Kelu.

915 76 12
                                    

Hujan lebat masih mencurah-curah dari awan hitam. Angin kuat sesekali datang menyerang pertarungan yang sedang galak berlangsung. Bomoh Sudam masih tegak berdiri dengan baju guninya. Malam ini penentu hidup dan matinya. Ianya harus tamat malam ini. Sama ada kalah atau menang dia harus terima dengan rela. Benar telahannya selama ini. Kehadiran Letong bukan saja-saja. Ianya petanda bahawa tuannya masih hidup dan sedang memburu. Mangsa pertamanya ialah dirinya.!

Jubin dan Cendana masih berada di dalam kereta tidak jauh dari pagar rumah. Jubin tidak sanggup membiarkan Sudam seorang diri.

"Kenapa atok nak lawan dengan hantu tu,PakCik? Kenapa atok tak mahu lari?" Soalan dari Cendana di biarkan sepi. Sungguh dia tiada sebarang jawapan untuk soalan itu. Sebetulnya dia tidak boleh menjawab,kerna jawapan itu akan berkaitan dengan Cendana sendiri. Dia tidak mahu Cendana tahu kisah sebenar dalam keadaan ini. Sungguh dia belum bersedia.

Kcak,Krakkk! Dummm!

Sebatang pokok sebesar pemeluk dua lelaki dewasa yang gah berdiri tiba-tiba tumbang ke bumi. Betul-betul menimpa pagar rumah Bomoh itu. Jubin dan Cendana terpaku. Pandangan mereka terhalang.

"Ana tunggu sini. Pakcik nak tengok atok. Jangan buka pintu walau apa pun yang jadi. Faham?!"

Cendana mengangguk laju. Keluar saja tubuh Jubin terus pintu di kuncinya. Tubuhnya di bungkus dengan selimut yang di bawa Jubin.

⚘⚘⚘

"Sofi. Sofi? Hey...bangun-bangun. Sofi?" Bahu maknyah itu di goncang kuat. Mata yang terkejip-kejip tadi terbeliak tiba-tiba.

"Lucia! Lucia..!" Sofi bingkas bangun lalu berlari ke bilik Lucia. Benar apa yang di lihatnya tadi. Dia kembali terduduk.Akmal sedang membungkus tubuh Lucia dengan kain cadar hanya memandang sepi wajahnya. Sofi terduduk di depan pintu. Tubuhnya menggeletar. Bayangan bungkusan tuala menitik darah di kendong oleh Mira bermain semula. Dan paling mengerikan ialah senyuman Mira ketika itu. Sofi menutup mukanya.

"Tidakkkkk!!!" Dia meraung kuat sebelum pengsan semula.

⚘⚘⚘

Setelah keadaan kembali reda Mumy Kelly menghampiri Sofi. Maknyah itu kelihatan pucat dan hilang kata-kata. Mumy Kelly menjadi hairan. Entah apa yang di lihat oleh Sofi sebenarnya.

"Babe..you ok ke?" Bahu Sofi di sentuh lembut. Sofi masih seperti tadi. Berdiam diri,sesekali matanya meliar ke sekeliling tempat.

"I rasa I nak balik kampung. I tak nak mati kat sini. I banyak dosa,Kelly!" Sofi kembali teresak-esak. Wajahnya pucat. Tiada lagi solekan tebal di wajah,kuku yang bercat merah sudah di cuci hingga luntur. Sofi merasa jijik pada diri sendiri. Selama ini dia ketepikan rasa hamba dalam dirinya. Tapi sekarang dia merasakan dialah hamba yang paling hina dan jijik di mata Allah. Sofi insaf dengan kejadian yang di lihatnya.

"Sofi...I takkan halang pun kalau you nak pergi. I faham Sofi. Kalau you nak,I boleh hantarkan." Mumy Kelly memaut kemas jari jemari Sofi. Sudah tiba masanya dia melepaskan kawan karibnya itu.

Sofi menggeleng. Dia perlukan sedikit masa lagi.

"I nak stay dua tiga hari di hotel. I ada kerja nak buat. Nak settlekan apa yang patut barulah I balik kampung. You tak payah susah-susah,Kelly. Sekarang ni biarlah I yang usahakan sendiri hala tuju I. Dah sampai masanya I pergi." Sofi melepaskan genggaman tangan Mumy Kelly. Dia bangun melangkah ke arah bagasinya.

Mumy Kelly perasan Sofi tidak lagi mengenakan kasut tumit tingginya,tiada lagi kuku berkilat. Hanya seluar jeans dan baju t-shirt putih saja. Pandangannya jatuh pada rambut panjang Sofi. Mungkin keluar saja dari sini,Sofi akan memotong rambutnya. Mumy Kelly tersenyum rela.

"Sofi.!" Panggilnya.

Sofi berhenti melangkah lalu menoleh kebelakang.

"Kalau you perlukan pertolongan,I sentiasa ada untuk you,Sofi."katanya.

"Thank,Babe. I pergi dulu." Sofi melangkah tidak menoleh lagi. Mumy Kelly di serbu sebak dan air mata. Akhirnya jiwa tabahnya kalah juga dengan pemergian Sofi.

"I hope you happy,Sofi. I love you more than just friend. I love you as man in my heart. Love you forever,Safuan Azril."

Penanya menari pada tarikh empat belas Julai bersama deraian air mata. Sungguh dia rela,tapi hatinya tidak sanggup berpisah. Mumy Kelly menangis semahu-mahunya. Tiada lagi Sofinya selepas ini.

⚘⚘⚘

Nun di hujung kampung pertarungan di antara Bomoh Sudam dan Letong masih galak berlangsung. Serangan dari Letong kian tidak terbalas. Bomoh Sudam cedera teruk,darah bercampur air hujan mengalir di tubuh turun ke tanah. Selagi tenaganya ada dia akan melawan hingga nyawa putus. Jubin memerhati penuh risau di tepi runtuhan pokok. Ingin mencelah sudah di larang keras. Akhirnya dia hanya berharap agar Letong tewas dalam pertarungan ini.

"Pergi!" Tiba-tiba saja Bomoh Sudam menolak tubuhnya agar menjauh. Sebiji bebola api sebesar buah kelapa melayang laju menghentam belakang Bomoh Sudam. Si tua terpelanting ke beranda rumah. Jubin yang tersungkur akibat tolakan tadi terpaku di tanah. Tubuh Bomoh Sudam terbakar di beranda rumah. Apa saja yang di pegangnya terbakar bersama. Menggeletar tubuh Jubin di tanah. Raungan dari Bomoh tua berselang seli dalam lebatnya hujan. Pemandangan yang sungguh mengerikan pada mata Jubin. Rumah milik mereka semakin marak dengan api.

"Sudam! Sudam...!" Jeritnya. Terketar-ketar Jubin di hadapan rumah yang semakin hangus terbakar. Tubuh Bomoh tua masih lagi bergerak-gerak cuba memadam api yang melekat di tubuhnya. Tidak lama kemudian tubuh itu kaku dalam keadaan mengerekot keras. Jubin terduduk,terdiam seribu bahasa,tubuhnya menggeletar hebat. Lemah segala urat sendinya ketika ini.

"Allahu Akhbar."tanpa sedar kalimah itu terbit secara tiba-tiba di bibirnya. Jubin terkejut. Kalimah apa itu? Di mana dia mendengarnya? Ya,itu adalah kalimah dari azan yang selalu di laungkan,yang selalu di dengarinya setiap hari.

"Allahu Akhbar,Allahu Akhbar!" Jubin tidak tahu apa yang membuatkannya melaungkan azan ketika ini. Segalanya berlaku secara tiba-tiba. Bagaikan di kawal sesuatu. Selesai melaungkan azan dia segera mendapatkan Cendana.

"Mana atok?" Soalan dari Cendana di biarkan sepi. Matanya masih melekat pada rumah yang terbakar.

"Atok dah tak ada. Kita terpaksa pergi." Kata Jubin. Kemana mereka selepas ini biarlah Kuasa Tuhan yang menentukannya. Jubin seperti mendapat satu perasaan baru. Rasa seseorang yang punya penggantungan yang tetap. Rasa bertuhan.

⚘⚘⚘


Mata KeraWhere stories live. Discover now