Berani.

1.2K 89 7
                                    

Badrul terpaksa bangun awal pagi ini. Kedai ibunya menerima tempahan dari Hotel Black&White untuk tiga hari. Fatimah tersenyum gembira. Masuk ini sudah lima kali dia menjadi pilihan hotel itu. Rezeki orang pandai memasak katanya.

Badrul pula mengeluh tak sudah-sudah. Sabtu dan ahad adalah hari bercuti buat semua pekerja termasuk dirinya. Tapi pagi-pagi sabtu lagi dia sudah terpacak dia hadapan pasar basah. Bengkak hatinya. Janjinya dengan kawan-kawan terpaksa di batalkan. Ada yang mengeluh,ada yang tergelak.

"Ada hikmah juga kau terlanggar tangga rumah tu. Hahahahahah..." semua turut ketawa.

Badrul nekad. Semua ini akan berakhir isnin ini. Nak jadi apa pun jadilah. Yang penting dia punya masa untuk zaman solonya.

"Termenung apa lagi tu? Bawak ni.!" Fatimah menepuk plastik yang sarat dengan cili padi itu.

Badrul menghentak kaki beberapa kali. Tergelak Tokey Ah Kiat melihat olah kebudak-budakannya.

"Haiya lu anak..banyak sakit hati oo..hahahahah..." Ah Kiat ketawa hingga merah mukanya.

Badrul menjeling geram.

Macam tahu-tahu je apa aku rasa...huhu

Badrul meletakkan plastik cili padi ke dalam troli ibunya. Dia menolak troli membontoti ibunya.

"Mak,jangan over sangat melenggang tu. Boleh berdarah hidung apek tengok." Badrul mencebik.

"Eh, suka hati la...punggung aku. Timah dangdut ok...!" Fatimah menampar punggung sambil menjeling ke arah Badrul.

Gila.! Patut la Pak Yunos boleh gila bayang. Eee..geli!

Badrul tergeletik kegelian. Troli berisi sayur di tolak perlahan mengikut langkah kaki ibunya.

➰➰➰

"Semangat yang kau seru terlalu kuat. Aku tak mampu untuk menjaganya. Dia aku kembalikan pada tempat asalnya. Jika kau mahu,cari saja bomoh lain.!" Telur puyuh di baling tepat ke lutut tetamunya.

"Tapi..saya perlukan dia tok. Takkan tok tak boleh tolong? Kata bomoh sumatra yang paling hebat?"

"Heh! Kau memang degil. Degil yang membawa padah ini selalunya rugi aja yang di perolehnya. Aku tidak mampu. Aku belum cukup kuat untuk mencarinya. Kalau seorang dua aku bisa nolong. Tapi ini? Sekampung? Apa gila?" Marah Tok Bomoh.

"Hermmh! Kalau macam tu saya balik dululah. Tak da la hebat mana pun!" Dia bangun setelah menghulurkan dua keping not lima puluh ringgit.

"Terima kasih aja. Aku tidak bisa menolongmu. Jadi aku tidak pantas menerima bayarannya. Ambil kembali wang mu ini." Tok Bomoh Sumatra menghulur kembali not dua keping itu.

"Tak pa lah,Tok. Saya sedekah je pada Tok. Anggaplah ni buat bayar masa Tok yang di sia-siakan oleh saya tu. Saya pergi dulu." Tetamu itu pulang dengan hati yang kecewa.

"Kalau itu mahunya. Hahahaha..." duit di cium berkali-kali. Tok Bomoh ketawa besar seorang diri.

➰➰➰

Bulan mengambang bulat bersinar. Badrul masih lagi di bawah rumah. Mencuci periuk besar yang di gunakan petang tadi. Fatimah pula sibuk mengupas bawang bersama beberapa pekerjanya di dapur. Sesekali terdengar bunyi ibunya melatah di atas. Badrul memuncungkan bibir. Sakit hatinya.

"Haduii.....apalah nasib abang ni,Zura." Badrul suka menganggap dirinya kekasih Fazura. Poster Fazura yang tersenyum manis di lekatkan di tepi katil. Agar setiap paginya semanis senyuman itu. Tapi Badrul jarang bangun pagi sebenarnya.

"Cerahnya bulan malam ni...cantik.." tangannya berhenti menggosok sisa kari di tepi periuk. Terpesona dengan indahnya ciptaan Tuhan itu.

"Cantikkan,Zura?" Nama Fazura juga yang meniti di bibirnya. Badrul mula berangan-angan.

BUK!

"Hah?" Badrul terkejut. Dia terseret tidak jauh dari periuk karinya. Terpinga-pinga dia sebentar.

"Siapa tu?" Badrul berpusing-pusing memerhati ke sekelilingnya. Bawah rumah itu kosong. Hanya dirinya sahaja.

"Apahal main sepak curi ni?!" Marah Badrul.

"Tak guna!" Paip air di buka kuat dan di sembur ke sekeliling kawasannya.

"Ambik kau.!" Berpusing-pusing dia dengan pili paip.

BUK!

"Ergh! Uhuk-uhuk!" Badrul terbatuk-batuk sambik memegang perutnya. Senak kena penumbuk asing.

"Woi...apa ni? Tunjuk muka la kalau berani!" Marah Badrul.

"Herhmmmm...." suara menderam tiba-tiba timbul di belakang Badrul.

Badrul tidak segera menoleh. Dia tahu apa yang bakal di lihatnya itu bukanlah sesuatu yang cantik. Perlahan-lahan dia bangun berjalan ke tangga.

"Hmmh...aku tak kacau kau aku tak pernah kacau kau kenapa kau ikut aku?Pergi balik ke kebun Pak Brahim tu. Aku tak rela kau ikut aku!" Badrul memegang kepala tangga sekuat hati. Jari yang terketar-ketar di genggam kuat.

PLANG! KTONG!

Sebiji periuk besar tergolek lalu terkena pahanya. Badrul terkejut lalu melompat.

"Woi!! Periuk mak aku ni!! Kau nak cari pasal dengan mak aku ke,hah? Dah berani sangat ke?!" Marah Badrul. Hilang takutnya.

"Heaaaarh...!" Lembaga hitam sebesar  gorilla menjerit sama.

"Apasal kau ikut aku? Kau nak apa?? Aku tak kacau pun hidup kau!" Jerkah Badrul.

➰➰➰

Fatimah dan pekerjanya menjadi hairan mendengar suara Badrul yang terjerit-jerit di bawah rumah.

"Dia buat perangai dah la tu. Pemalas!" Fatimah bangun meninggalkan pekerjanya.

"Sambung kerja. Aku nak turun jap." Kata Fatimah.

"Badrul? Kau dah kenapa terjerit-jerit tengah malam ni?" Fatimah menjenguk ke tingkap.

"Mak,king kong mak!" Badrul menunjuk ke arah tiang rumahnya.

Fatimah terkejut sakan. Berlari-lari dia keluar rumah.

"Dia baling periuk mahal mak ni tadi."tunjuk Badrul.

"Kurang ajar kau,eh? Siapa hantar kau?!" Jerkah Fatimah.

"Herh!" Makhluk berbulu itu menghentak tanah.

"Siapa hantar kau?!" Soal Fatimah lagi. Sedikit pun tidak takut. Sepanjang lima belas tahun dia berniga sudah bermacam-macam wajah yang di lihatnya. Makhluk ini sudah tidak menakutkan lagi baginya.

"Pergi balik kat Tuan kau...bagi tahu dia..kalau berani sangat mari sini! Bertentang mata dengan aku! Datang kedai aku. Cakap depan-depan. Tak perlu hantar kau. Tak da maknanya. !" Fatimah mencapai periuk besarnya.

"Herghhhhh!!!" Makhluk itu menjerit tiba-tiba.

"Pergi balik! Allahu Akhbar!" Periuk dia tangan di hayun tepat ke arah makhluk berbulu itu.

"Tahu takut."kata Fatimah sebaik sahaja makhluk itu hilang.

"Eeee...mak..apa bau tahi ni?" Ruang bawah rumah di penuhi bau najis. Badrul dan Fatimah terpaksa menutup hidung.

"Sudah. Mari naik. Esok je sambung baauh."tangan anaknya di tarik naik ke rumah.

Mata KeraWhere stories live. Discover now