Serentak ( Part 3)

899 71 10
                                    

Tercungap-cungap nafasnya setelah melarikan diri dari Flat tadi. Mira membelok ke arah sebatang lorong di celah-celah bangunan kedai. Dia menyembunyikan diri di bawah tangga seketika. 

"Ahh..tak guna betullah. Ada saja yang nak menyibuk bila aku nak hapuskan kau.!"marahnya seorang diri. Segala apa yang telah di siapkannya selama ini bertukar sia-sia saja. Semuanya musnah begitu saja. Rambutnya di rentap kuat sambil tubuhnya di hentak-hentak ke dinding.

<<<>>>   <<<>>>  <<<>>> 

Ustaz Bahrain juga tak faham apa yang terjadi. Tiba-tiba sahaja tubuh Brahim kemerah-merahan lalu rebah tidak sedarkan diri. Brahim juga berhenti meratib yang bukan-bukan. Seolah-olah pihak di sebelah sana lesap begitu saja. Atau mungkinkah Mira sudah mengaku kalah? Ustaz Bahrain bingun sendirian.

"Aku tak faham apa yang jadi tadi. Macam hilang tak pernah ada. Pelik." Faroq turut meluahkan rasa peliknya setelah kereta mereka bergerak tidak jauh dari rumah Brahim.

"Entahlah. Tak tahu nak cakap. Kau tahu? Tangan aku yang berat tadi tiba-tiba jadi ringan."cerita Ustaz Bahrain.

"Samalah aku pun. Terduduk aku bila tangan aku jadi ringan tiba-tiba tadi. Astargfirullah...mungkin Allah dah bantu kita,weh."kata Faroq.

Ustaz Bahrain mengangguk mengiakan apa yang berlaku. Stereng kereta di pusing ke kanan lalu kereta membelok masuk ke perkarangan sebuah rumah bercat hijau muda.

"Nak ziarah Jubin sekejap."kata Ustaz Bahrain sambil membuka pintu. Faroq turut mengikut sama. Lama sudah dia tidak menjejakkan kaki ke rumah keluarga Bahrain. Kali terakhir ketika ayah Ustaz muda itu meninggal dunia. Tinggallah Bahrain seorang diri. Anak tunggal itu begitu tabah melalui kehilangan orang tuanya.

"Hmmhh...."nafasnya di hela panjang sebaik saja dia menyandarkan tubuhnya pada kerusi rotan di luar rumah. Lama matanya memerhati kawasan rumah Ustaz Bahrain. Kemas dan terjaga. Keningnya berkerut tiba-tiba.

"Eh? Sejak bila ada buaian kat pokok cempedak ni?".

"Assalamualaikum..". Suara salam menegur Faroq yang ralit berfikir tentang wujudnya buaian.

"Maaf,ya. Tumpang lalu." Cendana terus melintas di hadapan Faroq.

"Ehhh..."larang Faroq.

"Ha? Kenapa?" Soal Cendana.

"Tak boleh masuk. Ni rumah orang lelaki."larang Faroq sambil menghalang  Cendana dari masuk ke dalam.

"Tapi saya tinggal di sini. Abang suruh."kata Cendana.

"Abang mana?" Soal Faroq lagi.

"Ustaz Bahrain." Jawab Cendana.

Faroq terbeliak. Sejak bila pula hal ini terjadi.

"Bahrain. Ni isteri kau ke?" Laju saja soalan itu di tujukan pada Bahrain sebaik saja dia muncul.

"Bukanlah...dia anak Jubin."jawab Bahrain.

"Dia duduk sini ke,weh?"

"Ha ah..kenapa?"Ustaz Bahrain menyangkut beg yang di ambilnya tadi ke bahu. Selipar di sarung ke kaki semula.

"Saya balik dululah,Pakcik Jubin." Kata Bahrain.

Jubin mengangguk sambik menghulur tangan.

"Abang balik dulu. Nanti abang datang lagi untuk isi barang dapur."kata Bahrain pada Cendana. Gadis itu mengangguk sahaja.

Faroq turut menghulur tangan pada Jubin. Matanya tak lari dari melihat Cendana.

"Kenapa muka Cendana tu macam muka Kak Qhasidah,weh?"

Mata KeraWhere stories live. Discover now