Rasuk.

1.2K 99 0
                                    

Lori milik Nordin terhinggut-hinggut melalui lopak besar. Nordin dan Ajib menajamkan penglihatan ke arah jalan raya. Kali ini mereka terpaksa pergi sedikit jauh dari tempat selalu. Tokey Ah Kiat tidak dapat memberi bekalan seperti selalu hari ini. Mungkin kerana musim tengkujuh semakin tiba. Nordin dan Ajib terpaksa ke Kedah untuk mengambil ikan.

Jam menunjukkan pukul satu empat puluh lima minit pagi. Ajib sudah pun berbungkus dengan baju sejuknya. Sesekali dia terbersin akibat sejuk.

"Bang Din. Dah lewat sangat ni. Jauh lagi ni..kita rehat kat masjid ka surau dulu?" Cadang Ajib. Matanya sudah tidak tertahan lagi. Mengantuk yang terlampau.

Nordin menjeling ke arah jam tangannya. Nafas di hembus perlahan.

"Bolehlah..aku pun penat juga ni. Lenguh bawa lori ni."  Nordin mula memandu memasuki jalan kampung. Cuba mencari surau atau masjid yang terdekat.

"Tu,Bang Din." Ajib menunjuk-nunjuk ke arah sebuah surau bercat hijau kuning. Nordin mengucap syukur. Lori miliknya di pandu masuk ke kawasan surau.

"Kita tidur sini dulu. Pagi esok kita balik." Nordin memerhati sekeliling kawasan surau. Rumah-rumah penduduk kampung ada yang masih riuh ada juga senyap sunyi.

Talifon bimbit di keluarkan dari poketnya. Mendail nombor isterinya. Kepada Suraya harus di beritahu. Bimbang isterinya menunggu hingga pagi. Nasib baik isterinya itu seorang yang memahami kerjanya.

"Baiklah. Waalaikumsalam." Talian di putuskan.

Ajib sudah pun berdengkur sebaik sahaja meletakkan kepala di atas begnya. Nordin terkebil-kebil seorang diri. Dalam kereta tadi mengantuknya bukan main lagi. Tapi masuk sahaja ke dalam surau terus hilang semuanya. Dia bangun membuka beg sandangnya. Buku kira-kira dan sebatang pen di tarik keluar. Oleh kerana mengantuknya sudah hilang dia memutuskan untuk mengira semua hasil kerja penghantarannya sejak seminggu lalu.

TAP TUP TAP TUP

Hanya bunyi kalkulator yang kedengaran di dalam surau. Sesekali Ajib mengigau Nordin akan tersenyum sendiri.

"Assalamualaikum,nak."

Nordin terkejut. Terhenti pergerakannya. Tubuhnya mengeras terkejut.

"Assalamualaikum,nak."

"Astargfirullahalazim! Jauhkan aku dari kejahatan syaitan,Ya Allah.!" Nordin memejamkan matanya.

"Jangan bimbang..kita orang baik-baik saja."

Perlahan-lahan Nordin menoleh. Seorang lelaki dalam lingkungan umur ayahnya sedang melipat serbannya dan di silangkan ke bahu. Nordin mengerling jam di dinding surau. Tiga  lima belas minit pagi.

"Kita makhluk Allah,nak.. takutlah pada Allah." Nordin termalu sendiri di perli begitu.

"Pakcik dari mana?" Soal Nordin setelah lama memerhati tubuh lelaki itu.

"Dari rumah. Pakcik memang suka datang awal ke sini. Umur sudah senja harus perbanyakkan amalan dengan Allah." Lelaki itu kemudiannya menghampar sejadah lalu duduk bersila di atasnya tidak jauh dari Nordin.

"Lena sungguh anak itu tidur. Keletihan sungguh rupanya?" Dia menunjuk ke arah Ajib.

"Ya..kami nak balik ke Perlis. Lewat sangat dah sebab tu singgah sekejap di sini. Mata dah tak boleh nak tengok jalan." Nordin tersenyum ramah.

"Oooh...lori kamulah di depan tu?"

"Ya,pakcik." Nordin mengangguk laju.

"Pakcik ni Pak Husni. Tukang azan di surau ni. Tukang gali kubur juga." Pak Husni memperkenalkan diri.

Mata KeraWhere stories live. Discover now