Buru Dan Di Buru.

1K 75 6
                                    

Sudah sebulan Mira di jaga oleh Akmal dan Raziq. Dan sebulan itu cukup untuk Mira faham siapa sebenarnya kedua lelaki itu. Seorang pengurus kewangan yang suka berfoya-foya,dan seorang lagi bapa ayam yang tidak berminat pada tubuh perempuan. Mira memerhati sahaja keadaan jalan raya yang sesak dari luar kondominium milik Raziq. Nun di dalam hati dia masih lagi memburu Amin. Lelaki itu takkan terlepas dengan mudah!.

⚘⚘⚘

Suasana tenang sedikit mendamaikan hatinya ketika ini. Sungguh dia langsung tidak faham apa yang sedang berlaku pada keluarganya ketika ini. Kematian mengejut ibu bapanya dalam kemalangan,kehilangan Mira, kehamilan Mira,dengan apa sudah di lakukan oleh Mira di tambah pula kedatangan Elina petang kelmarin. Semuanya menyesakkan dadanya. Bahunya terhinggut-hinggut menahan tangis. Berat sekali dugaan baginya.

🌷🌷🌷

"Mana budak nama Mira tu? Aku nak jumpa!" Bengis muka Elina di luar pagar. Tak ingin pun menjejakkan kaki ke dalam rumah.

"Dia dah tak ada. Dia hilang."jawab Qhasidah.

"Ooo...dah malukan aku lepas tu hilangkan diri? Wah,wah...banyak cantik muka dia? Kau panggil dia sekarang! Jangan nak main sembunyi-sembunyi dengan aku!" Jerkah Elina.

Qhasidah berkerut hairan. Tiba-tiba saja dia di jerkah sebaik sahaja pintu pagar terbuka.

"Dia memang tak adalah! Apa masalah Puan ni?!" Qhasidah menjerkah kembali.

Terbeliak Elina melihat Qhasidah melawannya.

"Sila berambus dari sini sebelum saya talifon polis. Kalau puan nak cari Mira,silakan! Itu pun kalau jumpa." Qhasidah melangkah pergi meninggalkan Elina yang sedang menahan marah.

"Hey!" Laung Elina.

"Kau beritahu pada Mira,jangan sampai aku hapuskan satu rumah ni baru dia nak berhenti cari fasal dengan aku.! Anak aku takkan terima anak haram dalam perut dia tu! Amaran pertama aku dah bagi! Ini yang kedua! Lagi sekali dia kacau hidup aku,aku bunuh dia!" Jerit Elina.

Turun naik nafas Qhasidah mendengarnya. Tapak tangannya di genggam kuat. Marahnya memuncak. Sepantas kilat pasu bunga milik ibunya di capai lalu di baling ke arah pagar.

Prang!!

"Aaa!" Elina menjerit terkejut. Tidak menyangka itu yang akan berlaku.

"Kau berambus! Berambus! Pergi!!" Satu demi satu pasu bunga milik ibunya di baling ke arah pagar.

Kelam kabut Elina masuk ke dalam keretanya.

"Adik beradik sama je gila!! Pui!!" Jerit Elina. Pintu pagar diludahnya sebelum keretanya di hidupkan sepantas mungkin bila melihat Qhasidah menghampirinya dengan serpihan pasu di tangan.

"Ya Allah,Dah....bawa bersabar,Dah...bawa bersabar..." Saidah isteri Pak Nasir yang sedari tadi memerhati segera mendapatkan Qhasidah yang sudah terjelopok di tepi pagar. Tubuh Qhasidah di peluk erat dan di usap belakangnya. Di biarkan anak majikannya itu menangis sepuas-puasnya.

"Dugaan apa ni,Kak...?? Kenapa saya seorang yang kena tanggung semua ni? Mana Mira,kak..? Kenapa mesti saya seorang..." Qhasidah mengongoi di dalam pelukan Saidah. Remuk hatinya. Lumat. Pedih tak terkata.

🌷🌷🌷

"Assalamualaikum.!"

"Ha?" Qhasidah segera mengusap air matanya.

"Waalaikumsalam.." jawabnya. Sebaik sahaja dia menoleh hatinya berdegup laju. Perasaan malu menerpa tiba-tiba.

"Kenapa?" Brahim melabuhkan punggung di sebelahnya. Lelaki itu mengenakan pakaian jogging petang itu. Terdapat tuala putih tersangkut di lehernya.

Mata KeraWhere stories live. Discover now