Malang.

953 72 0
                                    

Suasana hiba menyelubungi bilik wad tempat Qhasidah di tempatkan. Akibat tidak mampu menahan sedih yang melampau dirinya telah pengsan dua kali. Jenuh juga Saidah menyedarkannya dan memberi kata-kata semangat. Qhasidah banyak menyalahkan dirinya atas apa yang berlaku. Daripada kematian ibu bapanya,kehilangan Mira serta penemuan yang tak di sangka terhadap Mira dan juga kebakaran rumahnya. Semuanya di letakkan pada dirinya. Qhasidah meraung dalam hiba.

Saidah turut mengalirkan air mata melihat derita Qhasidah. Dugaan datang bertimpa-timpa buat anak majikannya.

"Dah duduk dengan Kak je lah..Kak sanggup jaga Dah." Pujuk Saidah.

Qhasidah menggeleng. Air matanya di kesat.

"Saya nak cari kerja,kak. Saya tak nak susahkan keluarga akak."

"Tak ada yang susah pun. Kak ikhlas nak jaga Dah. Dah dah macam adik akak tau." Pujuk Saidah lagi. Belakang Qhasidah di usap lembut.

Brahim hanya memandang penuh simpati insan yang berjaya mencuri hatinya itu. Sejujurnya dia juga sedih,malah turut geram dengan orang yang telah membuat aniaya pada Qhasidah. Cuma dia tidak tahu siapa yang membuat onar itu. Qhasidah tidak tahu siapa mereka sbenarnya. Yang dia tahu mereka-mereka itu hanya mencari Mira,dan oleh kerana Mira tiada lalu dia yang menjadi mangsanya. Laporan polis telah di buat oleh Pak Nasir pagi tadi. Qhasidah hanya mampu menangis dan terus menangis.

⚘⚘⚘

Bunyi kokokan ayam mengganggu tidurnya. Dhoha terkesep-kesep bila wajahnya di simbah cahaya.

"Diamlah,Tiger!!" Jeritnya.

Tiger si ayam jantan masih melaungkan kokokan padunya. Menggerakkan seluruh penghuni rumah itu agar bangun untuk solat subuh.

Dhoha memekakkan telinganya. Berkerut-kerut keningnya cuba menepis bunyi kokokan Tiger yang berkokok betul-betul di bawah biliknya.

BAM!!

Pintu biliknya bergegar kuat.

"Tunggu apa lagi..bangun!!" Ayahnya melaung di depan pintu. Sepantas kilat dia bangun,selimut yang kemas berbalut di tubuh tadi hilang sekelip mata di lempar entah ke mana.

"Dah,ayah." Dhoha terpacak di sisi katil dengan sengihannnya. Cadar yang senget di atur penuh sopan sebaik sahaja dia ayahnya menjenguk.

"Hm! Dah,mari.!" Wajah ayahnya kelihatan serius. Dia tahu anaknya hanya berlakon tadi. Kenal sangat dengan perangai anak bujangnya yang bongsu ini.

Dhoha mengangguk pantas sambil menayangkan muka bersemangatnya. Songkok yang terletak elok di atas telivisyen di capai lalu di kerenyok geram. Sungguh dia terlupa bahawa ayahnya sudah pun kembali dari menunaikan umrah. Air mata jantannya di tahan sebaik mungkin dari menitis tatkala dirinya semakin menjauhi tilam dan bantalnya. Dhoha akur. Bukan jodohnya lagi mulai dari pagi itu.

⚘⚘⚘

Bunyi gelang kaki bergemencing menerbitkan senyuman di bibir Jubin. Dia tahu siapa yang datang. Langkah yang sedikit lambat dan janggal itu cukup di kenalinya. Jubin menunduk,menyorok di sebalik kain tirai. Dia menunggu pemilik gelang kaki itu muncul.

"Gah!" Sergahnya lalu mengekek ketawa.

"Huk,huk,aaaa...!" Si kecil tersebik-sebik lalu menangis kuat. Jubin ketawa geli hati.

"Alololo..mari sini. Manja sangat kau ni. Mari,sayang." Tubuh kecil itu di rangkul ke dalam pelukannya.

"Jubin."panggil Bomoh Sudam.

Jubin bangun menuju ke arah bilik Bomoh Sudam bersama bayi perempuan di pelukannya.

"Sayang betul kau pada Cendana. Aku takut suatu hari nanti kau tak sanggup untuk lepaskan dia. Ingat,Jubin. Kita perlukan dia satu hari nanti. Anggaplah dia sebagai pelajar kau,bukan anak kau!" Bomoh Sudam memandang serius wajah Jubin. Memang dia perasan akan hal itu sebaik sahaja anak Mira di bawa masuk ke dalam rumahnya. Jubin mulai berubah sedikit demi sedikit. Pandangan matanya yang dulu kosong kini lebih bersinar,sifat penyayangnya mula terbentuk sedikit demi sedikit. Bomoh Sudam nampak semua itu. Tapi dia tidak berupaya untuk menghalangnya. Namun semakin hari dia semakin takut melihat perubahan Jubin. Lelaki itu sudah mulai bersifat melindungi pada anak Mira. Pantang si kecil Cendana menangis,Jubin akan segera mendapatkannya. Boleh di katakan tiada seekor nyamuk pun yang berani mendekati Cendana. Bahkan kelambunya juga di jahit oleh Jubin sendiri. Bomoh Sudam takut jika satu hari nanti Jubin tidak mahu dan tidak bersetuju dengan apa yang akan berlaku pada Cendana. Bomoh Sudam dapat merasakan umurnya semakin tua. Dia sudah tidak sekuat dulu. Tambahan pula dirinya telah di serang oleh Ustaz Bahrain beberapa bulan lepas. Sebelah kakinya sudah bengkak dan tidak mahu surut-surut bengkaknya. Puas di urut oleh Jubin,puas juga minum akar kayu. Puncanya hanya kerna di tepis oleh ilmu Ustaz Bahrain. Bomoh Sudam dapat merasakan yang Ustaz Bahrain masih lagi memburunya.

"Pertarungan kita belum selesai lagi,Sudam!" Kata-kata itu seakan-akan bergema di kepalanya sejak dari hari itu. Bomoh Sudam sedikit goyah. Dia kenal siapa ayah kepada Ustaz muda itu. Bahkan dia pernah bertarung dengannya. Akibat pertarungan itu pipinya beroleh kesan lecur yang buruk ini. Jarinya di larikan pada kesan lecur yang mencuri sebahagian wajahnya. Bomoh Sudam merengus marah.

"Jangan melebih-lebih sangat dengan Cendana. Aku mahu dia mewarisi ilmuku satu hari nanti. Jaga dia sebaik mungkin. Ajarkan apa yang patut padanya. Jangan derhaka.!" Matanya mencerlung tajam ke arah Cendana. Bayi berusia sembilan bulan itu hanya membalas dengan senyuman. Bomoh Sudam segera berpaling ke arah lain. Tidak mahu hatinya melembut dengan senyuman suci itu.

"Keluar."katanya perlahan.

Jubin mengangguk dan melangkah pergi. Sebaik sahaja pintu biliknya di tutup dia mendengar ketawa Cendana. Bomoh Sudam mengeluh lemah.

⚘⚘⚘

Nun di sebuah perumahan,Raziq termenung di beranda rumahnya. Jam menunjuk pukul tiga pagi dan dia masih lagi tidak mengantuk. Dia merindui seseorang. Sungguh terlalu rindu,setiap masa wajah itu bermain-main di mindanya. Ada-ada saja yang mengingatkannya pada gadis itu. Raziq tidak tahu apa salahnya hingga Mira tergamak pergi darinya. Akmal juga tidak tahu menahu di mana Mira berada. Raziq merenung bulan.

🌷🌷🌷

"Nampak tak bulan tu?"soal Mira.

Raziq mengangguk. Tubuh Mira di rangkul kemas.

"Jauh,kan?" Soal Mira lagi. Raziq mengangguk lagi. Kali ini bersama kerutan di dahinya.

"Kenapa?"soal Raziq pula.

"Kalau rindukan Mira..pandanglah bulan tu. Sebab Mira selalu pandang bulan bila Mira rindukan abang." Senyuman Mira pada malam itu sungguh manis. Rupanya itu merupakan senyuman terakhir dari Mira buatnya.

🌷🌷🌷

Raziq mengeluh lemah.

"Teringat siapa tu sampai mengeluh tak berhenti-henti?" Tiba-tiba saja lamunannya berkecai dengan teguran dari isterinya.

"Hmmh..teringatkan kerja abang. Buntu abang bila si Harun tu nak berhenti. Projek dah ambil boleh pula dia nak lepas tangan. Budak yang dia calonkan pun baru habis S.P.M.. tak ada pengalaman langsung. Peninglah macam ni." Bohong Raziq. Wajahnya di keruhkan sebaik mungkin.

Isterinya hanya mengangguk bersama mulut yang di sengetkan.

"Saya tidur dululah. Abang kalau ya pun nak termenung..termenunglah dalam rumah..tak pun tutup pintu ke. Ni pintu ternganga,nyamuk masuk tau.! Saya ni terbangun sebab nyamuk gigit kat dahi ni." Jari telunjuknya di letakkan tepat pada bekas gigitan nyamuk.

Raziq mengeluh lagi. Dia bangun melangkah ke arah pintu. Tubuh isterinya di tolak lembut supaya masuk ke dalam.

"Pergilah pasang ubat nyamuk. Pagi-pagi nak buka radio. Sakit telinga tau. Orang nak berfikir pun jadi kusut sebab dengar awak berleter." Pintu di tutup pantas tanpa menunggu balasan dari isterinya. Malas untuk melihat wajah isterinya. Raziq kembali memandang bulan denga wajah sayunya.

⚘⚘⚘






Mata KeraWhere stories live. Discover now