Menggali ( Part 2 )

1.1K 89 2
                                    

Lori milik Nordin berhenti betul-betul di belakang kereta milik suami Najwa. Halaman rumah menjadi sempit dengan kehadiran lori Nordin.

"Tak pa ka Pak cik? Nanti susah pula menantu Pakcik nak keluar." Nordin serba salah.

"Tak mengapalah..lagi pun esok cuti..dia tak mengajar esok. Dah. Mari masuk." Bahu Nordin di paut kemas.

"Ajib macam mana?" Nordin berhenti sebentar.

Pak Husni tersenyum.

"Dia elok ja.. Alhamdulillah dia dah tersedar tadi. Benda tu pergi sendiri. Tapi tak mustahil dia datang balik. Kita dah janji nak tolong. Kita mesti tolong."

Nordin tersenyum nipis. Susah hatinya mengenangkan Ajib. Ajib sudah lama berkerja dengannya. Arwah ayah Ajib yang datang meminta tolong dengannya. Oleh kerana Ajib tidak mahu lagi bersekolah maka dia memutuskan untuk mencari kerja untuk Ajib. Dan Ajib pada waktu itu baru berumur lima belas tahun. Kini Ajib sudah pun memasuki dua puluh satu tahun. Sudah enam tahun dia bersama bersama dengan Ajib. Kesana sini tak kira hujan atau panas. Ajib pun sudah di anggap seperti adiknya sendiri memandangkan dia tiada adik lelaki.

Sayangnya dia pada Ajib hinggakan dia sanggup mengiringi Ajib ketika Ajib mendapatkan lesen lorinya. Bukannya Ajib takut. Tapi Nordin pula yang menggelabah lebih. Bimbang jika Ajib takut duduk bersama pegawai jpj di sebelahnya. Bimbang juga jika Ajib tiba-tiba terlanggar kereta lain. Sayangnya pada Ajib sukar untuk di gambarkan. Keluarga Ajib sudah seperti keluarganya sendiri juga.

"Bang Din!" Ajib tersenyum lebar sebaik sahaja keluar dari bilik air terpandangkan Nordin di ruang tamu.

"Kenapa Bang Din tinggalkan saya? Tak pasal-pasal dah kena angkut pergi sini." Ajib marah. Tapi suaranya di perlahankan. Terbeliak matanya.

Nordin tergelak kecil. Lucu.

"Lah...tu la..tidur mati lagi...orang gerak tak bangun-bangun. Dah macam mayat dah. Aku tinggal je la..ikan-ikan nak kena hantar lagi. Padan muka kau.!"kata Nordin.

Ajib mendiamkan diri. Geram.

"Sampai hati Bang Din. Siram air la kalau susah sangat nak bangun..ada pulak main tinggal-tinggal. Saya ingat saya dah kena culik tau.!" Tuala yang tersangkut di kepala di hentak-hentak. Suaranya masih lagi di perlahankan.

"Diorang ada buat apa-apa ka kat kau?" Soal Nordin. Sekadar melayan rajuk Si Ajib.

"Hmmh...tak dalah pula..cuma suruh makan tidur je.." Ajib mengeluh panjang. Kemudian tersengeh-sengeh pula.

"Dah kenapa?" Soal Nordin lagi.

"Kak Najwa lawa...huiii...cunnn..."ibu jarinya di naikkan dan di kodek-kodek.

Nordin menggeleng kepala.

"Teruk la kau ni...nanti aku tolong carikan awek untuk kau. Anak Tokey Ah Kiat pun berkenan kat kau. Hitam manis dia kata. Hahahahahaha..." Nordin ketawa geli hati.

"Tak nak la saya kat Lucy tu...dia model..saya ni kerja busuk-busuk je. Segan la bang.." Ajib tersipu-sipu. Padahal dalam hati berbunga-bunga.

"Ye la tu.....hmmhhh...." Nordin mencebek.

➰➰➰

Langit mula melihatkan awan hitamnya. Mungkin sebentar lagi titis-titis hujan akan turun. Pak Husni dan Nordin melangkah penuh hati-hati di dalam kebun getah itu. Nyamuk liar berterbangan mengelilingi tubuh dua lelaki itu. Yang bertuah dapatlah merasa sedikit darah. Ada pula yang mati di tampar oleh Nordin dan Pak Husni.

"Jauh lagi ke Pak cik?" Soal Nordin.

"Kita cuma nak meronda di kawasan ni ja,Nordin. Kalau ada petunjuk kita datang lagi esok." Balas Pak Husni.

Nordin terkejut.

"Kena bermalamlah kalau macam tu?" Soal Nordin.

Pak Husni tergelak kecil.

"Lupa pula nak bagi tahu...kerja macam ni mana boleh sehari dua saja..paling lama seminggu..kalau bernasib baik..kalau tak bernasib baik mahunya sebulan." Pak Husni tersenyum ramah. Tangannya menepis kelibat dua tiga ekor nyamuk yang cuba hinggap di telinganya.

"Allahu Akhbar..Saya kena beritahu orang rumah kalau macam ni. Nanti merajuk susah nak pujuk. Saya ingatkan sekejap saja. Hehehe..." Nordin tersengeh-sengeh.

"Hari dah nak senja ni. Mari kita balik. Esok datang lagi." Kata Pak Husni.

Nordin mengela nafas lega. Memang dia sudah tidak tahan lagi untuk berada di dalam kebun getah itu. Seram sejuk. Terasa bagai di perhatikan saja.

"Kenapa tak bawa Ajib terus ke sini,Pakcik?" Nordin membuka topinya lalu di kipas-kipas ke muka. Peluh memercik di dahinya.

"Tak boleh...nanti di buatnya dia hilang susah kita. Benda tu masih ada lagi dalam badan Ajib. Kalau kita terus bawa dia ke sini mungkin dia akan bertindak agresif dan menyerang orang. Benda macam ni kita tak boleh pandang ringan. Dia rela baru kita boleh bawa. Pada pandangan pakcik...dia nampak marah sangat. Bahaya tu." Pak Husni mengeluarkan kunci motorsikal sebaik sahaja dia duduk di atasnya.

"Hmmh...susah juga,pakcik. Kasihan Ajib. Dia tak tahu langsung agaknya." Pandangan mata Nordin menjadi redup terkenangkan Ajib.

"Bersabarlah. Insyaa Allah ada jalannya. Ada hikmahnya juga."balas Pak Husni. Motorsikal di pandu berhati-hati melalui jalan kebun getah itu.

Sebaik sahaja mereka berdua keluar dari ladang getah itu ada dua tiga orang orang kampung yang memandang hairan. Pak Husni membalas dengan senyuman cuma.

➰➰➰

Adnan yang sedang menghambat lembu mengangkat tangan kanannya sebaik sahaja terpandangkan Pak Husni.

"Allahumma solli ala Muhammad!" Mereka berdua berpelukan.

"Lamanya tak jumpa. Kau sihat?" Pak Husni menepuk-nepuk bahu Adnan.

"Sihat Alhamdulillah..macam ni lah Bang Aji..." balas Adnan.

"Ish,kau ni...aku belum naik haji lagilah.."Pak Husni tergelak. Dia tahu Adnan sengaja menyakat.

"Ada urusan ka?" Soal Adnan. Tongkat untuk menghambat lembunya di sandarkan ke motorsikal Zaquan menantu Pak Husni.

"Adalah sikit..hahaha..eh,nak margrib dah ni. Jumpa di surau malam ni. Boleh berborak panjang lagi." Pak Husni menghidupkan kembali motorsikalnya. Nordin di belakang tersenyum ramah.

"Lupa pula. Ni Nordin kawan aku. Dari Perlis. Malam ni jumpa di surau. Assalamualaikum!"

"Waalaikumsalam!" Balas Adnan. Dia ketawa kecil sambil menggelengkan kepala.

➰➰➰

Mata KeraWhere stories live. Discover now