Pengantin Mati.

1K 77 0
                                    

Suasana yang sungguh meriah mewarnai perkarangan rumah milik Elina. Satu-satu anak lelakinya sedang tersenyum di atas pelamin bersama pasangan pilihannya. Elina tersenyum puas. Hasil usahanya selama ini berbaloi untuk kesenangan masa hadapan mereka dua beranak. Semua adik beradik di jemput hadir dengan niat ingin menunjuk. Tidak terkecuali saudara mara sebelah arwah suaminya,walaupun hadirnya hanya dua tiga orang sahaja. Elina berasa puas dapat melihat wajah mereka yang mencebik ke arah anaknya.

Sekarang baru kau tahu siapa Datin Elina! Padan muka! Lepas ni baliklah mengadu kat mak mertua bakhil tu!

Hati Elina menjerit puas.

⚘⚘⚘

"Malaslah abang,Dah. Tak sanggup dah abang nak pijak lantai rumah tu. Sakit hati abang ni belum reda lagi. Cukuplah sekali."

Qhasidah diam tidak membalas lagi. Kad kahwin milik Firdaus di buang ke dalam plastik sampah.

"Jomlah makan,abang. Dah laparlah." Qhasidah memaut lengan suaminya sambil melentok manja. Brahim tersenyum kecil.

"Jom...makan suap-suap,boleh?" Brahim tersenyum nakal.

"Boleh....selagi Luqman tak bangun memang boleh." Pipi suaminya di picit geram sambil di goyangkan.

Mereka berdua ketawa bahagia.

⚘⚘⚘

"Pelanggan dah tunggu kat bawah tu..tunggu apa lagi?!" Nyaring suara Kelly bersama mata terjegilnya.

Tiga orang gadis terangguk-angguk lalu segera menyambar beg tangan masing-masing dan bergegas keluar.

"Ingat..!! Aku dapat aduan tak sedap siap korang bertiga. Aku sumbat cili.!" Ugutnya.

"Baik,Mami."ke tiga-tiga gadis menjawab serentak.

BAMM!!

Pintu bilik di tutup kasar oleh Kelly.

"Celaka kau,mak lampir! Kau tunggu la.." Mira mengepal kuat penumbuknya.

Setibanya di tingkat bawah sebuah kereta Alphard sudah sedia menanti. Ketiga-tiga gadis masuk dengan hati yang pedih dan terpaksa.

⚘⚘⚘

"Saya nak ke tandas sekejap. Nanti saya datang balik." Firdaus segera bangun dan berlari-lari anak ke dalam rumah.

"Uwerk....! Uwerkk!" Habis segala yang dimakannya tadi di muntahkan semula. Bibirnya di kesat dengan tisu.

"Aduh..sakitnya perut ni..aku salah makan ke apa,ni?" Belakangnya di sandarkan ke dinding.

"Op! Uwerkk!!" Baru hendak menarik nafas perutnya bergelodak lagi. Kali ini hanya air berwarna hijau sahaja yang keluar. Baunya busuk.

"Uuu...apa ni?" Sesuatu yang terjuntai di mulutnya di tarik perlahan-lahan. Matanya terbeliak melihat benda di tangnnya.

"Ha?Rambut?"

Tekaknya loya semula. Perutnya terasa sakit sekali.

"Uwerkkk!!Uwerkk! Uwerk!" Dia terus muntah hingga lututnya terasa lemah untuk berdiri.

"Ya Allah,apa yang dah jadi kat aku ni?" Matanya terbeliak melihat isi muntahnya di dalam sinki.

Paku karat,rambut bergumpal-gumpal,mata pisau dan beberapa tulang kecil terisi serta sebungkus kain hitam.

Pintu tandas di ketuk dari luar berkali-kali. Suara Elina berselang-seli dengan suara Fasha menyuruhnya membuka pintu.

Dengan segala kudrat yang ada di mengesot ke arah pintu dan membuka kuncinya.

"Daus? Kau ok,ke?" Elina cuba menolak sedikit pintu.

"Sayang? Sayang kenapa,ni?"

Pintu di tolak lagi.

"Euu..busuknya..bau apa ni,sayang?"
Fasya menutup hidungnya,begitu juga Elina. Hampir-hampir saja dia ingin muntah.

"Ya Allah,Daus!" Jerit Elina.

Tubuh anak lelakinya yang longlai di lantai di rangkul. Rambut yang terjuntai di tepi bibir anaknya di tarik perlahan-lahan. Terketar-ketar jarinya.

"Tolong panggilkan ambulans!" Jeritnya.

Fasha pula hanya mampu menangis di sisi Firdaus. Tiada kata-kata yang terluah melihat suami yang baru di nikahinya terkulai layu tidak sedarkan diri.

"Ni kena panggil ustaz ni,Datin." Entah dari mana muncul Solihin.

"Kenapa pula?!" Elina menjengil garang.

"Datin tengoklah muntah Daus tu. Tu bukan muntah biasa tu. Ni macam kena santau." Kata Solihin lagi.

Saat itu barulah Elina tersedar. Perlahan-lahan dia menjenguk ke sinki. Pantas tangannya menekup hidung. Bau busuk seperti bangkai muncul lagi.

"Uwerkkk!" Firdaus muntah lagi. Kali ini darah berketul-ketul berwarna hitam berbau bangkai yang keluar dari mulutnya. Habis kotor baju putih pengantinnya.

Fasha pula kelam kabut bangun keluar dari tandas. Dia sendiri turut muntah di sinki. Bau terlalu busuk membuatkannya loya.

"Kau panggillah Ustaz mana yang kau kenal. Aku nak sekarang.!" Kata Elina.

Solihin mengangguk lalu melangkah keluar. Beberapa orang lelaki muncul untuk mengangkat Firdaus ke ruang tamu. Kecoh seketika majlis dengan keadaan itu.

⚘⚘⚘

Brahim terangguk-angguk di talifon. Qhasidah hanya memerhati dari belakang. Selesai saja memberi salam Brahim terus saja di terpa suaminya itu.

"Siapa,bang?"

"Solihin.." jawab Brahim sepatah.

Terangkat kening Qhasidah mendengarnya.

"Kenapa,bang?ada apa-apakah?" Soal Qhasidah lagi.

"Daus dah meninggal." Brahim duduk di hadapan pintu. Merenung ke hadapan. Wajahnya sukar di mengertikan. Qhasidah pula ternganga di atas sofa.

"Apa,bang?" Soalnya lagi. Sukar untuk percaya. Dia kini bangun dan duduk di sebelah suaminya.

"Daus meninggal..kena buatan orang." Ulang Brahim lagi. Semakin ternganga isterinya. Brahim tersenyum kecil. Dagu isterinya di cuit pantas.

"Innalillahi wainna ilaihi raji'un..."

"Sakit apa dia,bang?" Soalnya lagi.

"Kena buatan orang. Waktu majlis kelmarin dia pergi tandas..sakit perut katanya. Bila dah lama sangat di tandas mak dia dengan isteri dia pergi cari. Rupanya dah rebah kat tandas. Muntah darah..paku..mata pisau..rambut..kena santau kata Solihin." Cerita Brahim tanpa memandang wajah isterinya.

"Lailahaillallah....kasihannya,bang..."Wajah Qhasidah berubah simpati. Mana taknya,baru menjadi suami tak sampai dua puluh empat jam sudah di jemput Ilahi. Takdir Allah tiada siapa yang tahu.

⚘⚘⚘

Mata KeraWhere stories live. Discover now