Kali ke dua.

1.2K 94 3
                                    

Tujuh bulan kemudian....

Si kecil sudah pandai duduk dan mula merangkak. Brahim begitu sayangkan anak lelakinya. Begitu juga kakak dan ibunya. Kasih sayang yang tak terhitung banyaknya di curahkan pada si kecil. Nama yang di pilih ialah Luqman. Qasidah begitu meminati nama Luqman sejak dari mengandungkan Dania lagi.

Dania pula semakin bersemangat setiap hari. Tidak sabar ingin pulang ke rumah sesudah habis masa persekolahan. Jika ayahnya terlambat dia akan berjalan kaki dahulu. Rindu jika berpisah lama.

Brahim juga semakin kurang menjenguk kebunnya. Masanya lebih banyak di habiskan untuk menjaga Luqman dan bermain dengannya. Sekali-sekala dia akan pergi ke kebun jika Tokey Ah Kiat mahu membeli pisang.

Kebun pisang masih seperti dahulu. Cuma semaknya semakin meninggi dan tidak kemas seperti dahulu sudah.

Keluarga itu hidup gembira. Khabar angin yang bertiup dahulu sudah hilang. Tiada lagi mendengar cerita King Kong kebun Pak Brahim. Qasidah pula masih dengan caranya dahulu. Kurang berkawan dengan Geng Leha. Lebih banyak masa di rumah. Baginya mulut orang memang susah hendak di tutup. Lama-kelamaan mereka akan penat sendiri. Cuma kebenarannya yang belum terungkap lagi buat masa sekarang. Dan keluarga Brahim masih menunggu akan kebenarannya.

➰➰➰

Bunyi motorsikal membingit membuatkan Zahidah merengus geram. Adiknya Doha memang melampau. Motorsikal ayah di tukar ekzosnya menjadi bising.

Zahidah menuju ke dapur mencari sesuatu. Dia mengambil besen dan mengisi air hingga penuh. Setelah itu dia menuang kicap dan garam sebanyak tiga sudu.

Padan muka kau lepas ni!

Marahnya dalam hati. Dengan perlahan-lahan dia membawa besen itu menuju ke tingkap.

SPLASH!!

"Kurang ajar!!! Hoi!" Marah Doha. Dia melangut ke atas.

SPLASH!!

"Woiiiii.....!!! Gila!" Marahnya lagi.

"Apa kau ingat aku je gila dalam rumah ni??? Kau tu lagi gila tau. Dok memekak dengan motor. Ingat telinga aku ni tersumbat ke,hah???" Zahidah menjegil geram. Merah mukanya.

"Air apa ni?? Pedih mata aku,woi." Matanya di gosok-gosok.

"Racun tikus!" Jerit Zahidah dan berlalu pergi.

Doha terbeliak.

"Matilah aku.."berlari-lari dia menuju ke paip di tepi tiang rumah. Membasuh muka semahu-mahunya.

"Kakak aku ni dah tak sayang aku agaknya. Sampai hati siram aku dengan racun tikus." Doha bersyahdu seorang diri.

Lambat-lambat dia menapak ke ampaian mencari baju yang sudah kering. Bajunya yang basah di ganti dengan baju baru. Doha kembali mendapatkan motorsikalnya. Di belek-belek untuk memastikan tidak terkena air racun tadi. Kering. Doha kelegaan.

Sekali hentak motor terus bergerak meninggalkan rumah berlot dua puluh tujuh itu.

Zahidah menghela nafas lega.

"Berambus pun. Baru la tenang sikit nak menulis." Zahidah kembali menaip novelnya. Sebagai penulis novel dia perlukan suasana yang tenang dan tidak bising untuk mendapat ilham. Dan dia beroleh ketenangan itu dengan caranya.

➰➰➰

Pukul 3 pagi...

Sarimah bangun awal pagi itu untuk menyiapkan tempahan karipap untuk majlis sekolah suaminya. Suaminya Marzuki seorang guru yang berasal dari tanah Sarawak. Tak di nafikan semasa mula-mula berkahwin dahulu dia agak kekok dalam pergaulan dengan saudara mara suaminya. Tapi berkat kesabarannya,Sarimah kini boleh bertutur dengan lancar bahasa Sarawak.

Mata KeraWhere stories live. Discover now