Cahaya Hidayah.

877 67 10
                                    

Ustaz Bahrain sedang membaca Al-Quran bila dia terdengar ketukan di muka pintu. Naskah Al-Quran di letakkan ke atas meja kembali. Dia melangkah ke pintu sepantas mungkin.

"Ye?" Soalnya berserta kerutan di dahi. Lain benar tetamunya hari ini.

"Aku nak minta tolong." Jubin berdiri di hadapan pintu bersama Cendana di belakangnya.

⚘⚘⚘

"Lama dah aku tak dengar khabar kau. Sihatkah?" Fatimah mencuit paha Qhasidah sambil melabuhkan punggungnya di sebelah.

"Sihat je,Mah. Kau sihat?" Soal Qhasidah kembali. Tak sangka akan bertemu Fatimah di rumah Zainab. Kalau di ikutkan hatinya,nak saja dia datang esok hari. Datang makan kenduri kemudian terus balik. Tapi tak sampai hati pula bila terkenangkan Zainab yang sudah di anggap seperti kakaknya sendiri. Di kuatkan hatinya untuk menunjuk muka di hari gotong royong ini.

"Aku macam ni lah..tak sibuk di kedai,duduk rumah je. Brahim sihat? Anak-anak?" Soalnya lagi.

"Semua sihat,Mah. Badrul apa cerita?" Balas Qhasidah. Tangannya pantas memotong kentang untuk di masak kari ayam.

"Hemmh...macam kau tak kenal Badrul tu,Dah. Ke hulu ke hilir. Aku ajak pergi kedai ada saja alasan dia. Entah bila nak berubah pun aku tak tahulah."Fatimah geleng kepala teringatkan anak tunggalnya yang sorang itu.

"Insya Allah,Mah.. nanti-nanti berubahlah dia." Qhasidah cuba memujuk. Sejujurnya dia tiada idea untuk berbual dengan Fatimah. Sejak insiden "Kingkong"  di kebun suaminya tahun lepas,dia jarang untuk melibatkan diri dengan wanita-wanita kampung ini. Hatinya betul-betul terguris.

"Dah..aku nak minta maaf sebenarnya. Aku takut nak ke rumah kau. Takut Brahim cangkulkan aku. Aku minta maaf ya,Dah." Tapak tangan Qhasidah di genggamnya. Sedaya upaya dia menghalau rasa malu yang menerpa bila ada yang berbisik-bisik melihat kelakuannya.

Qhasidah terdiam. Seakan tidak percaya pun ada. Lama dia memerhati anak mata Fatimah. Akhirnya dia mengangguk bersama senyuman.

"Terima kasih,Dah. Aku malu sangat kat kau. Dekat Brahim apatah lagi." Fatimah berwajah kesal. Sejujurnya dia ingin sekali melangkah ke rumah Qhasidah. Dua kali dia cuba menghampiri. Pandangan mata Brahim sungguh menakutkannya hinggakan dia berlari katakutan. Bimbang cangkul Brahim melayang ke batang lehernya.

"Aku maafkan kau,Mah. Aku harap lepas ni kalau kau dengar apa-apa cerita pasal aku,kau tanya aku dulu. Jangan mudah percaya dengan cakap-cakap orang."pesan Qhasidah. Bakul kentang yang belum di buang kulitnya di tarik mendekat.

"Yelah,Dah. Salah aku juga percaya sangat cakap Si Bedah tu." Balas Fatimah.

"Orang kalau tak ada angin,pokok tak bergoyang tau. Dah memang aku nampak kingkong tu kat kebun laki kau. Takkan aku nak reka cerita.!" Entah dari mana muncul Zubaidah dengan wajah merah padam.

Fatimah dan Qhasidah tersentak serta merta menoleh ke belakang.

"Aku pun nampak juga..tapi aku tak tuduh Brahim yang bela. Kau yang canang merata kata Kingkong tu Brahim bela." Balas Fatimah.

"Eh,dah kalau terpacak dalam kebun pisang Brahim memang sahlah dia yang bela. Sapa tahu untuk jaga kebun?" Zubaidah enggan mengalah. Kembang kempis hidungnya menahan geram. Dia yang perasan Fatimah menghampiri Qhasidah cuba memasang telinga. Dan akhirnya dia sendiri yang hangat hati. Sakit hatinya melihat dua orangbitu sudah berbaik-baik semula.

"Kalau dia terpacak bawah rumah kau? Kau yang bela? Macam tu? Eh,Bedah.! Kau jangan nak reka cerita sangatlah,Bedah. Cukup-cukuplah nak fitnah Qhasidah ni. Dia tak kacau hidup kau pun." Balas Fatimah. Geram juga bila melihat Zubaidah yang tak habis-habis nak menang sendiri.

"Tanah dia kan besar. Tak mustahil dia pakai khadam. Huh!" Zubaidah menjeling ke arah Qhasidah.

"Kau.."belum sempat Fatimah ingin membalas dia di diamkan dengan bunyi tamparan di muka Zubaidah.

"Waktu aku mula masuk kampung ni,kau canang kata aku yang rampas harta laki aku. Tak apa..aku terima. Waktu aku beranakkan Damia,kau canang aku mengandung dahulu baru kahwin. Tak apa..aku sabar. Bila kau fitnah laki aku dengan cerita hantu "kingkong" kau tu,aku sabar lagi..aku berdoa supaya kau insaf..tapi sayang,orang macam kau hati busuk,hitam! Kerja nak mendengki. Kau sedar tak kau tu siapa?? Kau tu bekas GRO! Kau lebih hina dari semua fitnah-fitnah kau pada aku tau! Perempuan tak tahu malu! Puii!" Ludahnya jatuh betul-betul ke tapak kaki Zubaidah. Bersama senyuman sinis dia melangkah pergi. Seolah-olah baru keluar dari beban yang bertahun-tahun di tanggungnya. Dia tersenyum gembira.

Semua yang ada di dewan terdiam dan tertumpu pada Zubaidah. Terkebil-kebil Zubaidah menghadapai situasi itu. Ya,dia sudah malu besar. Betullah kata orang. Orang yang pendiam lebih dahsyat bila marah. Zubaidah segera melarikan diri dari situ. Air matanya tumpah tanpa dapat di tahan lagi. Rahsia yang selama ini tersimpan rapat di buka oleh Qhasidah. Salahnya sendiri juga kerana terlalu dengki pada Qhasidah.

Zainab yang memerhati dari jauh tersenyum gembira. Akhirnya Qhasidah berjaya juga sekolahkan Zubaidah.

⚘⚘⚘

Brahim yang sedang mengenjut Luqman terkejut bila Qhasidah menerpanya lalu memeluk erat.

"Kenapa ni?" Soalnya. Berkerut keningnya melihat senyuman Qhasidah.

"Tadi saya tampar Bedah. Lega hati saya,Bang. Bertahun saya bersabar dengannya,hari ni semua saya luahkan depan dia. Geram saya,Bang. Tak habis-habis dengan perangai bawa mulut dia tu." Qhasidah masih tersenyum ceria.

"Betul?!"

"Betullah,Bang...tak percaya tanya Timah." Kata Qhasidah lagi.

Brahim bertambah hairan. Apa yang dah jadi sebenarnya di dewan tadi?

"Timah?! Biar betul...lama awak tak nak bertegur dengan Timah,alih-aloh hari ni nama Timah timbul. Apa yang dah jadi ni?" Soal Brahim. Masih tidak berpuas hati.

"Mak....!" Damia muncul di muka pintu termengah-mengah.

"Wahh...macam ni lah mak Mia....hebat,Mak! Makcik Bedah lari balik rumah terus." Kata Damia sambil memeluk bahu ibunya.

"Apa yang dah jadi ni? Cuba cerita balik kat ayah?"

"Macam ni..." Damia memperkemaskan silanya.

⚘⚘⚘

Akmal memberhentikan keretanya tidak jauh dari pagar rumah. Lama matanya memerhati kawasan rumah yang sudah hangus terbakar itu. Bau kayu hangus masih menyucuk ke hidung. Entah kenapa bulu romanya tegak tiba-tiba. Ada aura gelap yang sedang memerhatinya dari jauh. Enjin kereta di hidupkan semula. Dia beredar sepantas mungkin.

"Gila!" Sumpahnya sebaik saja dia memandang cermin sisi. Rumah hangus sudah bertukar elok. Enggan berhenti minyak di tekan kuat lalu kereta menderum pergi.

⚘⚘⚘

Mira menghembus nafas. Berita dari Letong mengejtmutkannya. Nampaknya Akmal sudah mula syak sesuatu. Ataupun Mumy Kelly yang mengupahnya? Mira bangun menghadap cermin.

"Cari di mana Qhasidah."

Sesuatu yang bertubung gelap besar mengangguk di dalam cermin lalu menghilang.

Senyuman sinis bergayut di bibirnya. Semuanya sedang mengikut perancangan. Kalung hitam di lehernya di belai lembut. Sesekali di cium penuh nikmat.

"Sedap juga bau orang mati. Hik hik hik!" Mira mengekek seorang diri. Kalung yang terhasil dari usus perut Bomoh Sudam yang di ambil oleh Letong malam itu telah di keringkan lalu di buat rantai untuk mendapat ilmunya. Sememangnya Mira sudah gila.


Mata KeraWhere stories live. Discover now