Dendam.

1K 81 0
                                    

Bunyi air menitik di bilik mandi menerbitkan senyuman sinis di bibirnya.

Senang je nak tundukkan kau..hmmh..lelaki miang tak sedar diri. Hahahah...kasihan anak bini di rumah. Ayahnya overtime,ye? Hahahaha...

Dengan senyuman sinis yang makin melebar,dia berguling-guling pula.

"Sayang?"

"Ops!" Dia terkejut.

"Apa yang happy sangat ni? Sampai berguling-guling pula tu. Dah macam budak-budak." Raziq menggeleng kepala. Seluar dah bajunya yang terletak di lantai di ambil dan di pakai semula.

Mira tersenyum manja.

"Seronok sebab awak ada masa untuk saya...dah sebulan kita tak jumpa tau..rindu..."rengek Mira.

"Saya sibuklah..kat ofis tu kalau tak ada saya tak berjalan kerja. Semua nak di arahkan. Balik rumah serabut tengok mertua. Nak bergaduh je. Stress saya.!"

Stokin di tangannya di kibas ke kaki kerusi. Berterbangan habuk ke udara. Mira menutup hidungnya dengan pantas.

"Sebab tu la saya ada untuk awak..." kepalanya di lentokkan ke belakang Raziq.

"Ermmm...minggu depan saya nak ke Jepun. Dalam dua minggu. Nak ikut?" Soal Raziq.

Mira terdiam. Bersinar matanya seketika.

"Hummh...kalau dua minggu awak kena ada lima ribu. Sanggup ke?" Soal Mira lagi.

Raziq tersenyum sinis.

"Lima ribu tu apalah sangat nak di bandingkan dengan masa bersama kita tu..nak tak?" Soal Raziq lagi.

Dengan pantas Mira mengangguk setuju.

"Cepat siap! Saya nak balik ni. Nak hantar awak lagi."kata Raziq.

"Ok,bos!"

⚘⚘⚘

"Lama kita tak ke rumah Bang Long. Sabtu ni kita ke sana nak?" Petang itu Nordin tiba-tiba teringat pada abangnya. Semuanya kerana berita yang di tontonnya tadi. Berita tentang seorang adik yang terpisah dengan abangnya dan bertemu semula tiga puluh tahun kemudian. Kebetulan pula nama abangnya itu Brahim,sama dengan nama abangnya juga. Nordin semakin rindu bila terbayangkan Brahim yang suka menyakatnya. Setiap petang Brahim akan membawanya menaiki motorsikal pusing-pusing taman perumahan.

Dan bila penyakit mengusik abangnya datang,dengan sengaja abangnya membelok ke kawasan perumahan cina. Sengaja mencari fasal dengan anjing-anjing di situ. Yang menjadi mangsanya,Nordinlah. Tinggi kakinya hingga ke dalam bakul letaknya kerana takut di gigit anjing. Brahim pula seronok gelakkannya. Bila pulang ke rumah Nordin akan merajuk. Tapi esoknya bila di ajak meronda dia ikut juga.

Suraya perasan wajah Nordin yang termenung seorang diri itu. Pantas bahu suaminya di cuit.

"Termenung apanya..."tegur Suraya.

"Teringat kecik-kecik dulu..nakal bukan main. Kalau tak luka dalam seminggu tu tak sah." Balas Nordin.

"Budak laki..biasalah tu.."kata Suraya.

"Bila abang nak pergi rumah Bang Long?"soalnya.

"Emm...sabtu ni. Nanti saya talifon dulu. Mana tahu dia sibuk."

"Kalau macam tu esok abang bawa saya pergi pekan. Saya nak cari ubi. Nak buat bingka. Kak Dah suka makan tu."

"Yela..."

⚘⚘⚘

Brahim masih lagi menebang daun-daun pisang yang sudah berubah warna. Kerjanya dilakukan seikhlas hati. Pisang yang di pesan oleh Musa Potong sudah di siapkan. Di masukkan ke dalam guni dan di letakkan di pondoknya. Sebentar lagi adalah bunyi hon dari lori Musa Potong datang mengutipnya. Sementara itu dia mencari kerja dengan membuang daun yang sudah berubah warna itu. Dapat juga keluar peluh.

"Eh?" Brahim terkejut dan hairan. Batang pisang di hadapannya bagai di toreh-toreh. Masih baru lagi kesannya. Pantas dia menoleh sekeliling.

"Tadi tak ada pun. Ni masa bila pulak di datang kacau ni?" . Langkahnya di halakan pada pokok pisang tidak jauh dari situ. Tiada pula kesan torehan. Brahim garu kepala.

Takkan tupai? Tupai tak macam ni..ni khianat ni.!

"Siapa tu?!" Laung Brahim bila tiba-tiba semak di tepi kebun bergerak-gerak.

"Dah buat khianat menyorok pula. Tunjuk mukalah!" Parang di tangan di pegang kejap. Bersedia sentiasa.

"Ha ha ha ha ha......"

"Siapa?!"

"Aku!" Seekor makhluk seperti king kong muncul dengan mata merah menyala.

"Kau lagi? Kau nak apa?"

"Tuanku mengirim pesan. Kau akan berjumpa dengannya tak lama lagi. Bersedialah dengan segala ilmu yang kau ada.!"

"Apa yang aku ada adalah dengan izin Allah.! Beritahu Tuan kau, aku tak gentar. Silakan saja!"

Makhluk berbulu itu menderam marah sebelum melangkah masuk ke dalam semak semula.

"Astargfirullah! Astargfirullah! Astargfirullah!" Brahim beristirgfar meredakan rasa hatinya. Dia melangkah ke pondoknya semula. Cuba untuk menilik apa yang terjadi sebenarnya. Dengan siapa dia berdendam sebenarnya? Dia buntu sendiri.

Tibanya di pondok Musa Potong sudah menanti dengan rokok daun di tangan.

"Allah...kenapa tak hon tadi..." huluran salam Musa Potong di sambut.

"Sajalah..aku baru sampai juga..rokok pun baru cucuh je ni." Musa Potong menunjuk rokok di tangannya.

"Kau sembang dengan siapa? Terjerit-jerit aku dengar."

Brahim tersenyum kecil.

"Orang datang melawat.." balas Brahim.

Fahamlah Musa Potong yang Brahim tidak selesa untuk berkongsi perkara itu.

⚘⚘⚘

Brahim yang sedang membersihkan kasut butnya terkejut besar melihat tetamu yang datang. Lori milik Nordin berhenti betul-betul di hadapannya.

"Assalamualaikum,Bang Long!" Laung Nordin dari dalam lori.

Brahim tersenyum gembira. Sebaik sahaja adiknya turun dari lori terus tubuh itu di peluknya.

"Allahu Akhbar..Lamanya tak datang.." bahu Nordin di tepuk berkali-kali.

"Kak Dah ada,Bang Long?" Tanya Suraya. Aqilah yang terkedek-kedek di biarkan meneroka ke halaman rumah Brahim.

"Ada kat atas tu..jemputlah naik. Masya Allah...lama sungguh tak jumpa kamu,ye." Kata Brahim lagi.

"Babah!" Luqman muncul di beranda bersama Dania.

Ternganga Nordin melihatnya.

"Bila pula jadinya ni?" Soalnya.

"Tahun lepas...puas juga cari tempat yang sesuai. Hahahahahaha...."balas Brahim.

Suraya menggeleng kepala melihat ke dua beradik yang sedang tergelak besar itu. Kakinya menapak ke atas.

Mata KeraWhere stories live. Discover now