Cari

848 79 0
                                    

Seminggu setelah menerima rawatan dari Ustaz Bahrain,kesihatan Dato Sabri semakin menyusut. Kata Ustaz memang pesakit akan ambil masa untuk pulih. Lagi banyak benda kotor di makan lagi lambat masa untuk pulih. Rawatan hari itu menemukan bangkai katak,paku karat,pisau lipat,serbuk kaca dan beberapa jenis tulang yang tidak di ketahui tulang apa. Rambutnya di penuhi pasir tiba-tiba. Kata Ustaz,Elina hanya ingin menyiksa,Bukan membunuh.

⚘⚘⚘

Sebuah Camry hitam meluncur masuk sebaik sahaja pintu pagar terbuka luas. Bersama senyuman sinisnya di memerhati setiap inci kawasan rumah banglo itu. Dia ketawa kecil melihat Elina melenggang ke arah keretanya. Sengaja dia menunggu di dalam kereta.

"Kenapa tak masuk?"soal Elina.

"Aku tak selesa bincang kat dalam. Kita di luar saja."pintu keretanya di tutup sebelum dia melangkah ke arah taman orkid di hadapan rumah.

"Boleh tahan kau sekarang. Ni Dato mana pulak ni?" Perlinya.

Elina tidak menghiraukannya. Dia berlalu ke dalam dan tidak lama kemudian muncul semula bersama sedulang air teh.

"Minumlah dulu. Macam tak kenal aku pula. Nanti bincang."Elina terus menuang air teh ke dalam cawan.

"Ni lagi segelas siapa punya?" Shahrol menyoal semula.

"Aku!"

Firdaus terpacak di belakang  dengan senyumannya.

"Jahanam kau! Bila kau balik?!" Jerkah Shahrol dalam kejutan.

"Rindukan aku?" Bahu Shahrol di peluknya. Begitu mesra keduanya.

"Aku balik lama dah..kau je yang tak balik-balik. Dah jumpa yang sebetulnyakah?" Soal Firdaus. Keningnya di jongket sinis.

Shahrol tersembur dengan ketawa besarnya.

"Takkan punyalah..mak aku bising sebab aku tolak pilihan hati dia. Adakah patut nak jodohkan aku dengan anak bilal? Tak endak aku. Aku ni dah la setan. Tak pasal-pasal ayah dia ruqyahkan aku. Hahahahaha..." Shahrol ketawa besar.

Firdaus menggeleng kepala bersama tawanya.

"Kau ada hal apa datang sini?" Soalnya.

"Mak kau la..cakap ada job. Aku datang la."

Firdaus mengalih pandangan ke arah Elina.

"Aku nak kau cari laki aku."Elina merenung tepat ke arah mata Shahrul.

"Aik? Laki kau hidup lagi?" Shahrul pelik.

"Dia hidup lagi. Cuma lumpuh saja. Hmm..boleh ke tak ni? Aku nak secepat yang boleh." Tekan Elina.

Shahrul mengangkat kening. Sinis pandangannya pada Elina. Faham sangat dengan perangai janda beranak dua,berlaki empat itu. Dato Sabri adalah suaminya yang ke empat selepas dia di ceraikan oleh Dato dari Sarawak.

Perkenalan Shahrul dan Elina bermula ketika Elina di langgan oleh Brader Jack,kepala dadah terbesar di Johor. Elina walaupun ketika itu masih bergelar isteri kepada Y.B Sahak, tetap melakukan kerja terkutuk itu. Baginya,apa saja yang mendatangkan duit dia akan lakukannya dengan rela. Termasuklah menjual tubuhnya. Hampir tiga bulan dia di langgan oleh Brader Jack sebelum dia meminta di naikkan harga lalu di humban ke longkang di hadapan rumah Y.B Sahak. Shahrul juga menjadi saksi Elina di ceraikan oleh Y.B Sahak pada malam itu juga. Dia jugalah yang membawa Elina ke Kedah untuk di serahkan pada anaknya sendiri,Firdaus. Ah,hidup mereka memang saling bersangkut-paut. Kadangkala Shahrul tergelak kecil mengenangkan apa yang terjadi pada Elina.

Baginya,Elina ada perempuan yang takkan pernah puas. Punya anak seawal umur empat belas tahun,kemudian hamil lagi pada umur enam belas tahun. Menjadi mangsa dera ayah tirinya. Hingga kini kehilangan ayah tirinya masih lagi misteri. Elina menjadi semakin bebas setelah ketiadaan ayah tirinya. Bersama anak-anaknya dia melangkah ke kota yang penuh tipu daya,Kuala Lumpur. Di situlah dia belajar menjadi perempuan simpanan bertaraf tinggi. Perkenalannya dengan Kelly kemudian membuatkan hidupnya semakin senang. Dia tahu cara melayan,dia tahu apa yang lelaki mahukan,bersama Kelly dia melangkah dengan niat mahu membesarkan anak-anaknya. Dunia kotornya di harungi dengan niat itu.

Mata KeraWhere stories live. Discover now