Nyata Rupanya.

1.1K 88 20
                                    

Zahidah menutup Ladtopnya dengan perasan yang begitu lega. Cerita yang di karang sudahpun tamat. Semuanya seperti yang di mahukannya. Cuma ada sesuatu yang belum lagi kena pada tempatnya. Ladtop berwarna hijau di buka semula. Laju tangannya menaip apa yang terlintas di fikirannya ketika ini.

☘☘☘

Rintik-rintik hujan semakin menebal dan menghempas apa sahaja yang berada di bawahnya. Sebuah teksi berwarna merah kuning masuk ke perkarangan rumah dengan berhati-hati. Dhoha menjenguk melalui tingkap biliknya. Siapa pula yang datang hujan-hujan begini fikirnya. Seketika kemudian belum juga penumpang teksi memunculkan diri. Dhoha menutup kembali tingkap bilik. Mungkin saja ibunya yang pulang dari pasar fikirnya lagi.

⚘⚘⚘

Kawasan rumah yang sedikit becak dengan takungan air hujan di pandang lama.

"Dik? Tak nak turunkah?" Soal pemandu teksi. Sudah sepuluh minit dia memerhati tingkah laku pemuda yang di bawanya. Ada ketakutan di wajah itu pada pandangannya. Air mata sentiasa menitis di pipi putih sesekali di seka.

"Saya takut,Bang. Takut abah saya pukul saya lagi."Safuan Azril menyapu air mata yang semakin deras mengalir.

"Dik...kita datang dengan niat baik...tak salah cuba dulu kan..lagipun takkan selamanya ayah adik akan marah pada adik. Tak mustahil penghijrahan adik ni sesuatu yang selalu di doakan oleh ayah adik. Mari. Biar abang temankan naik atas." Pemandu teksi bernama Musa cuba memujuk.

Safuan Azril mengangguk. Cuba mengumpul segala kekuatan dan keyakinan dirinya.

"Mari."pintu di sisinya di buka dari luar oleh Musa. Payung yang terletak di bawah kerusi di capai lalu di buka pantas. Dia harus melayan pelanggannya dengan sebaik mungkin.

"Mari...selawat banyak-banyak." Musa menepuk bahu Safuan setelah melihat lelaki itu masih tidak berganjak dari tepi teksinya.

"Bismillah..."Safuan Azril menarik nafas sedalam mungkin.

"Assalamualaikum...!" Musa memberi salam di pintu rumah.

⚘⚘⚘

"Eh? Siapa pulak tu? Bukan mak ke yang naik teksi tadi?" Dhoha terkelip-kelip di atas katil.

"Assalamualaikum!"

Bunyi orang memberi salam kedengaran semula. Dhoha bangun menuju ke pintu.

"Waalaikumsalam..." seketika tubuhnya membeku. Lama benar dia tidak melihat wajah itu.

"Dhoha..."panggil Safuan.

Dhoha masih lagi tegak berdiri. Lama dia memerhati Safuan dan Musa.

"Abang ke tu?"soalnya.

Safuan Azril mengangguk bersama sedunya. Tubuh Dhoha di peluk erat.

"Maafkan abang,Dhoha...abang banyak buat salah..."

"Ish...tak ada apalah...ni dah balik ni..kora ok lah tu..."Dhoha mengesat air mata yang mahu menitis ke pipi. Jantan macholah katakan..

"Duduk,bang. Dhoha panggil mak." Dhoha segera berlalu ke dapur.Saat melintasi bilik Zahidah dia berhenti sebentar.

"Kak,mak mana?" Soalnya.

"Cari kat kebun kunyit."balas Zahidah tanpa menoleh ke belakang. Jari jemarinya ligat menari di atas papan kekunci. Ideanya mencurah-curah bak air hujan yang sedang turun ketika ini.

Dhoha menuju ke dapur terus ke pintu belakang rumah. Sebaik sahaja di buka pintu belakang terus matanya menangkap sosok tubuh ibunya yang sedang terbongkok-bongkok mencangkul tanah untuk mengalirkan air hujan agar tidak bertakung di kawasan kebun kunyitnya.

"Mak!!!" Laung Dhoha.

"Makkkk!! Ooommmmaaakkkk!!!" Laungnya lebih kuat.

"Ye...apa?!" Balas Ibunya.

"Ada orang cari mak tu...cepat masuk!" Laung Dhoha lagi.

"Siapa?!"

"Masuklah dulu,mak....penting ni...orang jauh!"

"Ish,kacau je lah...yelah! Yelah!" Cangkulnya di sangkut ke bahu lalu melangkah pulang.

⚘⚘⚘

Zahidah masih lagi menaip. Malas mengambil tahu apa yang berlaku di luar. Dia perlu menulis bab ini barulah hatinya akan terasa lapang selapangnya.

⚘⚘⚘

"Siapa?" Soal ibunya. Dhoha masih tersenyum-senyum di muka pintu.

"Masuklah dulu mak kot ya pun...basuh bagi bersih-bersih dulu tangan kaki tu.."kata Dhoha.

"Abah kau mana?"soal ibunya.

Dhoha sepertinya teringatkan sesuatu. Dia berlari ke atas semula. Namun kakinya terhenti dan membeku di ruang tamu. Di hadapan matany,abah dan abangnya sedang berpeluk dengan tangisan gembira. Termasuk juga Musa si pemandu teksi tadi. Dhoha mengucap syukur.

"Terima kasih Ya Allah...terima kasih kerana sudah kembalikan abang aku kepada lelaki tulen." Dhoha meraup wajah.

Saat ibunya melintas di hadapannya,Dhoha sudah dapat mengagak apa yang akan berlaku. Tangisan ibunya pula yang menghiasi ruang tamu. Dhoha gembira melihatnya.

⚘⚘⚘

Zahidah berkerut kening. Suasana bising di luar biliknya sedikit mengganggu. Rasa ingin tahunya mula menyucuk-nyucuk. Akhirnya dia bangun juga untuk melihat apa yang terjadi.

"Kak,abang dah balik,kak."kata Dhoha sebaik saja Zahidah melangkah keluar dari biliknya.

Zahidah ternganga. Jantungnya berdengup laju. Antara percaya atau tidak dirinya ketika ini.

"Allah...."hanya itu yang terlafaz setelah semuanya berada di hadapan mata. Semua yang di taipnya tadi kini berubah nyata. Safuan Azril atau Sofi kini sudah kembali pada keluarganya. Berdiri bulu romanya bila abangnua semakin menghampiri.

"Zahidah."panggil Safuan.

"Abbang...."tubuhnya melurut jatuh ke lantai. Zahidah pengsan sebaik sahaja di sentuh oleh Safuan.Seisi rumah kelam kabut kernanya.

Kini,cerita yang di karangnya betul-betul tamat. Tamat dengan dirinya sendiri sebagai penutupnya. Zahidah tersenyum gembira. Semuanya sudah kembali seperti dahulu. Gembira dan ceria.

Hmmh...nampaknya dia sudah ada idea untuk menulis cerita yang baharu. Musa si pemandu teksi selalu pula singgah ke rumah mereka selepas dari hari itu. Zahidah tahu Musa ingin mengoratnya. Tapi Zahidah ada idea yang lebih baik lagi. Samaada cerita cintanya menjadi cerita cinta yang lawak ataupun sebaliknya. Hmmmh...Ladtopnya di buka semula.

SAVE. click!



Mata KeraWhere stories live. Discover now