Mencari.

865 65 1
                                    

KINI...

Kereta Produa Myvi hitamnya di berhentikan betul-betul di hadapan rumah Brahim. Ustaz Bahrain meneliti sekali lagi alamat rumah di tangannya. Dia mengangguk kerana alamatnya betul. Dengan lafaz "Bismillah" dia membuka pintu.

"Assalamualaikum!"

Belum sempat dia memberi salam terlebih dahulu,Brahim sudah muncul dari bawah rumah berserta salam. Ustaz Bahrain tersenyum menyambut huluran tangan Brahim.

"Waalaikumsalam..lama tak berjumpa." Kata Ustaz Bahrain. Tubuh Brahim di peluk mesra.

"Silalah naik,Ustaz. Ustaz langkah kanan hari ni. Isteri saya ada buatkan bihun goreng." Pelawa Brahim.

Ustaz Bahrain mengangguk dengan senyuman. Niat sebenarnya akan di ceritakan nanti.

➰➰➰

"Alhamdulillah..terima kasihlah hidang macam-macam kat saya. Malu pulak saya ni."kata Ustaz Bahrain. Si kecil Luqman yang ralit bermain dengan tasbihnya di cuit pipinya.

"Tak ada apalah,Ustaz..bukan selalu pun.." balas Qhasidah. Dia yang baru selesai mengemas meja dapur datang dengan talam berisi kopi pekat yang di bancuh oleh Damia.

"Sebenarnya saya ada benda nak di bincangkan. Dah berapa hari dah saya berfikir. Saya rasa ada sesuatu yang tertangguh dahulu yang perlu saya selesaikan."kata-kata Ustaz Bahrain mendebarkan hati Brahim dan Qhasidah. Lain benar bunyinya.

"Ermm...saya nak tanya kalau-kalau kamu suami isteri tahu di mana Mira?"

"Mira?" Qhasidah tersentak. Lama benar nama itu tidak meniti di bibirnya. Namun dia tidak lupa untuk mendoakan agar adiknya sentiasa dalam lindungan Allah.

"Kenapa dengan dia?" Soal Qhasidah.

"Begini...minggu lepas ada kematian di hujung kampung saya. Rumah Bomoh Sudam. Malam tu hujan lebat dengan kilat dan angin kuat sekali. Malam tu juga saya bermimpi,saya menyaksikan sendiri Bomoh Sudam berlawan dengan khadam Mira. Bomoh tu mati. Terbakar dalam rumah tu. Dan menurut anak buah dia. Siapa yang ingin mewarisi ilmu dia mesti ambil usus Bomoh tu kemudian salaikan hingga kering untuk di buat rantai."

"Habis tu apa kaitan Mira dengan Bomoh tu?" Sejuk tapak tangannya mendengar cerita dari Ustaz Brahim.

"Dalam mimpi saya,saya nampak khadam Mira ambil usus Bomoh. Jadi.."

"Mira mewarisi ilmu Bomoh tu?" Potong Qhasidah.

Ustaz Bahrain mengangguk berat. Dia sendiri tidak tahu bagaimana untuk menjelaskan dengan lebih terperinci. Bimbang dia di tuduh sengaja menfitnah Mira pula.

"Astargfirullah..." Qhasidah tersandar di sofa. Terasa mahu meletup dadanya mendengar cerita dari Ustaz Bahrain.

"Sebab itu saya datang ke sini. Mungkin kamu berdua tahu dimana Mira." Kata Ustaz Bahrain.

"Kami tak tahu,Ustaz. Sejak rumah keluarga kami terbakar dulu,sejak dari hari itulah saya tak pernah bersua dengan dia. Hilang tanpa khabar berita."jawab Qhasidah. Sudah berbelas tahun dia tidak berjumpa dengan Mira. Entah hidup atau mati dia pun tidak tahu.

"Hmmh..." satu keluhan berat terbit dari bibir Ustaz Bahrain. Jalannya semakin sukar kini.

"Ustaz dah pastikan betul-betulkah yang Mira anbil usus tu?" Soal Brahim. Baginya ini bukan lagi hal yang boleh di pandang remeh. Takut jatuh fitnah pula nanti. Berdosa besar.

"Betul. Saya sendiri yang pergi ke tapak rumah hangus tu dengan anak buah Bomoh sendiri. Kami berdua nampak perut bomoh terburai. Kami berdua juga kebumikan dia di kawasan rumah tu juga." Jawap Ustaz Bahrain.

Mata KeraWhere stories live. Discover now