Akan Bermula.

816 71 11
                                    

Brahim menurunkan tongkat motornya di tepi pagar masjid. Laungan azan dari Imam Yahya memecah kesunyian kampung di pagi hari.

"Assalamualaikum,Brahim.!" Meor menepuk bahunya ketika sama-sama memijak lantai masjid.

"Eh, waalaikumsalam. Kau Meor..terkejut aku." Brahim menggeleng kepala pada Meor yang sedang tersengeh.

"Marilah." Ajak Brahim.
Mereka berdua sama-sama melangkah merapati saf. Brahim terkejut melihat imam mereka pagi itu. Ustaz Bahrain melemparkan senyuman mesra. Brahim mengangguk bersama senyuman.

🌷🌷🌷

"Tak sangka Ustaz datang subuh-subuh tadi. Saya ingatkan dalam pukul lapan ka sembilan ka.." Brahim menyurung gelas Teh tarik pada Ustaz Bahrain. Mereka singgah ke kedai makan Fatimah untuk bersarapan pagi. Imam Yahya juga turut serta pagi itu setelah di pelawa oleh Brahim. Ustaz Bahrain hanya tersenyum manis. Memang niatnya untuk solat subuh di kampumg itu pagi tadi. Saja ingin merasa subuh di tempat orang.

"Lepas ni saya nak kita bersedia. Apa yang akan berlaku mungkin luar fikiran kita. Kita berserah pada Allah." Ustaz Bahrain memula bicara.

Semalam semasa di beritahu tentang panggilan daripada Mira,Ustaz Bahrain memgucap syukur berkali-kali.Terasa Allah memudahkan perkara yang ingin di lakukan oleh mereka.

"Perkara apa,Brahim? Macam berat je bunyinya." Imam Yahya berkerut kening.

"Oh...lupa pula nak cerita kat Abang Ya. Kami sebenarnya sedang berusaha nak cari adik Qhasidah. Kami nak selamatkan dia." Kata Brahim.

"Selamatkan dari apa? Kenapa dengan dia?" Imam Yahya sedikit terkejut.

"Dia dah jauh terpesong,Abang Ya. Kami baru tahu yang selama ini dia dah mengikut ajaran syaitan. Ingat tak kisah kingkong dulu? Itu dia punya angkara juga." Jelas Brahim.

Mengucap Imam Yahya mendengarnya.

"Habis tu nak mula dari mana ni?" Soalnya lagi.

"Saya nak kena ambil kawan sebentar lepas ni. Kemudian barulah ke rumah kamu,Brahim. Kira dalam pukul sepuluh macam tu kita mula. Kalau boleh jemput Imam datang sekali. Mana tahu Imam boleh tolong kami." Penuh sopan Ustaz Bahrain menunjuk ke arah Imam Yahya.

Imam Yahya mengangguk setuju. Makanan yang di pesan sudah tiba. Ketiga-tiga mereka memesan pesanan yang sama,Bihun goreng udang. Setelah membaca doa mereka bertiga makan tanpa berbicara. Seeloknya begitu.

"Habis tu anak bini kau letak rumah akukah?" Imam Yahya berkalih pada Brahim setelah mengelap bibirnya dengan tisu.

"Tak boleh,Imam. Saya nak kita duduk dalam satu rumah. Saya takut dia apa-apakan anak isteri Brahim kalau kita asingkan mereka."potong Ustaz Bahrain. Imama Yahya dan Brahim mengangguk faham. Bulu roma Brahim tiba-tiba menegak,dirinya rasa seperti di perhatikan. Lalu cepat-cepat dia tunduk dan beristirgfar.

Sebaik sahaja dia mengangkat kepala,matanya terus terpandang wajah Ustaz Bahrain. Ternyata Ustaz Bahrain juga turut merasakannya. Bibir Ustaz muda itu terkumat-kamit membaca sesuatu lalu di hembus ke tapak tangannya.

"Saya rasa elok saya gerak dululah. Nanti lambat pula nak sampai ke sini balik." Kata Ustaz Bahrain.

Brahim dan Imam Yahya mengangguk faham. Selepas bersalaman Ustaz Bahrain terus masuk ke dalam keretanya dan meluncur pergi.

"Abang Ya tunggu sekejap. Saya nak pergi bayar."kata Brahim.

"Tak payahlah,Brahim..lagi pun kau lama dah tak datang kedai aku." Fatimah malu-malu bila bertentangan dengan Brahim. Takut-takut juga sebenarnya,masih terkesan dengan kisah lama.

Mata KeraWhere stories live. Discover now