Bab 16 : Kekeliruan dan Rasa Ingin Tahu

1.4K 105 1
                                    

Arlisya Firdaus membuka matanya perlahan-lahan. Sekelilingnya berwarna putih. Tiada warna lain pun selain putih. Dia memandang tubuhnya yang tersarung pakaian sama dengan pakaian yang dipakai sewaktu bertarung dengan dralion. Cuma ditambah satu tompok merah pada sisi kanan tubuhnya. Rasa pelik menyerbu minda apabila tiada rasa sakit pun pada kawasan itu.

Gadis itu berdiri. Kakinya bergerak, berpusing 360 darjah. Memerhati sekelilingnya yang kosong tiada apa-apa. Macam filem adaptasi buku J.K Rowling, Harry Potter. Yang mana satu, dia tak ingat.

Sekurang-kurangnya cerita Harry Potter ada kerusi dan nampak seperti stesen kereta api, tapi situasinya berlainan. Tiada apa pun di sini. Umpama berada di dalam satu bilik kosong yang tiada pintu dan tingkap.

"Helo? Aku kat mana ni?" Suaranya bergema di segenap ruang.

"Ada sesiapa kat sini?"

Tiada sahutan.

"Aku nak baliklah! Tolonglah!"

Rasa sebak tak semena-mena berkunjung. Wajah keluarga yang sudah diingati terimbas di fikiran. Aku nak balik, mak, ayah, Taufiq, Rissa. Tolong...

Arlisya Firdaus terduduk kembali. Tangannya memeluk lutut. Wajah disembam pada kepala lutut. Tanpa menunggu, air mata jatuh dengan lebat seperti awan yang menangis.

"Aku nak balik ke dunia aku... Ya Allah... Tolonglaa!" rintih gadis itu lagi.

"Kau boleh balik tapi dengan syarat."

Tersentak Arlisya Firdaus mendengar suara itu. Dia angkat wajah. Sekujur tubuh berada di hadapannya. Tak lama kemudian, datang lagi beberapa orang mendekati.

"Siapa kau orang?" Air mata yang turun lebat tadi lekas dihapus.

"Kami orang terawal menjejak Broken Land yang sudah meninggal dunia. Kau, Arlisya Firdaus dari dunia lain, kan? Kau boleh pulang ke dunia kau, tapi dengan syarat kau tutup mulut pasal semua benda yang terjadi di sini. Atau kami yang akan hapuskan ingatan kau."

Arlisya Firdaus mengerutkan kening. Dia bertanya, "Macam mana kau tahu nama aku?"

"Itu tidak penting."

"Satu lagi syarat, kau harus berjanji ubah diri kau ke arah lebih baik selepas pulang ke dunia kau. Hmm... Mungkin belajar jadi muslimah yang sejati?" kata seorang daripada mereka menyambung kata-kata ahli sihir tadi.

Arlisya Firdaus perasan ada di antara mereka yang seperti Ozy, Datuk Brin dan ahli sihir seperti Peach dan Red. Ada juga yang merupakan manusia, orang lidi dan sang pari-pari seperti Bell.

Orang lidi? Seriuslah...

"Ya, benar kata dia."

Arlisya Firdaus angguk. "Tapi aku ada satu lagi tugasan selepas tugasan dralion itu selesai kan? Macam mana kalau aku mati lagi sekali?"

"Jangan risau, tugasan ketiga tidak perlu untuk kau bertarung." kata si manusia dengan senyuman di bibir.

"Kejap banyak soalan aku sebenarnya, kenapa pari-pari tamak?"

"Arlisya Firdaus, kekeliruan seperti itu tidak penting. Kadang-kadang sesuatu perkara itu lebih baik jika kita tidak tahu."

"Oh." Kecewa gadis itu.

"Arlisya Firdaus, Zim baik-baik saja?" tanya seorang manusia wanita.

Arlisya Firdaus memandang wanita itu. Ini... Mak Zim ke?

Wanita itu senyum segaris lalu mengangguk seakan-akan tahu apa yang berlegar di fikiran gadis itu.

Arlisya Firdaus membalas senyuman. "Jangan risaulah, dia lelaki. Dia pandai jaga diri."

TIH 2 : Broken LandWhere stories live. Discover now