Langkah Pertama.

926 79 2
                                    

Kamelia merengus geram. Jam tangannya di kerling kasar.

"Ish! Mana Pak Mod ni?! Aku dah lambat dah ni!" Stereng keretanya di hentak kuat.

"Argghhh!" Kerana terlalu geram dia mula menjerit sekuat hati.

Tok!tok!tok!

"Ha,datang pun! Eh?" Kamelia terkejut. Berdiri di sisinya bukanlah Pak Mod pembantu ayahnya.

"Meh aku hantar kau."

"Tapi macam mana kau tahu aku kat sini,babe?" Kamelia sedikit hairan namun dia tidak menolak huluran Mira. Beg besar di bonet di masukkan ke dalam Myvi Mira.

"Aku nak pergi McD..lapar..ternampak pula kereta kau kat tepi jalan tu. Aku ingatkan tak ada orang." Mira hanya memandang ke hadapan.

"Oowh...thanks,Babe."

"Boleh tolong ambilkan beg aku kat bawah tu?" Mira menunjuk ke arah kaki Kamelia.

Sebaik sahaja Kamelia tunduk dengan pantas Mira menekup mukanya dengan kain basah.

Tidak lama kemudian Kamelia berhenti melawan dan terkulai di tempat duduknya. Mira tersenyum sinis. Tangannya meraba ke arah perut Kamelia. Dia tersenyum gembira.

"Hmmh...dah ku agak! Kondom tak berkesan." Kereta di pandu semula. Hanya Mira yang tahu ke mana arahnya.

⚘⚘⚘

"Tok! Tok!" Mira terhendap-hendap di hadapan pagar rumah kayu itu. Suasana yang sudah pun gelap sedikit sebanyak menambah perasaan seram padanya. Sesekali dia mengerling ke belakangnya. Bimbang di sergah sesuatu yang menakutkan. Tapi demi dendamnya yang menggila dia gagahkan juga untuk bertahan.

"Ish,mana perginya tok bomoh ni...kata malam-malam tak boleh keluar rumah." Mira mula merungut seorang diri.

"Masuk!" Satu suara menyergah dari atas beranda rumah.

Terkejut sakan Mira mendengar suara garau itu. Dadanya di usap pantas.

"Masuk!" Sekali lagi suara garau itu melaung. Mira tertunduk-tunduk lalu melangkah ke keretanya. Kereta di pandu masuk ke dalam perkarangan rumah tok bomoh.

"Tok, err...ni saya bawakan yang tok mahukan tu. Saya bawa yang bernyawa lagi." Mira menunjuk ke arah Kamelia yang terlentok di tempat duduknya.

"Hermmmh...masuklah dulu." Tok bomoh Sudam cuma menjeling sekilas sahaja tubuh Kamelia.

"Tapi nanti dia sedar tok. Dia pengsan ni." Bimbang pula Mira ketika ini.

"Jubin!" Laung Tok Bomoh tiba-tiba.

Tidak lama kemudian muncul seorang lelaki bertubuh sasa dengan sebelah matanya tertutup berparut.

"Bawa budak tu masuk. Sediakan barang-barang aku sekali." Arah Sudam. Jubin mengangguk faham. Tubuh Kamelia di sauk dengan kedua tangannya lalu di bawa masuk ke dalam sebuah bilik.

Mira tidak mahu tahu apa yang akan terjadi pada sahabatnya itu. Yang penting baginya kini ialah dia akan dapat apa yang dia mahukan. Wajah Amin yang sedang menahan siksa terbayang-bayang di matanya. Mira semakin tidak sabar untuk melaksanakan dendamnya.

"Matilah kau,amin....hahahahha"

⚘⚘⚘

"Amin,aku rasa tak sedap hatilah." Entah kenapa hari itu Indra menjadi tak tentu arah. Kemana-mana saja dia menoleh dia ternampak imej seorang perempuan terikat dengan perut berlubang merenung marah ke arahnya. Tadi ketika di tandas,terkejut besar dia melihat pantulan imej di pintu. Hampir menjerit dirinya akibat terlampau terkejut.

"Tak adalah...mainan perasaan kau tu..aku ok je." Amin menjeling temannya sekilas.

"Aku nak balik Indon minggu depan. Datuk aku panggil pulang. Mahu mati agaknya orang tua itu." Topi Nike di buka lalu di baling ke atas meja.

"Berapa lama?"soal Amin.

"Tak tahulah,Min. Aku ingat,aku pulang ni aku mahu minta pendindinglah dekat datuk aku. Hahahaha..." Amin ketawa lucu.

"Eh, kau gelak? Kalau betul kau nak minta,minta untuk aku sekali. Aku pun nak juga untuk jaga diri aku yang hensem ni. Hahahaha.."

Nun di hujung dinding,seekor makhluk bertubung hitam berbulu lebat merenung tajam ke arah mereka berdua. Dan lebih tepat lagi ke arah urat yang berada di leher Amin dan Indra.

⚘⚘⚘

Suasa yang bising menyedarkan Kamelia. Bunyi seperti lembu kehilangan nyawa membuatkan matanya semakin segar dan terbeliak ke kanan ke kiri. Kamelia teringatkan sesuatu.

"Mira."nama itu terpacul dari mulutnya.

Kreekkkkk.

Pintu di hujung kakinya terbuka dengan bunyi yang mengilukan. Cahaya yang menerjah menyilaukan matanya. Kamelia cuba untuk menutup wajahnya dengan tangan tapi ada sesuatu yang menahannya. Ianya terikat.

"Baguslah kau sudah sedar,sayang. Lama juga kau tidur." Jubin muncul bersama tempayan besar lalu di letakkan di sebelah Kamelia.

"Kau siapa? Mana Mira?" Kamelia mula memerhati keadaan sekelilingnya. Bau hamis,hanyir,suram dan lembab menakutkannya.

"Mira??" Jubin tersenyum sinis.

"Kalaulah kau tahu siapa Mira yang sebenarnya tentu kau takkan mahu berkawan dengannya." Jubin bangun melangkah keluar. Pintu di hempas kuat.

"What??" Kamelia ternganga.

"Mira!! Miraaa!!" Kamelia mula meraung-raung.

"Miraaa!! Ah!" Kepalanya di hentak ke lantai.

"Aku tak suka orang bising di tempat aku!" Bomoh Sudam membuka kain guni yang membalut tubuhnya sebentar tadi. Mata Kamelia terbeliak melihat wajah di hadapannya.

"Aaaaaaaaaa!!!!"

"Diam!!"

Pap!Pap!Pap!

Sebaik sahaja tamparan ketiga mengenai pipinya,Kamelia terus pengsan semula.

Bomoh Sudam membuka semua kain guni yang membalut tubuhnya. Bunyi ayam berkokok menandakan malam berselubungnya sudah tamat. Dan kini dia ada kerja yang perlu di siapkan. Wajah Kamelia dengan luka di pipi di pandang sinis. Dia lebih teruja dengan apa yang ada di dalam perut Kamelia.

"Jubin! Aku lapar.!" Bomoh Sudam menjerit sebaik sahaja keluar dari bilik berbau itu.

⚘⚘⚘

Mata KeraWhere stories live. Discover now