Prolog

5.6K 191 31
                                    

Arlisya Firdaus melihat sekeliling sambil melangkah turun dari bas sewa. Dia kagum melihat stadium yang tersergam indah di hujung kawasan sekolah itu. Yelah, sekolahnya tak ada stadium, dan padang pun tak sebesar mana walaupun sekolah itu sekolah persendirian.

Rasa kagum sangat sebab sekolah ni dalam pekan yang kecil tapi mampu dirikan stadium yang besar. Itulah namanya pepatah orang Inggeris. Don't judge a book by its cover.

Jap betulkan?

Langkahnya dibawa ke kawasan sekolah itu. Bukan dia saja yang nampak terpegun, malah kawan-kawannya yang lain pun sama.

"Coach, bila sekolah kita nak ada stadium macam ni?" tanya Iqmal, muda setahun dari aku. Tapi perangai dia... langsung tak kisah Arlisya Firdaus merupakan seniornya. Kadang-kadang dia sendiri rimas dengan lelaki itu. Tapi nak buat macam mana, sudah berbuih mulut Taufiq melarang lelaki itu daripada mengusik tentang ketinggiannya, tak juga mamat tu dengar. Taulah Arlisya Firdaus lagi pendek dari dia.

Oh ya, nak tahu apa coach jawab?

Dia tak jawab apa-apapun. Sebaliknya dia luku kepala Iqmal. Semua orang di situ ketawa melihat reaksi jurulatih mereka. Padahnya tanya soalan merepek!

Okay takdelah merepek mana.

Semua pasukan bola sepak itu masuk ke dalam bilik persalinan yang disediakan kecuali Arlisya Firdaus. Dia lari mencari tandas. Dia masih waras lagi untuk tidak masuk ke bilik persalinan lelaki, meskipun semua tidak percaya dia dilahirkan sebagai seorang perempuan. Dia memang sudah siap memakai baju pasukan bola sepak disebabkan tidak mahu masuk bilik persalinan.

Cerita pasal macam mana gadis ini boleh terlibat dalam bola sepak, nanti boleh cerita. Relaks, ni baru prolog.

Arlisya Firdaus mencari-cari tandas perempuan kerana terasa ingin membuang air kecil. Jumpa saja lambang orang lidi memakai gaun(?), dia segera menghampiri. Sempat menjenguk dari luar sebelum melangkah masuk, ingin memastikan tiada sesiapa dalam tandas itu.

Selesai melepaskan hajat, cepat-cepat dia keluar sebelum ada yang perasan. Dia menyertai rakan sepasukannya yang duduk di barisan kerusi paling hadapan. Sebelah kanan merupakan pihak lawan merangkap pelajar dari sekolah ini. Arlisya Firdaus memanjangkan leher melihat wajah-wajah yang akan berlawan main bola sepak dengan mereka. Saja nak tengok hebat mana diorang tu.

Matanya tertancap pada dua orang pemain yang hanya mereka saja memakai seluar lebih labuh dan menutup bahagian lutut macam dirinya dan Taufiq. Kedua-duanya berwajah... boleh tahan kacak. Mereka berdua sedang berbual, salah seorang dari mereka makan roti krim Gardenia dan seorang lagi minum air.

Tepukan di bahu kiri menyedarkan gadis itu yang sedang leka meng'usyar' dua orang lelaki itu. Kepalanya terus berpaling.

"Duk mengusyar saja kan kerja kau?" Tanya Taufik dengan senyuman mengusik.

Arlisya Firdaus tidak bersuara tetapi kembali memandang lelaki tadi.

"Kau nak tau tu siapa? Yang tengah duduk minum air tu, kapten diorang. Namanya Hazim. Dia tulah sasaran kita sebab dia paling hebat antara pemain hebat yang lain. Dia pantas dan hebat bersukan. Aku pernah cerita kan pasal dia pecah rekod larian dalam negeri ni?"

Arlisya Firdaus memandang Taufiq dengan wajah tidak percaya. Matanya yang sudah sedia berbentuk bukat dan besar itu dibesarkan lagi. Mamat tu ke? Alamak, kenapa mesti dia sehensem ini? Dan kenapa mesti dia menjadi pihak lawan aku?

Dengan ini, harapan cinta Arlisya Firdaus punah!

"Coach kata, dia tak kisah kita menang ke tidak sebab kita dah penat sampai ke tahap ni. Dia kata tak mustahil kita boleh menang tapi sebab ada si Hazim tu, kebarangkalian nak menang tu dalam 50-50 je," terang lelaki itu lagi.

TIH 2 : Broken LandWhere stories live. Discover now