Hidup Baru.

890 80 1
                                    

Hotel Primier agak sibuk ketika ini. Perkerjanya ke hulu ke hilir melayan tetamu. Memang kebiasaannya begitu di hujung tahun. Pelancongnya lebih banyak dari biasa. Mira hanya duduk bersandar di sebuah kerusi baldu merah. Matanya leka memerhati kesibukan itu.

"Hai."

Mira tersentak. Bahunya di sentuh lembut dari belakang.

"Hai.."balas Mira semula. Wajahnya di maniskan sebaik mungkin. Dia dapat menangkap jelingan ibu ayamnya tidak jauh dari tempat dia duduk.

"Awak Mira?" Lelaki yang berumur empat puluhan di hadapannya sudah beberapa kali menelan air liur melihat tubuh mugil Mira.

Mira mengangguk bersama senyuman yang paling menawan. Inilah pelanggan yang di tunggu-tunggu dari tadi. Dia bingkas bangun lalu berjalan beriringannya. Lengan lelaki itu di paut mesra. Nun di sebalik tiang,Mommy Kelly mengangkat ibu jarinya pada Mira. Mira mengangguk faham.

Inilah jalan yang di pilihnya mulai saat ini. Ini saja cara untuk dia dapat membalas dendam pada Amin. Dia sedang merangka sesuatu yang lebih baik dan lebih kejam untuk Amin. Mira tahu Raziq akan kecewa dengannya. Tapi dia juga sedar,dia tidak layak untuk lelaki itu.

⚘⚘⚘

"Brahim bin Sabri,aku nikahkan dikau dengan Qhasidah binti Zamarul dengan mas kahwinnya tujuh puluh ringgit tunai.." tapak tangan pengantin lelaki di henjut sedikit.

"Aku terima nikahnya Qhasidah binti Zamarul dengan mas kahwinnya tujuh puluh ringgit tunai." Balas Brahim.

Imam dan dua wakil di kiri kanannya mengangguk setuju. Barulah tapak tangan Brahim di lepaskan dengan lafaz Alhamdulillah. Semua yang menyaksikannya turut berasa lega.

Brahim mengesot sedikit menghadap Qhasidah. Wajah itu di pandang sekilas. Jantungnya berdegup laju. Dia cuba bertenang sebaik mungkin.

"Ini cincinnya." Saidah menyurung sebentuk cincin pada Brahim.

Saat Qhasidah menghulurkan tangannya,Brahim dapat melihat jari jemari itu bergetar menahan debaran. Dia juga sama. Cincin di pegang sekuat mungkin. Bimbang terjatuh pula.

"Jari manislah,Brahim. Yang kau sarung jari hantu tu buat apa.."Saidah menepuk tangan Brahim.

Brahim tersengeh malu. Qhasidah juga tersipu-sipu malu. Merah wajahnya,terasa tebal kulit mukanya menahan malu.

"Menggelabah sangatlah tu..bawa bertenang." Usik Nordin. Brahim menjeling geram. Matanya jatuh pada wajah ibunya yang sedang tersenyum di atas kerusi roda. Air matanya bertakung serta merta. Sebak dan gembira kerana ibunya dapat hadir di hari perkahwinannya.

"Alhamdulillah..selamat pun.." Saidah meraup muka. Lega hatinya hanya Tuhan saja yang tahu. Sebaik saja Qhasidah keluar dari hospital hatinya selalu risau. Sudah makankah dia? Sihatkah dia? Gembirakah dia? Dia rasa begitu bertanggung jawab ke atas Qhasidah. Sayangnya pada Qhasidah sudah seperti adiknya sendiri. Dan bila Brahim datang menyatakan hajat untuk memperisterikan Qhasidah, dialah yang paling gembira. Menangis kegembiraan dia di hadapan Brahim. Terasa segala beban yang di pikulnya selama ini hilang begitu saja. Dia kenal Brahim siapa. Doanya termakbul akhirnya.

⚘⚘⚘

Selesai sudah majlis perkahwinan di antara Brahim dan Qhasidah. Nordin menolak kerusi roda ibunya menuju ke bilik. Ibunya mengadu sakit belakang sejak tengahari tadi. Kini sakitnya kian menyucuk. Perlahan-lahan tubuh ibunya di baringkan ke atas tilam.

"Mak nak apa-apa lagi? Din ambilkan?" Betis ibunya di picit lembut.

Ibunya menggeleng lemah. Namun senyuman tak pernah pudar.

"Ibu nak Din ambilkan calon menantu ke dua ibu boleh?" Usik ibunya. Nordin ternganga.

"Uish..sapalah yang nak kat Din ni mak..muka tak hensem. Pendek pulak tu. Humm.."bibirnya di juihkan.

Ibunya tersenyum lucu.

"Ada..Din tu yang tak perasan..cuba Din perati orang sekeliling Din..siapa yang selalu tertunggu-tunggu Din waktu Din balik kampung? "

"Mak ni...dia dah kahwinlah,mak..Din sendiri yang pergi kenduri kahwin dia.."Nordin tahu siapa yang di maksudkan oleh ibunya.

"Alah...kawan dia kan banyak.." ibunya masih lagi mengusik.

Nordin menggeleng kepala.

"Tak nak. Din nak jaga mak. Din tak mahu kahwin dulu. Din nak jaga mak sampai mak sihat. Lepastu Din bawa mak pergi pusing-pusing dunia. Baru Din nak kahwin." Kata Nordin.

Ibunya ketawa kecil.

"Kalau macam tu mak kena hidup lagi tiga puluh tahunlah,ya? Hahahaha.."

"Ehh..mestilah.." sahut Nordin.

⚘⚘⚘

Suasana yang gembira siang tadi kini bertukat suram. Ibu Brahim semakin tenat di pembaringan. Bibirnya tak henti-henti menyebut nama Allah. Sesekali dia terbatuk kuat berserta darah yang tersembur. Pilu hati sesiapa saja yang melihatnya. Nordin,Brahim dan Qhasidah tidak sesekali pun meninggalkan bilik itu. Bacaan Yasin sentiasa berkumandang.

Di luar,Pak Nasir dan Saidah masih berusaha menelefon Elina. Panggilannya sengaja di matikan. Pak Nasir menggeleng kepala. Wajahnya hampa. Sanggup Elina memperlakukan madunya sebegini. Besar dosa Elina pada Zaimah.

"Pak Lang."Nordin memanggil dari pintu bilik.

Cepat-cepat Pak Nasir menghampiri.

"Mak nak cakap dengan Pak Lang." Kata Nordin.

Pak Nasir mengangguk lalu segera masuk. Nordin,Brahim dan Qhasidah memberi laluan padanya. Mereka bertiga menunggu di luar bilik.

Brahim menyeka air matanya. Terlalu sedih melihat keadaan ibunya ketika ini. Hasrat ibunya untuk bertemu ayahnya buat kali terakhir tidak dapat di tunaikan. Semuanya kerana ke angkuhan Elina. Brahim memandang keadaan sekeliking. Baru sebentar tadi suasana gembira berlaku di dalam rumah itu dan kini? Sekelip mata ianya bertukar hiba.

"Brahim! Din!" Laung Pak Nasir dari dalam bilik. Nordin dan Brahim menerpa masuk. Dada ibunya sudah naik meninggi. Ada lelehan darah di tepi bibirnya. Brahim lantas memangku kepala ibunya,di bisikkan kalimah suci di telinga agar ibunya bisa mengikuti.

"Allah.."lemah sebutannya lalu di akhiri dengan tubuh yang melonglai. Brahim menangis hiba. Kepala ibunya di peluk erat. Nordin juga turut menangis. Seluruh rumah bertukar pilu. Tangisan menghiasi setiap genap. Saidah rebah di hadapan pintu bilik,Qhasidah yang menangis di sisi Brahim. Nordin yang sedang memeluk kaki ibunya. Semuanya di buru tangisan.

Zaimah telah pergi,memulakan hidup barunya nun di alam sana.  Mira,Qhasidah dan Zaimah,ketiga-tiga mereka sudah bersedia.

Mata KeraWhere stories live. Discover now