Terlepas (Part 3)

1K 83 4
                                    

Semak yang meninggi di redah dengan penuh berhati-hati. Indra dan Amin mengecilkan mata menajamkan penglihatan mencari di dalam gelap. Namun bayangan Gulsan langsung tidak kelihatan. Sesekali mereka berhenti melangkah untuk mendengar andai ada suara dari Gulsan. Tapi tetap tiada.

"Min. Aku tak rasa dia masuk sampai ke dalam ni. Kita patah baliklah,Min." Indra membuka suara setelah menyedari mereka sudah terlalu ke dalam. Matanya meliar ke sana sini.

"Hmmh...jomlah! Kita tak boleh nak tunggu kalau macam ni. Nanti kita pulak yang susah." Kepala yang tak gatal di garu kasar.

Baru beberapa langkah mereka di kejutkan dengan bunyi sesuatu yang jatuh. Mereka berpaling semula.

"San?!" Serentak mereka memanggilnya.

"Tolongggg!"

"San? Mana kau?!" Laung Amin.

Indra menggunakan talifon bimbitnya untuk menyuluh kawasan sekitar.

"Argh!" Suara Indra menjerit kuat.

KTAK!!

Talifon bimbit terlambung tinggi lalu jatuh menghentak akar pokok. Cahayanya berkelip-kelip.

"Indra!" Jerit Amin. Indra hilang sekelip mata.

Amin tercengang. Menggeletar tangan dan kakinya. Bala apa pula yang sedang di hadapinya kini? Dia berpusing setempat. Berwaspada. Talifon bimbitnya sudah tidak dapat di gunakan lagi kerana kehabisan bateri. Dia melangkah ke arah talifon bimbit Indra.

"Jangan,Min!" Ada suara yang melaung dari jauh.

Amin terkejut lalu menjauhkan diri dari talifon. Kakinya tersadung akar pokok membuatkan dia terlentang tidak jauh dari talifon Indra.

"San! Kau kat mana?!" Laungnya. Telinga tidak salah mendengar. Memang suara Gulsan yang menjerit tadi.

"San?!! Hoi!! Jangan main-mainlah,San!" Jerit Amin lagi.

"Indra?!" Nama Indra pula di panggilnya.

"Arghhh!!" Amin menumbuk tanah berkali-kali. Geram dengan keadaan yang sedang di laluinya ketika itu. Dengan segala kudrat yang ada dia bangun melangkah ke arah jalan raya. Hilux putihnya sedia menanti. Tapi langkahnya mati di dalam semak. Terkaku dan menggeletar seorang diri. Apa yang di lihatnya semakin menakutkan. Hiluxnya sedang di periksa oleh polis. Terdapat percikan darah dan kesan kemek di pintu Hilux. Seolah-olah tubuh seseorang itu di hentak hingga berkecai di situ. Cermin yang pecah kesemuanya. Titisan darah dapat di lihat menitik dari celah-celah pintu. Air mata Amin mengalir tanpa sedar. Sungguh ketika ini dia di dalam ketakutan yang terlampau. Lututnya berlaga sesama sendiri. Bibirnya terketar-ketar.

"Allahu Akhbar...."akhirnya kalimah suci itu di tuturkan tanpa sedar.

"Buka pintu tu!" Arah seorang anggota polis. Dua orang anggota polis membentangkan plastik hitam di atas tanah. Sebaik sahaja pintu di buka jatuh beberapa ketul organ dan darah yang menitik laju.

"Astargfirullah!" Pegawai polis yang membuka pintu terkejut besar. Mayat di dalam kereta itu hancur bagai di cincang-cincang. Lunyai. Pembunuhnya seolah-olah begitu benci dengan mangsanya.

Amin terduduk. Ternganga. Dia kenal tangan yang sudah terputus itu. Cincin emas di ibu jari itu cukup di kenalinya. Tapi bagaimana? . Dia sendiri yang menjadi saksi Gulsan keluar dari kereta dan dia juga mendengar suara Gulsan menjerit padanya tadi. Tubuh Gulsan yang di cincang dengan semua anggota badannya di longgokkan pada tempat duduk belakang semakin membuatkannya menggigil. Terasa sesak nafasnya. Mana yang lain? Matanya meliar ke arah trak polis. Dua bungkus plastik hitam sudah pun berada di dalamnya. Amin semaki  hairan.

Mata KeraWhere stories live. Discover now