Amanah yang belum terlaksana.

962 75 2
                                    

Sudah masuk lima tahun kematian ibunya. Brahim dan Nordin memilih haluan masing-masing. Sebaik sahaja menerima surat dari peguam ibunya mereka sudah bertekad untuk melaksanakan dengan sebaik mungkin amanah itu. Namun Nordin menolak untuk memiliki tanah yang telah di amanahkan padanya. Dia memilih untuk hidup berdikari. Ingin bermula dari bawah semula. Kalau dahulu dia anak orang kaya,kini dia mahu menjadi miskin. Biarlah dirinya bahgia dengan caranya.

Kepada Brahim di serahkan tanah yang seluas enam padang bola sepak itu. Brahim berjanji akan mengusahakan sesuatu kelak. Namun wasiat itu di tentang keras oleh Elina. Dia tidak punya hak ke atas mana-mana harta yang telah di berikan pada Brahim dan Nordin.

Dato Sabri saat itu hanya berkerusi roda masih juga memenangkan bini mudanya. Mengalir air mata anak kandung tatkala si bapa melebihkan anak tiri yang baru muncul,Firdaus.
Entah dari mana tiba-tiba saja muncul dan mengaku dia mempunyai hak atas sebilangan kecil harta Zaimah. Pipinya merah di tumbuh Brahim. Dan lebih memedihkan hati,Firdaus rupanya bekas tunang kepada Qhasidah. Dia muncul kembali setelah melihat di televisyen mengenai kebakaran rumah Zamarul,usahawan terkenal itu. Munculnya hanya untuk memenangi hati Qhasidah kembali namun dia terlambat,Qhasidah sudah sah bergelar isteri pada musuh barunya. Semakin sakit hatinya pada Brahim.

Peguam Ronald terpaksa menelefon  polis untuk mengiringi bacaan wasiat Zaimah. Brahim hairan mengapa mereka berdua di panggil sama untuk bacaan wasiat itu. Sedangkan yang di tulis hanyalah keluarga mereka sahaja. Mungkin alasan untuk Elina tahu hala tuju wasiat Zaimah.

"Aku akan dapatkan balik hak suami aku yang kau dah rampas!"itu kata-kata terakhir Elina sebelum pintu bilik peguam itu di hempas.

Mata Brahim dan Nordin berkalih pada ayahnya yang sudah terlalu uzur itu. Sayu pandangan ayahnya. Mereka tahu apa yang terjadi. Cuma mereka belum punya kekuatan untuk melawan.

⚘⚘⚘
Rumah yang pernah menjadi saksi perkahwinan Brahim dan Qhasidah dan juga menjadi saksi perginya insan yang di sayanginya juga. Pak Nasir menutup mata. Ada air mata yang mengalir di hujung mata.

"Insya Allah kak. Nanti saya akan usahakan.!"

Bulan lepas dia menziarahi Brahim dan Qhasidah. Anaknya Dania juga sudah masuk lima tahun. Betapa cepatnya masa berlalu. Tapi pemergian Zaimah bagaikan baru kelmarin berlaku. Susah untuk dia melupakan semuanya. Kejamnya Elina,sanggup menyihir madunya sendiri juga suaminya. Pernah juga dia melintasi banglo besar itu. Sunyi seperti tiada berpenghuni gayanya. Pernah juga dia terserempak dengan Satna. Perempuan Indon yang di bawanya ke rumah itu dahulu untuk menjadi bibik kepada Zaimah. Pandangan Satna padanya juga kelihatan sayu. Mereka tahu apa yang berlaku.

Bunyi langkah kaki seseorang menyedarkan Pak Nasir. Matanya mencari siapa yang datang. Solihin tersenyum bersama dulang yang terisi air kopi dan cucur pisang di atasnya.

"Termenung apa,yah? Berat semacam ja."soal Solihin. Memang dari tadi dia memerhatikan gelagat ayahnya. Sekejap-sekejap mengiring ke kanan,sekejap-sekejap mengiring ke kiri. Sudahnya terlentang dengan tangan di dahi.

"Teringatkan Pak Ngah kau..apa khabarkah dia. Lama sungguh tak jumpa dia."balas Pak Nasir. Air kopi panas di cicip cermat.

"Ooh..."Solihin hanya mengangguk.

"Kau nak kerja apa sekarang? Sijil dah ada,muka hensem."puji ayahnya.

Solihin tersengeh malu.

"Saya nak jadi diver macam ayah boleh?"

"Uish,tu bukan tahap kau tu. Kau nampak anjing pun takut nak keluar kereta. Tak boleh,tak boleh." Tapak tangannya di goyangkan berkali-kali.

Solihin ketawa kecil. Jika ayahnya menganggap itu sebagai gurauan terpulanglah,tapi bagi Solihin memang itu yang di mahukannya.

"Driver kapal terbanglah,Solihin. Dapat ayah pergi umrah percuma." Pak Nasir menunjuk ke langit di mana ada sebuah kapal terbang yang kebetulan melintas di atas mereka.

Solihin mengangguk dengan sengehannya.

⚘⚘⚘

"Assalamualaikum,Brahim. Pak lang ni."

"Waalaikumsalam,ya,Pak Lang. Ada apa ni? Sihat?" Soal Brahim. Dia melangkah keluar dari rumah menuju ke pangkin di bawah rumah. Enggan mengganggu anaknya yang sedang tidur.

"Pak Lang nak jumpa kau sabtu ni boleh. Ada hal sikit. Din pun ikut sekali nanti. Bolehlah,ya?" Nada suaranya sedikit mengharap.

"Sabtu ni boleh je,Pak Lang. Nanti saya pergi ke rumah Pak Lang. Dah pun lama dah ajak pergi rumah Pak Lang." Jawab Brahim.

"Emm..sebenarnya Pak Lang nak jumpa kamu dengan Nordin ja. Kita jumpa dekat luar. Ada hal yang Pak Lang nak bincangkan ni."berat suaranya.

Berkerut dahi Brahim. Hatinya di buru rasa ingin tahu. Entah apa yang ingin di bincangkan oleh Pak Langnya. Kedengaran mustahak saja.

"Boleh,Pak Lang. Nanti saya datang."

"Baiklah. Datang awal ya. Pak Lang tunggu sana. Assalamualaikum."talian di matikan serta merta sebelum sempat Brahim menjawab salam. Skrin yang sudah gelap di renung lama.

"Ada apa sebenarnya ni? "Brahim bercakap sendirian. Bingung juga sebenarnya. Pantas nombor talifon Solihin di dailnya. Tapi timbul pula rasa bersalah dalam dirinya,lantas panggilan di matikan. Mungkin Pak Langnya tidak mahu hal ini di ketahui orang lain. Tadi dia di beritahu hanya dia dan Nordin saja. Ibu jarinya di tekan ke paha berkali-kali. Tabiat sejak dahulu lagi bila dia sedang berfikir. Akhirnya dia mengeluh buntu. Dia tidak dapat meneka apa yang mahu di bincangkan oleh Pak Langnya nanti.

⚘⚘⚘

Firdaus termenung sendiri,pen di tangan di ketuk-ketuk ke meja. Terbayang-bayang Qhasidah yang mempertahankan Brahim sewaktu bacaan wasiat Zaimah. Sakit hatinya,geram dan benci pada Brahim. Tak sangka dunia ini begitu kecil. Dia menyangka Qhasidah akan berlembut hati melihatnya. Ternyata dia silap. Hati gadis itu sudah tertutup rapat untuknya. Biarpun sudah lima tahun dia tetap terkilan dengan peristiwa itu. Menyesal dia meninggalkan gadis itu dahulu. Sungguh dia tidak dapat melupakan kenangan manis mereka. Terbayang-bayang tangisan Qhasidah merayu agar dirinya jangan pergi. Semuanya terlambat sudah. Qhasidah sudah sah bergelar isteri kepada abang tirinya.

⚘⚘⚘

Brahim tiba lebih awal dari Pak Langnya dan Nordin. Memang dari dulu lagi dia tidak suka membuatkan orang menunggu kehadirannya. Gelas berisi teh halia di hirup cermat. Segar terasa tubuhnya. Tambahan pula cuaca yang sejuk setelah hujan malam tadi,cukup menyegarkan tubuh. Sebuah van putih berhenti betul-betul di hadapan kedai makan Warung Kak Nah,Nordin dan Pak Langnya mengangkat tangan serentak ke arah Brahim.

"Awal sampai? Pak Lang ingat Pak Lang yang awal. Kalah lagi..." Pak Nasir menggeleng kepala.

Brahim dan Nordin ketawa kecil mendengarnya.

"Ada hajat apa,Pak Lang? Nak jumpa pun kena berahsia semua ni. Mustahakkah?" Nordin terus dengan soalannya yang sudah di tahan dari semalam lagi. Sepanjang malam dia tidak dapat melelapkan mata terfikirkan hal itu.

"Makanlah dulu..Pak Lang tak makan lagi tau. Keluar subuh tadi terus ambil kau." Pak Nasir menjeling Nordin.

"Ye lah..ye lah.."Nordin tersengeh malu.

⚘⚘⚘

Nun di dalam sebuah rumah banglo yang tersergam indah,terbaring seorang lelaki tua yang sudah terbiar dua hari. Tidak di mandikan,najis penuh di tilamnya, berkerak di belakangnya. Bau bilik tak usah di kata,hapak,hancing dan meloyakan tekak. Si lelaki tua terbaring lemah,lapar dan haus. Air matanya meleleh membasahi bantal. Terbayang-bayang wajah anak isterinya yang telah di aniayanya dahulu. Terbayang kenangan-kenangan mereka bersama dahulu. Dato Sabri menangis hiba. Terhinggut-hinggut menangis seorang diri. Sunyi hidupnya. Loceng untuk memanggil Satna di baling entah kemana sudah. Sudah lenguh tangannya menggoncang loceng namun bayangan Satna tak muncul juga.

"Dah mati agaknya orang luar tu.!" Dato Sabri mendengus geram.

Mata KeraWhere stories live. Discover now