Fitnah.

1K 81 3
                                    

Rumah yang meriah kini bertukar suram. Hanya beberapa lampu saja yang terpasang. Ruang tamu hanya menerima cahaya dari lampu luar. Elina duduk seorang diri sambil dengan bingkai gambar Firdaus di pelukannya. Air matanya mengalir lagi. Sudah dua hari pemergian anaknya dan sudah dua hari juga dia berendam dengan air mata. Puas di pujuk  makan oleh Satna pembantunya,tapi tetap juga tidak mahu makan. Satna juga turut bersedih. Firdaus dengannya sudah seperti adik sendiri. Siapalah yang busuk hati sangat dengan Firdaus, fikirnya. Tapi dia juga kenal benar dengan Firdaus,perangainya,tabiatnya dan sifat buaya daratnya itu sudah cukup di hafal sejak dari dia mula menjejakkan kaki ke rumah besar itu. Satna juga pernah di minta oleh Firdaus untuk berlakon menjadi kekasihnya demi untuknmemutuskan sesebuah hubungan. Kadang kala dia gembira tapi selebihnya dia turut sedih. Bimbang anak majikannya di apa-apakan kelak. Dan kini,hari ini sudah terbukti. Cuma siapa yang melakukannya dia tidak tahu.

"Satna, nanti kalau aku dah kahwin aku dah tak boleh jumpa kau lagi. Aku harap kau dapat jaga mak aku dengan baik. Aku harap sangat kat kau,Satna. "
"Ish...takkanlah dah kahwin tak jenguk mertua.. tak baiklah macam tu.."

"Hmmh..."

Kenangan beberapa hari sebelum Firdaus berkahwin muncul semula.

"Ya,Daus. Kita takkan berjumpa lagi!" Satna mengelap air mata yang mengalir. Semakin deras air matanya keluar bila mendengar esakan Elina.

⚘⚘⚘

Sebuah Myvi merah menyala berhenti mengejut di hadapan rumah Brahim. Pintu di hempas kuat oleh tuannya. Qhasidah yang sedang menyidai baju hairan melihat tetamu tak di undang itu.

"Mana laki kau?!" Jerkah Elina.

"Dia ke kebun awal pagi tadi." Balas Qhasidah.

Elina mencebik.

"Ke kebun atau ke rumah bomoh?! Hey,aku tak tahulah kenapa laki kau busuk hati sangat kat anak aku. Daus mati sebab dia yang bomohkan,kan?!" Suara Elina semakin meninggi. Bibirnya bergetar menahan marah.

"Datin jangan sesuka hati nak tuduh suami saya. Abang Brahim tak macam tu!" Bakul bajunya di letak kasar ke pangkin. Dia kini berdiri tegak menghadap Datin Elina. Mertua tirinya itu.

"Jangan nak tipulah. Kau dengan suami kau memang tak suka kan tengok anak aku bahagia? Korang memang busuk hati,kan? Kalau bukan laki kau siapa lagi nak santau anak aku tu?! Dia je yang benci sangat kat Daus pun!"

"Datin jangan nak fitnah kami. Kami tahu kami orang susah. Lebih baik Datin balik rumah,Datin fikir balik apa kesalahan Datin kat keluarga suami saya. Tak mustahil benda tu sebenarnya nak di tujukan pada Datin tapi terkena Daus. Jangan nak tuduh kami. Kami tak tahu apa-apa pun.!" Qhasidah mula bercekak pinggang. Geram juga hatinya.

"Ooo...pandai kau cakap,eh? Apa? Tuju kat aku? Bunyi macam pernah jumpa bomoh je kau. Entah-entah memang kau dengan laki kau punya kerja.! Kau tu sedar diri sikit. Dah la perempuan jalanan. Masuk keluarga laki aku pun sebab ehsan. Kalau laki aku tak ku.."

PAP!!

Elina terdiam. Pipinya di rasakan pedih.

"Sebelum aku cangkul mulut puaka kau baik kau berambus dari rumah aku! Pergi!!" Jerkah Qhasidah. Terhinggut tubuh Elina kerana terkejut.

"Kau tunggulah! Aku saman kau!" Jerit Elina di tepi keretanya.

Qhasidah menapak kehadapan.

"Aku pun boleh saman kau sebab kau bunuh keluarga aku! Kau dah lupa ke Elina Mahzan?!"

Elina terdiam. Wajah Qhasidah menakutkannya. Cepat-cepat dia masuk ke dalam kereta dan beransur pergi.

"Kalau berani cubalah. Heh!" Qhasidah mencebik.

⚘⚘⚘

Elina menjerit marah. Berkali-kali stereng itu di hentaknya.

"Tak guna kau,Qhasidah. Kau tunggu je lah.! Aku akan buat hidup kau dan Brahim tak aman! Kau tunggulah!!!" Elina menjerit histeria. Myvi merah yang di pandu semakin meluncur laju. Pemanduannya berdasarkan emosi.

Tiba di satu selekoh Elina menjerit nyaring. Sterengnya di pusing ke kiri dan ke kanan. Dan dengan sedikit kewarasan yang ada dia menarik brek tangan,kereta berhenti mengejut lalu menghentam pokok di sisi jalan. Tubuh wanita berusia empat puluh tujuh tahun itu terpelanting keluar melalui cermin hadapan dan terhentak di batang pokok.

"Arh...to-tolong aku.." tanganya menggapai pada bayangan seseorang berjubah putih yang sedang berlari-lari anak ke arahnya.

"Allahu Akhbar!" Imam Yahya terkaku  di hadapan kereta remuk milik Elina.

⚘⚘⚘

Di sebuah apartment Indra sedang duduk berseorangan. Dirinya tidak terurus kini. Rhe Nhi sudah tidak lagi memunculkan diri di rumahnya. Hanya tinggal dia dan bayangan yang di takutinya. Sebulan lepas dia menerima panggilan dari Hardy,Vinu mati lemas dengan segala isi perut hilang. Ianya terpelohong kosong. Mayatnya di temui oleh Hardy ketika memancing bersama kawan-kawannya. Dan yang paling mengerikan ialah mayat Vinu mempunyai kesan torehan berbentuk tulisan. Ianya di seksa dahulu sebelum di bunuh. Indra semakin takut. Tiap malamnya dia akan berkurung di dalam bilik dengan lampu yang terpasang terang. Terbayang-bayang di matanya Vinu,Amin dan Gulsan sedang berdiri memandangnya.

Indra cuba menghubungi Wahab,tapi panggilannya di sahut oleh budak lelaki. Talifon bimbit Wahab dintemui di tepi jalan katanya. Indra semakin takut. Terbayangkan kematian Wahab dan seterusnya kematiannya sendiri yang bagaimana nanti.

"Aaargggggghhhhh!!!" Indra menjerit kuat. Tertekan dengan soalan-soalan yang melanda.

Allahu Akhbar, Allahu Akhbar!

Allahu Akhbar,Allahu Akhbar!

Matanya di celikkan. Suara azan yang berkumandang menenangkan hatinya. Indra melangkah ke balkoni. Matanya di pejamkan.

"Isk,isk...uuuu....Ya Allah...aku lupa padaMu Ya Allah. Aku berdosa,Ya Allah...! Ampunkan aku,Ya Allah...ampunkan aku..."Indra menangis semahu-mahunya.

"Bukan begini caranya. Aku tahu,bukan begini caranya. Isk! Aku mahu kembali. Bantulah hambaMu ini,Ya Allah." Air matanya di sapu pantas lalu dia segera bangun menuju ke bilik mandi. Membasuh segala kekotoran yang melekat di tubuhnya dan berharap kekotoran di hati dapat juga di hapuskan. Sepasang kemeja biru di sarungkan ketubuhnya. Dia melangkah dengan azam baru. Langkahnya kini ke surau tidak jauh dari kawasan rumahnya. Mungkin di sana ada yang boleh membantunya. Indra cuba menguatkan hatinya seupaya yang mungkin. Dia harus mencari jalan penyelesaiannya. Dia tidak mahu mati dengan sia-sia.

Saat kakinya menyentuh marmar surau air matanya mengalir lagi. Terasa hinanya diri ketika itu. Tepukan lembut di bahu mengejutkannya.

"Marilah..rumah Allah dok milih tetamu." Lebai Kholid tersenyum manis.

Indra segera mengesat air matanya. Tapak tangan Lebai Kholid di capai lalu di salam dengan rasa terharu. Tubuhnya di rangkul oleh lebai Kholid. Indra menangis lagi. Tersedu-sedu dia di bahu Lebai itu.

"Sabarlah,nak. Mari masuk dale dulu. Tunaikan yang wajib dulu. Mari."

Indra terangguk-angguk dalam sendu.

Mata KeraWhere stories live. Discover now