Dendam Mira

1K 76 11
                                    

Mira memuncungkan bibirnya. Merajuk kerana kehendaknya tidak di penuhi oleh ibu ayahnya. Kakinya menendang-nendang bucu katil. Rambut perangnya yang mengacau mata di selak kasar.

"Mira?"

Mira tidak mahu menoleh. Sakit hatinya semakin bertambah-tambah mendengar suara itu.

"Mira..." satu usapan lembut hinggap di bahunya di tepis kasar.

"Kenapa ni...Kak Dah ada buat salah ke?" Qhasidah melabuhkan punggung di bucu katil. Mira satu-satunya adik yang dia ada. Hanya dia dan Mira saja buah hati ibu dan ayahnya.

"Jangan buat-buat tak tahulah,Kak.!" Kasar balasannya.

"Fasal kereta tu ke?" Duga Qhasidah.

"Fasal apa lagi??! Mira minta dari dulu lagi alih-alih Kak Dah yang dapat. Mira bukannya nak guna buat benda tak elok. Mira guna untuk pergi kampuslah. Belajar!" Satu jelingan maut di hadiahkan ke wajah kakaknya.

"Kak Dah bukannya kerja pun. Duduk rumah je. Sepatutnya Mira yang dapat kereta tu!" Tambahnya lagi.

Qhasidah tersenyum.

"Tapi Kak Dah boleh hantarkan Mira kan..cakap je nak ke mana nanti Kak Dah hantar." Qhasidah masih lagi cuba berlembut.

"Mira tak nak!! Mira nak kereta sendiri! Mira takkan makan selagi Papa tak belikan Mira kereta baru!! Kak Dah tolong keluar dari bilik Mira. Mira tak nak orang ganggu Mira.!" Sebiji bantal di tekup ke muka sambil kakinya menendang-nendang hujung katil.

Qhasidah menggeleng kepala cuma. Dia tahu adiknya punya segalanya di dalam bilik tidurnya. Setakat ugutan tidak makan itu dia sudah lali dengannya. Faham sangat perangai Mira. Mana ada orang lain yang tolong kemaskan bilik Mira selain dirinya. Dalam lacinya saja terdapat pelbagai jenis snek. Qhasidah tersenyum geli hati.

"Budak tak matang!" Katanya sambil menutup pintu.

⚘⚘⚘

Suasana bilik karaoke yang membingit terlihat begitu selesa pada Mira. Tubuhnya terlintuk-lintuk menari ikut rentak lagu. Dia dan kawan-kawannya berparti tanpa mengindahkan seragam yang masih tersarung di tubuh.

"Mira! Oi,Mira!" Kamelia terpaksa menjerit sedikit. Mira menoleh dengan anggukan.

"Pakwe kau dah sampai la..." Kamelia memuncung ke pintu.

"Sayang..."Aksi manja Mira mula menonjol sebaik sahaja terlihat wajah Firdaus. Tubuh Firdaus terus di peluk lalu di tarik ke dalam bilik karaoke mereka.

"Sayang bawa kawan ni. Ada kat luar. Boleh diorang masuk?" Soal Firdaus tanpa melepaskan tubuh mugil Mira.

"Boleh je...lagi ramai lagi meriah..!!" Jerit Mira sambil menjeling ke arah Kamelia dan Gweneth.

"Woi..jemput masuk..hahahahha." Firdaus menjerit ke arah tiga orang kawannya yang sedang leka menghisap rokok. Ketiga-tiga mereka saling menukar senyuman sinis ke arah Firdaus.

"Barang baik,fresh lagi!" Firdaus mengangkat ibu jarinya ketika Gulsan dan Amin melintasinya. Pintu di tutup dan di kunci. Semuanya dalam perancangan Firdaus.

⚘⚘⚘

Bunyi ambulans dari luar mengejutkannya. Kepalanya terasa berat dan pening sekali. Mira menggosok matanya yang sedikit kabur. Sebaik sahaja imej menjadi terang matanya terbeliak besar. Tubuhnya telanjang. Begitu juga Kamelia dan Gweneth. Matanya melilau ke sekeliling bilik.

"Hotel?!" Dia semakin terkejut.

Saat matanya jatuh ke lantai jantungnya terasa seperti mahu tercabut. Bungkusan kondom berterabur di tepi katil. Menggeletar tubuhnya saat itu.

"Mira...auch!" Gweneth bangun dengan rasa terkejut yang sama. Kedua-duanya saling berpandangan tanpa kata.

"Kim! Kim,bangun!" Mira cuba mengejutkan Kamelia. Terdapat lebam-lebam kecil di sekitar leher dan dada Kamelia.

"Arrrghh! Sakitnya..." Kamelia memegang dahinya. Terasa berpusing dunianya seketika.

"Apa dah berlaku,babe?" Gweneth masih lagi keliru.

"Kenapa kepala aku sakit sangat ni...aduhhh..." Kamelia masih lagi mengurut kepalanya.

"Kita di rogol,babe!!" Mira menjerit kuat sebelum meraung menangis.

Gweneth dan Kamelia seperti baru tersedar terus saja ikut menangis.

"Tak guna punya jantan! Aku dapat kau,aku bunuh kau!!" Jerit Mira sekuat hati.

Dengan segala kudrat yang ada perlahan-lahan dia menuruni katil dan menapak ke tandas. Celah kangkangnya terasa pedih dan sakit. Dia juga perasan terdapat beberapa tompok darah di atas tilam tadi. Gweneth dan Kamelia yang masih menangis di biarkan sahaja.

⚘⚘⚘

3 Bulan kemudian...

"Ibu,adik rasa tak sihatlah..kepala adik pening sangat ni.." rengek Mira saat tapak tangan ibunya menyentuh dahi.

"Panas ni..pergi klinik nak?"

Dengan pantas Mira menggeleng kepala.

"Sekejap,ya..ibu ambilkan panadol dan air." Husna bangun meninggalkan anak bongsunya.

Setelah kelibat ibunya hilang Mira kembali merenung sesuatu di tapak tangannya. Dua garis yang timbul pada alat itu menambahkan lagi dendam yang meluap-luap di hatinya.

"Kau tunggulah,Daus...kau akan mati bila aku nak kau mati!" Giginya di ketap kuat.

Mata KeraWhere stories live. Discover now