Dendam.( Part 2 )

1K 84 0
                                    

Wajahnya membengis sebaik sahaja dia mendapat balasan kata-kata Brahim dari khadamnya. Tin roti yang terletak di hujung kakinya di sepak kuat.

"Lagi?"

"Itu saja,Tuan." Balas khadamnya.

"Bukan main berlagak kau,Brahim...kalau bukan sebab aku,kau takkan dapat Qasidah tu. Kau mudah sangat lupakan kawan,Brahim. Tak mengapa...aku masih ada banyak masa. Kau tunggulah! Kau,dengan sepupu kau akan mati di tangan aku!" Jeritnya sekuat hati.

Flat enam tingkat bergema dengan suaranya. Dia tidak peduli. Pintu balkoni di tutup kasar. Sebaik sahaja dia melalui ruang tamu,dia melemparkan senyuman sinis pada khadamnya yang sedang melapah jasad Kelly.

Ibu ayam itu tidak bernyawa lagi. Makan besar khadamnya malam ini. Mira gelak sepuas hati. Mata Kelly yang terbeliak dengan mulut ternganga memberi kepuasan pada dirinya.

"Makan puas-puas,Letong! Hahahahahaha....banyak lagi makanan untuk kau dalam bilik tu. Hahahahahaha...." Mira ketawa sepuas hatinya.

Nun di dalam bilik, Karissa dan Delilah terikat di bucu katil. Masing-masing menggeletar ketakutan. Deraman Letong yang sedang melahap daging Mami Kelly jelas kedengaran hingga ke dalam bilik. Delilah pula sudah berapa kali pengsan kerana terlalu takut. Saat itu hanya pada Allah sahaja tempat meminta pertolongan. Dosa-dosa lama mula terbayang satu persatu. Sungguh keduanya begitu takut. Tak di sangka Mira yang periang itu rupanya seorang yang gila.

Karissa termenung,hanyut dalam bayangan dosa-dosanya. Air mata sudah tak mampu untuk mengalir lagi biarpun sedunya masih ada. Dia yang menyaksikan bagaimana Mira menghayunkan kerusi berkali-kali pada tubuh Mami Kelly. Patah berkecai kerusi di tangan di capai pula gelas yang ada di atas meja. Mira sudah gila pada pandangannya. Senyuman di wajah Mira begitu menyeramkan. Sebaik sahaja Mami Kelly pengsan Mira menghalakan pandangannya pada Karissa. Senyumannya begitu menakutkan. Belum sempat Kerissa melarikan diri,gelas di tangan Mira melayang tepat ke dahinya dan membuatnya pengsan. Sedar-sedar sahaja dia sudah terikat di bucu katil bersama Delilah.

Keduanya hanya mampu memandang sesama sendiri dan berharap akan ada orang yang datang menyelamatkan mereka.

⚘⚘⚘

Kebun Pisang Tanduk milik Brahim di pandang penuh rasa bangga. Nordin tersenyum.

"Dok senyum sorang-sorang kenapa? Cakap nak tolong?" Brahim muncul bersama kereta sorongnya dan sepasang kasut but hitam di dalamnya. Tengah mereka seronok bersembang tadi,tiba saja Hajah Saodah muncul meminta pisang tanduk. Katanya ada tempahan krepek dari orang. Stok pisangnya pula tidak mencukupi. Terpaksa dia berkejar ke rumah Brahim untuk memborong pisang lagi.

"Tak...cuma kagum je dengan Bang Long..kalau saya memang tak larat la nak jaga tanah ni. Besar pulak tu. Bawa lori pun dah sakit badan rasa nak patah pinggang." Kasut but yang di hulurkan oleh abangnya di sarungkan ke kaki.

"Yelah tu...jom! Tak banyak pun dia minta..dua puluh tandan je." Brahim mula melangkah dengan Bismillah. Pokok pisang yang mempunyai saiz buah yang sesuai saja di cantas. Yang masih belum matang buahnya tidak di sentuh.

Nordin memerhati penuh minat. Dahulu tanah ini sepatutnya dia yang jagakan. Tapi dia sudah selesa menjadi pembawa lori maka di berikan pada abangnya untuk di jaga. Tanah ini adalah cebisan dari harta ibunya yang di pertahankan sehabis -habisnya dari di rampas oleh Elina ketika itu. Nordin tersenyum bangga. Abangnya tidak mensia-siakan tanah ibu mereka.

Nordin cuba untuk melakukan kerjanya sehabis baik. Sesekali dia mengesat peluh yang menitik di dagu.

''Kalau penat sangat duduk dulu.'' Kata Brahim.

Nordin membalas dengan sengihan cuma. Malu pula rasanya di perhatikan oleh abangnya.

"Long, ada dengar cerita Daus?" Soal Nordin.

Brahim hanya tersenyum nipis.

"Ada...mak tiri kau siap serang Kak Dah lagi esoknya. Balik dari serang orang dapat kemalangan kat pokok besar tu."

"Betul,Long?" Nordin terkejut.

"Lahhh...betullah..balik ni aku tunjukkan pokok yang dia langgar tu." Balas Brahim.

Nordin terdiam memikirkan kata-kata Brahim.

"Tapi macam mana dia tahu abang kat sini?" Nordin hairan.

"Orang kaya,Din..." hanya itu yang di jawab Brahim sambil menghulurkan tandan pisang pada Nordin. Sebaik sahaja kereta sorong penuh mereka berdua menapak ke pondok kecil Brahim.

"Solihin call abang hari Daus meninggal tu. Dia kata bukan penyakit biasa. Macam kena santau je rupanya. Abang tak tahu nak kata apa. Dah terlambat nak bawa berubat pun. Dah lama sangat. Last abang jumpa Daus,abang pun perasan muka dia cengkung. Tak berseri. Terbatuk-batuk tu abang keliru sikit. Dia pun jenis perokok tegar juga. Susah nak cakaplah."

Nordin hanya mendiamkan diri mendengar cerita abangnya. Rupanya banyak yang dia terlepas selama ini.

"Habis tu? Yang Elina tu datang serang Kak Dah,kenapa?" Soal Nordin.

"Hmmh...dia ingat kami yang bomohlan Daus..sebab seminggu sebelum Daus kahwin diorang ada datang rumah. Hantar kad kahwin..macam biasalah..dok ungkit tanah kat Johor tu. Abang tak bagi. Tu tanah mak. Ayah bagi kat mak masa ayah waras lagi. Abang yang jadi saksi dengan ayah Solihin. Dia marah-marah fasal tu la..berapa kali dah datang minta. Siap ugut-ugut lagi."

"Dia ugut apa,bang?" Potong Nordin.

"Alah...Allah ada..nak takut apa..setakat ugut nak cederakan keluarga abang tu abang tak heranlah..buatlah kalau berani. Hahahah" Brahim meletus dengan ketawanya.

"Kenapa,Long?" Nordin hairan.

"Dia dah insaf,Din..abang pergi ziarah dia hari tu. Abang pergi nak bagi tahu kereta dia masih terbengkalai lagi dekat laman abang tu.. tak sangka pula dia nak minta maaf kat abang. Dia minta maaf kat kita semua. Minggu depan dia nak datang sini. Nak ziarah kubur mak."

"Ha? Betul,bang?" Nordin seakan-akan tidak percaya.

"Betullah...datanglah minggu depan. Abang buat makan-makan. Kita duduk ramai-ramai. Solihin pun ada dengan keluarga dia."ajak Brahim.

Nordin kelihatan sedikit keberatan. Brahim tidak juga mahu memaksanya. Cuma dia berharap agar penghijarahan Elina dapat menyatukan mereka semua kembali. Brahim juga sudah penat untuk punya musuh sebenarnya. Hatinya tidak tenang. Terngiang-ngiang kata-kata ibunya.

Jangan berdendam walau sedikitpun pada yang menyakiti kita. Berdoalah semoga Allah balikkan hatinya untuk bertaubat. Kita ni semua akan mati satu hari nanti..jangan mati dalam dendam,Brahim. Mak redha ini nasib mak. Mak tak marahkan Elina pun. Ni dah ketentuan Allah untuk mak.

⚘⚘⚘




Mata KeraWhere stories live. Discover now