Takut.

866 75 0
                                    

Nun di pinggir kampung,Bomoh Sudam mengerekot di dalam sarung guninya. Ya,malam ini malam jumaat. Malam kebiasaannya untuk bertapa bagi meningkatkan ilmunya. Bunyi derapan kaki di luar bilik tidak mengganggunya sedikit pun. Ayat-ayat mentera hitamnya di ulang-ulang hinggalah dia mendengar kokokan ayam yang pertama di pagi hari. Itu adalah apa yang di ajar oleh tuan gurunya satu ketika dahulu.

⚘⚘⚘

"Pak cik Jubin?" Cendana muncul bersama segelas air kopi. Di hulurlan penuh sopan pada Jubin yang sedang menggulung rokok.

"Kenapa tak tidur lagi? Sudah lewat ni." Tegur Jubin.

"Ana tidak mengantuk lagi. Perut sakit." Cendana mengusap perutnya. Dari petang tadi asyik meragam saja perutnya. Sudah beberapa kali dia masuk ke tandas.

Jubin bangun dari kerusinya. Sebotol minyak panas di suakan pada Cendana.

"Nah,sapu sendiri. Pergi sapu di bilik. Jangan tumpahkan tau." Bahu Cendana di tolak lembut.

Jubin tahu,Cendana semakin dewasa. Jubin tahu Cendana semakin menghampiri waktu datang bulannya. Cuma yang Jubin tidak tahu ialah,apa rancangan Sudam pada Cendana sebenarnya. Jika Sudam berniat untuk membunuh Cendana,langkah dahulu mayatnya. Cendana sudah menjadi sebahagian dari dirinya. Dia tidak sanggup melihat tubuh itu di sakiti. Jubin melirik pandangannya ke arah pintu bilik yang berconteng ayat-ayat mentera Sudam. Hatinya tertanya-tanya,apa yang sedang di rancang oleh orang tua itu?

⚘⚘⚘

Rumah Mumy Kelly kembali kecoh semula. Liona di temui mati dengan perut terburai serta hilang bayi dalam kandungannya. Sofi meraung-raung di sisi katil Liona. Gadis berbangsa india itu mati dengan tragis sekali. Ada kesan cakar di bahagian lengan hingga ke hujung jari telunjuknya. Ada kesan pukulan di dahinya. Matanya terbeliak memandang ke siling. Perutnya seperti di robek dengan pisau.

"Liona....oh my god.!" Mumy Kelly yang baru tiba di rumahnya terduduk dengan mulut ternganga. Tak disangka begitu sekali mayat Liona.

"Lebih baik kita pindah dari sini,Kelly. I tak rasa rumah ni selamat lagi untuk kita.!" Lengannya di goncang oleh Sofi. Benar! Semenjak mereka berpindah ke rumah banglo itu sudah tiga nyawa yang hilang. Semuanya sedang hamil.

Sofi masih lagi teresak-esak di hadapan Mumy Kelly. Wanita berbangsa cina itu masih tergamam.

⚘⚘⚘

"Mak lang harap Brahim tak ceritakan pada Qhasidah hal ni. Kasihan dia,Brahim. Banyak sangat kesedihan dalam hidup dia. Biarlah Mak Lang sendiri yang cerita kat dia nanti." Saidah mengelap air matanya.

Brahim di buru rasa serba salah. Kasihan pada Maklangnya,juga kasihan pada dirinya sendiri yang baru kehilangan ayahnya. Semuanya gara-gara di ekori oleh konco Elina.

"Brahim..jangan berdendam dengan mereka,Brahim. Allah ada untuk balas semuanya. Kita sabar,Brahim. Jangan ikut marah di hati." Pujuk Saidah lagi. Dia tahu apa yang bermain di fikiran anak buahnya itu. Dia tau Brahim marah dengan apa yang terjadi. Nordin juga sudah mengamok pagi tadi sebaik saja mendengar berita kematian itu. Nasib baik Elina tidak berada di rumah. Jikalau saja Elina yang membuka pintu pagi tadi,agaknya sudah hilang kepala Janda berhias itu.

"Saya akan bersabar sehabis mungkin,Maklang. Saya akan cuba. Cuma saya terkilan,saya tak sempat pun nak bawa ayah jalan-jalan. Tak sempat pun nak tunaikan janji-janji saya pada ayah. Macam mana saya nak jelaskan pada Qas yang ayah saya dah meninggal?? Saya tak tahu nak cakap macam mana,Mak Lang." Brahim di hurung sebak semula. Air matanya mengalir pantas ke dagu. Puas di seka,semakin galak ianya keluar.

Saidah juga kehilangan kata-katanya.

⚘⚘⚘

Di sebuah rumah flat,Mumy Kelly sedang berusaha menenangkan "anak-anaknya." Mereka yang telah di pindahkan ke rumah flat masih menangisi kematian Liona. Gadis ceria itu mati dengan tragis sekali.

"Dulu Gia..sekarang Liona. Selepas ni siapa pula?? " Sofi bercakap seorang diri. Matanya meliar ke arah wajah kawan-kawannya. Seramai dua belas orang mereka,semuanya bersedih. Wajah yang murung,kecuali sorang. Sofi mengecilkan mata ke arah Mira. Dia tidak melihat Mira bersedih. Mira berkelakuan seperti tiada apa yang berlaku pun. Sofi hairan. Atau mungkin dia budak baru,sebab itu dia tidak berasa sedih. Tambahan pula Mira bukan jenis yang mahu bertegur sapa dengan mereka yang lain. Sekali di tanya sekali di jawab. Baginya Mira sangat misteri.

"Hmmmh.."Sofi mengeluh lemah. Tak guna untuk berprasangka buruk ketika ini. Tiada gunanya. Dia perlu fikirkan keselamatan kawan-kawannya terlebih dahulu. Pernah terlintas untuk membuat laporan polis. Tapi dia bimbang ianya akan membuatkan mereka semua tertangkap.

"I harap lepas ni kita semua selamat saja. Tak sanggup lagi nak kehilangan kawan-kawan yang i sayang." Wajah Mumy Kelly di pandang sekilas.

⚘⚘⚘

Langit mendung di pandang lama. Ada sesuatu yang menganggunya. Membuat hatinya resah. Bomoh Sudam melilau sendiri di hadapan rumah. Pesakit terakhirnya hari ini adalah seorang artis yang dahulunya popular tapi semakin tenggelam dek timbulnya artis-artis baru yang lebih muda. Datang mahu menanam susuk dan mahu punya suara lunak. Bomoh Sudam tersenyum sendiri.

"Kalau dah namanya perangai tak elok,memanglah tak laku. Hmmh..bodoh."dia bercakap seorang diri.

Seluruh kawasan rumahnya di pandang lama. Dahulu di pohon mangga itu tiada buaian,kini sudah ada. Buaian yang hanya sebiji tayar di ikat tali lalu di gantung menjadi tempat bermainnya Cendana. Sehari suntuk Jubin mencari tayar untuk di buat buaian itu,semalam-malam dia berusaha menggantung tayar untuk memberi kejutan pada Cendana keesokan harinya. Bomoh Sudam hanya memerhati saja. Kepalanya di palingkan ke arah sebuah kereta yang tersadai lama di tepi rumah. Kereta milik ayah Mira. Kereta yang menjadi tempat Cendana di lahirkan. Di sangkakan Cendana sudah mati ketika itu. Bayi itu tidak menangis di hujung kaki Mira. Di suruhnya Jubin untuk membuang Cendana namun saat tangan Jubin menyentuh Cendana, bayi itu serta merta meletus dengan tangisannya. Semua urusan Cendana di serahkan pada Jubin. Bomoh Sudam hanya mengajar apa yang patut sahaja. Dari saat itu dia perasan keadaan Jubin yang terlalu sayangkan Cendana. Hatinya menjadi resah. Dia merasakan dirinya semakin lemah hari demi hari. Puas sudah dia mencari puncanya. Adakah Cendana puncanya? Atau Jubin? Tapi yang paling tidak masuk akal baginya adalah kehadiran Letong pada minggu lepas.

Hampir saja dia pengsan di muka pintu bila terpandangkan Letong yang sedang menyeringai di halaman rumahnya. Dan jika benarlah itu Letong,maksudnya Mira masih hidup!

"Argh!" Sakit kepala menyerang tiba-tiba. Tapak tangannya segera mencengkam kepala. Berdenyut-denyut kepalanya.

"Kenapa Atok Sudam?" Cendana menyoal dari tangga rumah.

Bomoh Sudam hanya menggeleng. Pandangannya kabur sebelum tubuhnya rebah ke tanah.

"Atok! Pak cik Jubin tolong! Atok pengsan!" Jerit Cendana sambil berlari mendapatkan Bomoh Sudam.

"Atok..atok!" Pipi tua itu di tepuk berkali-kali.

"Mi-mi-..mira?!!" Bomoh Sudam terbeliak melihat Cendana. Wajah Mira dengan darah penuh di dahi sedang tersenyum sinis kearahnya.

"Tidak! Tolong...!" Tubuh Cendana di tolak kasar. Bomoh Sudam mengesot menjauhi Cendana.

"Sudam." Jubin segera mendapatkan Bomoh Sudam yang dalam ketakutan itu. Tubuh tua itu menggigil hebat. Jubin hairan. Dia berpaling ke arah Cendana. Gadis itu sedang menangis.

"Mari naik. Dah senja ni." Kata Jubin. Tubuh tua itu di papah ke naik ke rumah. Cendana mengikut di belakang bersama sisa air matanya. Sungguh hatinya terasa.




Mata KeraWhere stories live. Discover now