balasan bagi majikannya,fikir Solihin.

TIT! TIT! TIT!

Bunyi mesin masih tetap sama. Satna menghelas nafas. Naskah Yasin yang sudah habis di baca di kucup lalu di letakkan di bawah bantal Elina.

"Semoga cepat sembuh ya,Puan." Ucapnya. Kepalanya di lentokkan ke tepi katil. Cuba untuk melelapkan mata seketika.

⚘⚘⚘

"Betulkah tu Elina,bang?" Zainab masih tidak percaya. Imam Yahya mengeluh sambil menjulingkan matanya ke atas.

"Eh,abang ni....perangai macam Hafiz pula. Nab tanya ni...Betul ke tu Elina?" Zainab memuncungkan bibirnya.

"Iyelah. Elinalah tu. Siapa lagi..kereta dia pun ada lagi kat tepi pokok tu kalau dah tak percaya sangat."sinis jawapan dari Imam Yahya.

Zainab menjeling geram.

"Ada apalah agaknya sampai sanggup cari diorang kat kampung ni. Apa tak habis lagikah dengki dia tu kat keluarga Brahim?"

"Ish,awak ni...jangan pandai-pandai nak buat kesimpulan sendiri. Entah-entah dia datang nak minta maaf ke apa ke..jangan buruk sangka sangat.."nasihat Imam Yahya.

"Dahlah. Saya nak mandi dulu. Nak margrib dah ni. Malam ni malam jumaat. Sedekah awak tu dah siap ke belum?" Imam Yahya bangun sambil mengibaskan jubah.

"Tu atas meja kat ruang tamu tu. Saya buat Kuih talam keladi je. Keladi kat belakang banyak sangat. Esok kalau awak nak pergi rumah Brahim bawak sikit keladi tu. Tak termakan selagi dalam rumah ni."

"Baik,Kak Nab oi..." Imam Yahya melangkah ke tandas. Zainab tersenyum sahaja.

⚘⚘⚘

"Aku nak kau langgan aku hujung minggu ni. Dua hari je. Aku ada hal sikit."

"Berapa aku dapat?"

"Aku bagi kau dua ribu."

"Ha ha ha..beressss!"

Click! Talian di matikan.

⚘⚘⚘

Indra...
Indra.....
Indra!!

Indra menggeleng. Renek-renek peluh  memenuhi dahinya. Tubuhnya di pusingkan ke kiri dan ke kanan.

"Nak? Lawan,nak. Selawat.!" Bisik Lebai Kholid di tepi telinga Indra.

"Tolong aku... tolong!! Jangan ganggu aku!! Pergi! Pergi!" Indra menjerit kuat sebelum mencelik mata seluasnya. Nafasnya tercungap-cungap.

"Istirgfar,nak. Ingat Tuhan." Lebai Kholid masih di sisinya.

Indra mulai menangis teresak-esak. Dadanya bagai di cucuk-cucuk. Dosa silamnya kembali terbayang di mata. Dia terlalu takut. Banyak dosanya,terutamanya pada si mati Aliya. Indra di biarkan menangis oleh Lebai Kholid.

Mata KeraWhere stories live. Discover now