Misi membalas dendam.

926 74 1
                                    

Produa Myvi putih di parkir tidak jauh dari kediaman Firdaus. Sengaja dia berbuat begitu. Seragam sekolahnya sudah pun di tukar kepada baju dan seluar berwarna hitam. Matlamatnya hanya satu. Mengintip dan mengawasi pergerakan Firdaus. Dia akan catitkan semuanya,dan bila masanya sudah tiba dia akan pastikan kepuasan itu menjadi miliknya. Mira tersenyum sinis.

Sasarannya muncul berseluar pendek dan bersinglet putih. Talifon bimbit di telinga,sesekali tersengeh-sengeh dan sesekali wajah nakalnya terpamer. Mira terasa mual melihat senyuman lelaki itu. Tidak di nafikan senyuman itu dululah yang membuatkannya rindu suatu ketika dahulu. Kini tidak lagi setelah peristiwa hitam yang lalu. Mira tidak menyedari yang tangannya memicit kuat stereng kereta.

Firdaus masuk ke dalam semula. Mira masih lagi diam mengawasi.

Talifon bimbit di ribanya bergetar menandakan ada panggilan yang masuk. Mira mendengus melihat nama yang terpapar di skrin talifon.

"Penyibuk!"

"Emm,ye? Yela...nak baliklah ni. Amboi,tak boleh ke nak pusing-pusing sekejap? Kedekut. Yelah! Adik baliklah ni!" Talian di matikan segera tanpa sempat orang di sana membalas.

"Tengah aku ada misi ni la dia nak menyibuk pun. Tak faham aku!"marah Mira. Enjin kereta di hidupkan dan dia berlalu pergi.

⚘⚘⚘

Firdaus tersenyum sinis di sebalik tirai biliknya.

"Nak balas dendam ke,sayang? Budak tak matang!" Bibirnya di cebikkan ke arah Myvi putih yang sedang berlalu. Dia tahu Mira mengintipnya sejak dari pagi tadi. Dia tahu kerana dia terpandangkan kereta itu ketika bangun pagi tadi. Bagi meyakinkan lagi dirinya,dia berpura-pura menjawab panggilan di luar pagar. Yang sebenarnya dia membuka kamera.

Budak tak matang! Hahahahaha...

Firdaus mencampak diri ke tilam bersama ketawa yang berdekah-dekah. Geli hati.

⚘⚘⚘

"Aku tak tahu apa-apa,Mira. Aku tak mahu masuk penjara,Mira! Aku takut!" Kamelia meraung histeria.

"Bila kau dapat berita tu? Betulkah tu Gwen?" Mira cuba untuk menenangkan Kamelia.

"Babe! Memang dia! Mommy dia call aku bagi tahu Gwen terjun dari tingkap kondo. Kau tak percaya kau boleh call mom dia." Kamelia teresak-esak di hujung talian.

"Aku nak ke U.S malam ni. Aku tak nak masuk penjara. Kalau polis tanya apa-apa pasal aku kau cakap yang aku tak hubungi kau lama dah. Bye!"

Klick!

"Huh! Larilah kalau boleh,Kimmy...."Mira tersenyum sinis.

"Auch!" Perutnya di gosok perlahan.

"Sabar,ye....nanti giliran bapak kau pulak,budak!" Mira melentang ke tilam. Tersenyum puas hati.

⚘⚘⚘

"What?!!!" Kamelia ternganga di tepi keretanya. Entah bagaimana kereta yang di pandunya boleh pancit dengan tiba-tiba.

Mata KeraWhere stories live. Discover now