Sudah Bermula

877 76 19
                                    

Hai angin saka angin kuwat,

Rohmu apik banget,

Bersetulah karoku,

Nguatake aku,

Tindakake kula ini,

Aku pitutur marang kowe,

Angin sing mateni balung,

Angine panas saka penerak,

Bantuan kula....

Hai angin ireng asale saka awak sing kobong,

Rohmu apik banget..

Bersetulah karoku...

Aku pitutur marang kowe...

Tubuhnya meliuk lintuk, menari dengan gaya yang kerasukan,menyebut-nyebut mentera hitam yang di terimanya melalui mimpi yang di mainkan syaitan. Mira melafaz sepenuh perasan, penghayatan. Dia kini sedang mempersiapkan diri utuk menentang musuhnya.Wajah ustaz muda itu terbayang-bayang di mata. Bencinya menbuak hingga merah padam wajahnya.

"Aaaaaarh!!" Mira menjerit marah.

"Aku akan bunuh kau! Aku akan bunuh kau! Bunuh keluarga kau! Aku akan hancurkan badan kau macam si tua tak guna tu! kau cari pasal dengan orang yang salah,Bahrain! Ini Mira! Aku akan dapat apa yang aku nak tak kira siapa pun yang menghalang. Lepas aku hapuskan kau, aku akan hapuskan si betina tu pula. Kau tunggulah Qhasidah.!" jeritan Mira memenuhi ruang Flat Arbi.

Letong hanya diam memerhati kelakuan Mira yang sudah gila di pandangannya. Dia tersenyum sinis, tersenyum kerana kebodohan seorang manusia yang terlalu mengikut perasaan,dendam yang membuak-buak,buta mata, buta hati. Letong hanya menunggu dan akan menurut jika di beri arahan,tapi yang paling penting ialah makanannya. Semalam dia beroleh makanan yang paling di mahukannya,janin segar milik seorang perempuan gila yang di bunuh Mira di bawah jambatan. Mayat wanita itu di campakkan ke dalam sungai.

>>>>###<<<

Ustaz Bahrain yang sedang membaca Surah Yasin terhenti bacaannya. Belakang tengkuknya terasa sejuk tiba-tiba. Bagai di sentuh sesuatu yang membeku. Beberapa botol besar air mineral tersusun di hadapannya untuk di gunakan nanti, di rumah Brahim nanti. 

"A'uzubikalimatillaahi taammatan min syarrima qhalak!" lafaznya. Bacaannya di teruskan semula, enggan melayan apa yang menganggunya.

TING! TING! TING!

Kali ini bunyi duit syiling pula yang seperti di baling satu persatu di belakangnya. Ustaz Bahrain memekakkan telinga. Dia tahu, memang Mira akan cuba mengganggunya ketika ini. Di biarkan saja benda itu membuat kerjanya. 

PLANG!!

Kipas angin di atas meja terhempas ke lantai. Ustaz Bahrain tersentak terkejut. sekali lagi bacaannya terhenti. 

"Kita akan bertemu tak lama lagi. Persiapkan diri kau." katanya tanpa menoleh. Kipas meja yang terletak di lantai di biarkan tanpa di angkat pun. Malas mahu ambil peduli. Bacaan yang terhenti di teruskan semula. Kali ini dia tidak akan berhenti lagi.

"hik, hik,hik,.aku tunggu kau, Bahrain. Aku tak sabar untuk itu..hik,hik,hik.." terdengar suara halus milik Mira di belakangnya. Bahrain memekakkan telinga. Bacaannya di teruskan tapi di kuatkan lagi suaranya.Dan akhirnya gangguan tadi hilang begitu sahaja.

Bahrain  mengucap syukur. Air Yasin yang sudah di bacakan doa di letakkan ke dalam plastik lalu di masukka ke dalam bonet.

"Faroq.!" panggilnya.

Mata KeraWhere stories live. Discover now