Bongkar

899 76 2
                                    

Qhasidah lebih banyak termenung sekarang ini. Rumah yang besar terasa begitu sunyi sekali. Mira? Entah hidup atau tidak di biliknya,malas Qhasidah hendak peduli. Saidah dan Pak Nasir sahaja yang selalu datang menziarahinya bersama anak-anak mereka. Qhasidah melirik ke arah tingkap bilik Mira. Tergerak hatinya untuk menyelongkar bilik Mira,tapi bimbang pula jika Mira mengamuk dengannya.

"Nasi ni tak di jamah pun? Dah basi ni."

Teringat Qhasidah tentang hal kelmarin. Mira langsung tidak menjamah sebarang makanan yang di letakkan di hadapan pintu biliknya. Entah kenapa agaknya? Jangan-jangan Mira demam? Qhasidah mula terfikir yang bukan-bukan. Dia melangkah ke belakang rumah mencari Pak Nasir.

"Pak Nasir?" Panggil Qhasidah pada lelaki yang berumur empat puluhan itu.

Cangkulnya di sandarkan pada dinding. Mereka berdua melangkah masuk ke dalam rumah.

"Eh,tak apa ke kita buat macam ni? Entah-entah dia demam." Kata Pak Nasir. Bimbang juga di buatnya.

"Demam apa sampai dua hari tak jamah nasi? Mati agaknya." Sahut Qhasidah.

Pak Nasir terkejut mendengarnya. Mungkin Qhasidah terlalu marah agaknya.

"Mira?" Pintu bilik Mira di buka dengan kunci pendua. Perlahan-lahan pintu bilik di tolak. Suasana yang gelap dah berbau hapak mengerutkan dahi mereka berdua. Laju saja tangan Qhasidah mencari suis lampu.

Tap!

"Ya Allah.....!" Terbeliak mereka berdua melihat keadaan bilik Mira. Baju-baju kotor di longgok hujung bilik. Bungkus-bungkus makanan segera penuh di tepi katil. Keadaan yang sangat bersepah di tambah bau hapak,masam dan busuk di serata tempat. Pak Nasir menjenguk pula ke dalam tandas di hujung bilik.

"Allahu Akhbar! Dah!" Panggil Pal Nasir.

Qhasidah terpaksa mengelak longgokan baju kotor milik Mira di tepi dinding untuk sampai ke pintu tandas.

"Ya Allah. Apa yang kau dah buat Mira?" Terasa lemah lututnya melihat keadaan tandas itu. Pad berisi darah kotor berterabur di atas lantai. Ada yang terburai isinya, plastik-plastik kuning tertulis Hospital Sungai Buloh penuh di bawah singki. Sungguh meloyakan tekak. Ada titisan darah di lantai tandas.

"Apa yang kau dah buat,Mira?" Qhasidah terpaksa keluar dari bilik itu. Tekaknya loya. Dia menangis di tangga. Pak Nasir masih lagi berada di dalam bilik Mira.

"Dah,Pak Nasir rasa kita kena panggil Ustaz ni. Pak Nasir jumpa benda ni kat bawah katil dia. Ni orang guna untuk simpan belaan." Botol kaca sebesar tapak tangan dan sebungkus kain hitam di tunjukkan pada Qhasidah.

"Sekarangkah?" Soal Qhasidah.

"Lebih baik sekarang sementara Mira tidak ada di sini."jawab Pak Nasir.

Qhasidah mengangguk lalu turun ke bawah. Buku talifon milik ibunya di buka pantas. Nombor talifon milik Ustaz Bahrain di dail penuh debaran.

"Macam mana?" Soal Pak Nasir sebaik sahaja panggilan di matikan.

"Sekejap lagi ustaz datang,Pak Nasir." Jawab Qhasidah. Mereka berdua duduk menunggu di luar rumah. Perasaan keduanya sudah bertukar lain setelah membongkar bilik Mira.

"Apa yang dah jadi pada adik saya,Pak Nasir? Apa yang kami terlepas pandang selama ni? Apa yang Mira buat selama ni,Pak Nasir? Allahu Akhbar...Mira...apa yang kau dah buat Mira..." Qhasidah mengongoi kesedihan di pintu rumah.

Pak Nasir hanya mampu menyuruhnya bersabar. Tiada ayat lain juga yang sesuai ketika ini selain perkataan sabar.

⚘⚘⚘

"Kita bersihkan dahulu bilik ini,barulah kita boleh bacakan ayat suci." Kata-kata Ustaz Bahrain di sambut anggukan oleh Pak Nasir dan Qhasidah.

"Him,mari.!" Laung Pak Nasir pada anak buahnya yang sedang berdiri di luar rumah.

Brahim melangkah masuk dengan bacaan Bismillah. Entah kenapa bulu romanya tegak berdiri saat dia terpandangkan tingkap bilik Mira.

Qhasidah dan Brahim terkejut sebaik sahaja bertentang mata.

"Ek-hem!" Pak Nasir mengangkat kening. Qhasidah dan Brahim cepat-cepat menggeleng kepala.

"Cepat siap cepat rehat."kata Pak Nasir.

⚘⚘⚘

"Eh, hidup lagi ni!" Akmal terundur beberapa langkah ke belakang. Balutan selimut bergerak-gerak.

"To-long aku." Lemah suara Mira meminta tolong.

"Mal!"

"Sini!" Balas Akmal. Seorang lelaki dengan beg galas besar turun ke curam tempat Akmal terjatuh. Tergamam sebentar dia di situ.

"Mayat,Mal?"

"Ish, hidup lagilah..baru tadi dia minta tolong."balas Akmal.

"Macam mana ni? Nak naik atas pun dah nak gelap ni. Kau ada bawa kit kecemasan tak?" Soal Akmal.

Raziq menyelongkar beg galasnya. Sebuah kotak putih di hulurkan pada Akmal.

"Cepat tolong aku."kata Akmal. Bakutan selimut di tubuh Mira di buka pantas. Semakin terkejut mereka bila melihat tubuh Mira yang lencun dengan darah. Bau hanyir menerobos ke lubang hidung mereka.

"Apa dah jadi pada kau sebenarnya?" Perlahan sahaja suara Akmal. Tangannya pantas memeriksa tubuh Mira.

"Banyaknya darah.."Raziq menggeleng kepala melihat darah yang tak berhenti keluar dari celah kangkang Mira.

"Cik? Cik?" Pipi Mira di tepuk berkali-kali. Mira tidak memberi sebarang tindak balas.

"Kita kena bawa dia ke kampung sana. Aku rasa ada benda tak elok dah jadi kat dia ni. Nampak macam keguguran ni. Darah tak berhenti keluar." Raziq memberi cadangan.

"Macam mana nak naikkan dia atas tu? Cuba kau fikir?" Raziq mendongak ke atas. Betul. Mereka di dalam lubang besar dan susah untuk naik ke atas dengan keadaan sekarang.

"Hujan?" Akmal memandang ke langit.

"Kalau hujan lagi bahaya. Sini tempat air bertakung. Kita kena cepat,Mal." Raziq sedikit bertegas.

"Macam ni. Kau balut semula dia ni. Balut kemas-kemas. Aku naik dulu nanti aku hulur tali. Kita tarik guna tali ja. Dah tak ada cara lain." Raziq mula memanjat ke atas.

Akmal membalut semula tubuh Mira dengan selimut tebal tadi. Kali ini lebih ketat lagi balutannya.

⚘⚘⚘

"Adik Cik ni dah menuntut ilmu hitam. Mujurlah cepat di ketahui. Ini semua barang-barang kotor untuk makanan belaannya. Boleh di bakar nanti." Bungkusan hitam sebanyak tiga bungkus berisi bahan kotor dari bilik Mira di susun di luar rumah. Sebentar tadi rumah besar itu di kejutkan dengan raungan suara garau  sebaik sahaja bilik Mira di pagarkan. Qhasidah hanya mampu mengucap mendengar penjelas dari Ustaz Bahrain. Tak sangka adiknya akan jadi sebegitu sekali. Dan yang paling memilukan ada penemuan alat ujian kehamilan. Qhasidah begitu terkejut. Adiknya hamil tanpa mereka sedari. Terduduk Qhasidah,menggeletar tangannya. Sakit hati,sedih,geram semuanya bersatu saat itu.

"Boleh saya tahu di mana adik,Cik?" Soal Ustaz Bahrain.

"Kami tak tahu,Ustaz."jawab Pak Nasir.

"Bahaya ni kalau tak di sempurnakan. Rumah ini sudah saya pagarkan. Adik Cik perlu di bantu. Dia perlu di ruqyah." Sambung Ustaz Bahrain lagi.

Pak Nasir berpandangan bersama Qhasidah. Keduanya diam membisu sama-sama.

"Saya tak tahu bila dia keluar. Tiba dah hilang. Kami pun tak tahu bila dia bawa semua benda-benda tu masuk dalam rumah. Tak pernah langsung keluar waktu siang. Tu yang kami hairan,Ustaz. Tak tahu bila masanya." Jelas Qhasidah.

Ustaz Bahrain mengangguk faham. Hatinya manjadi tidak senang selagi kerjanya tidak selesai. Ada sesuatu yang tak kena pada fikirannya.

⚘⚘⚘

Mata KeraWhere stories live. Discover now