Terlepas (Part 4)

1K 77 6
                                    

Negara di gemparkan dengan penemuan sebuah Hilux putih dan mayat yang sudah berulat tidak jauh dari sempadan Kedah-Thailand kelmarim. Mayat yang hancur dan patah kesemua tulangnya telah di hantar ke unit forensik untuk bedah siasat. Setakat ini punca kematian masih lagi dalam siasatan. Polis menyatakan berdasarkan bukti terdapat orang lain yang bersama dengan mangsa di dalam Hilux terbabit. Polis akan mengenakan siasatan terperinci bagi mengenal pasti individu yang terlibat.

TAP!

Tv di matikan. Masing-masing mendiamkan diri setelah mendengar berita di tv sebentar tadi. Remote yang berada di tangan di campak ke sofa. Indra buntu. Bingung. Dan sukar untuk mencerna apa yang terjadi. Semuanya begitu tiba-tiba dan mengejutkan.

Vinu bangun menapak ke bilik tidur utama. Pintu di tutup rapat. Dari luar jelas kedengaran tangisan Vinu yang penuh cacian.

Indra,Wahab dan Gulsan berpandangan sesama sendiri sebelum masing-masing mengeluh lemah.

"Kenapa dengan Amin,weh?" Soal Wahab.

"Dia tidur. Mengigau. Kemudian mati." Jawab Indra. Wajah yang tiada perasaan.

"Tapi macam mana boleh mati lunyai macam tu? Ni dah macam kena kepak. Kena pijak. Lunyai! Lembik.! Kau dengar apa pemberita cakap? Semua tulang dia patah. Kita sendiri nampakkan? Badan dia meleret jatuh. !" Kedua tangannya di tunjukkan ke bawah. Wahab tercungap-cungap. Rasa ngerinya belum habis lagi. Malam tadi mereka tidak boleh melelapkan mata walau sedetik pun. Masing-masing terkebil-kebil kebingungan.

"Kau rasa ini ada kena mengena dengan sihir tak?" Gulsan bersuara setelah mendiamkan diri seketika.

Indra dan Wahab terbeliak. Mungkin ada benarnya kata-kata Gulsan.

"Siapa sebenarnya yang berdendam dengan Amin?" Indra menyoal kembali.

"Hmmh..tak mustahillah..Amin kan banyak musuh. Perempuan keliling pinggang. Main pakai buang je. Mana tahu ada dari kalangan orang-orang yang berhutang dengan dia ke...tak pun orang yang tanah dia kena tipu dengan Amin?" Wahab membuat Andaiannya tersendiri.

"Hmm.." Indra menggosok dagu yang terletak janggut sejemput.

"Aku tidak menolak fakta itu. Tapi yang aku paling khuatir nasib kita berempat ini. Itu? Yang di dalam bilik itu sudah seperti orang mati bini. Pengecut! Sekarang ni kita harus apa?" Wajah Wahab dan Gulsan di pandang silih berganti. Masing-masing terdiam dan hanya terdengar tangisan maki Vinu.

➰➰➰

"Satu sudah selamat berlepas....tinggal lagi empat. Aaaahahahahahahahahahahahahaha.....!" Si tua ketawa melihat patung jerami yang hancur terbakar di hadapannya. Empat anak patung jerami di kerling penuh minat.

"Anak-anak mak lapar tak....?" Tangan yang berkedut membelai botol-botol kaca yang tersusun di hadapannya.
Botol yang paling besar di buka lalu di tuang ke arah patung jerami di hujung sekali. Cecair berwarna merah hitam mengalir lalu meresap ke dalam jerami.

Si tua tersenyum gembira.

"Makanlah apa yang anak mahu sepuas-puasnya,sayang...hek hek hek!" Anak patung jerami yang sudah di siram tadi di cabut lalu di baringkan di atas lantai. Di biarkan begitu saja.

➰➰➰

DUP!!

Bunyi sesuatu yang jatuh mengejutkan mereka bertiga. Pintu bilik tidur utama di buka pantas. Vinu terbaring di tepi almari tidak sedarkan diri. Hidungnya berdarah.

"Ni dah kenapa pulak ni?" Berkerut kening Wahab.

"Vinu? Hoi?!" Bahu Vinu di goyangkan.

"Ambil air. Mungkin dia terlampau tertekan." Arah Indra pada Wahab.

"Vinu?...Vinu kau ok ke?" Gulsan menepuk-nepuk pipi Vinu yang sudah membuka mata itu.

"Kepala aku sakit sangat tadi." Katanya setelah di papah ke katil.

"Rehatlah dulu. Aku nak keluar beli makanan." Indra bangun menapak keluar bilik.

"Tak payah fikir sangatlah. Esok kita dah blah dari Malaysia ni. Takkan jadi apa-apa punyalah.!" Gulsan bangun meninggalkan Vinu dan Wahab. Kepalanya turut berdenyut melihat Vinu.

➰➰➰

"Bayaran untuk yang pertama,tok." Terketar-ketar tangannya menyerahkan bungkusan plastik berwarna hitam kepada bomoh tua itu.

"Bila kau dapat ni?" Soal bomoh tua.

"Kelmarin,tok."

"Bagus.! Masih segar. Hik hik hik!" Bomoh tua mengekek dengan kepala yang senget dan terhinggut-hinggut.

"Ermm...boleh saya tahu mereka di mana sekarang?"

"Itu bukan hak kau! Kalau mereka mati nanti akan muncul beritanya. Tak begitu?" Soal bomoh tua. Wanita yang duduk di hadapannya dia pandang tajam.

"Emm..baiklah. Tinggal lagi empat,tok. Saya nak salah seorang dari mereka mati menggantung diri. Biar dia tahu rasa kena jerut tu.!" Penumbuknya di kepal kuat dengan mata bersinar benci.

"Emmm..boleh..tapi aku perlukan talinya." Kata bomoh tua.

"Tali biasakah,Tok?" Soalnya.

"Kalau mahu matinya luar biasa maka barangnya harus yang luar biasa juga.! Carikan aku secebis kain kapan yang di gunting tiga segi!"

"Tapi tok..siapa yang nak korek kubur?" Wanita tadi mula merungut.

"Itu kau punya masalah. Bukan aku!" Bidas tok bomoh.

"Cara lain tak ada ke,Tok?"

"Ada...asalkan kau sanggup sahaja."

"Cara apa,tok?"

"Aku tahu kau sedang datang bulan. Carikan tali sapukan darah kotor kau padanya tiga malam berturut-turut. Bila sudah kering bawakan pada aku." Tok bomoh bangun tiba-tiba.

"Masa kau sudah tamat. Sila keluar. Aku mahu berkerja." Kata tok bomoh tiba-tiba.

Wanita yang duduk tadi cepat-cepar bangun nak melangkah keluar rumah. Amat pantang bagi si tua itu orang yang berlengah-lengah.

"Ada dua cara. Pilih saja mana satu. Yang aku tahu,kau mesti muncul dalam masa lima belas hari lagi.!"

"Ha? Tapi..."

BAMM!!

Pintu tertutup rapat dan di hempas kuat. Terkejut dia yang berdiri di muka pintu. Dengan rasa sebal dia melangkah menuju ke keretanya. Meninggalkan rumah di tepi hutan itu.

➰➰➰

Nasi ayam empat bungkus di letakkan di atas meja. Bajunya di buka dan hanya bersinglet di dalam rumah.

"Woi,makan!" Laung Indra. Tidak menunggu yang lain dia membuka bungkusannya dahulu.

"Nasi apa?" Gulsan muncul dari bilik air.

"Nasi ayam je ada kat bawah. Aku beli je lah.!" Jawab Indra.

"Mana Vinu dengan Wahab?" Soal Indra menyedari dua lagi kawannya tidak muncul.

"Tidurlah tu..aku gerakkan." Gulsan bangun menuju ke bilik tidur utama. Tepat tekaannya. Vinu dan Wahab berdengkur dengan tenang sekali.

"Woi...makan!!" Jerit Gulsan.

Wahab terkejut lalu terduduk. Vinu hanya menenyeh matanya dan bangun dengan malas.

"Mari duduk. Aku ada hal nak bincang."kata Indra.

"Hal apa?" Soal Wahab sambil mengambil bungkusan nasi ayam.

"Aku sudah sewa kereta tadi. Esok pagi kita bertolak awal. Aku tak mahu berlengah-lengah lagi. Penat. Aku dan bincang dengan Hadri. Dia akan jemput kita di songkla." Beritahunya. Yang lain hanya mengngguk setuju dan lega.

"Bijak kau,eh?" Kata Gulsan sambil tersenyum sinis.

"Nak hidup kenalah bijak...hahahahaha"mereka semua ketawa dengan sahutan Indra.


Mata KeraWhere stories live. Discover now