Bab 24 : Bos Baru dan Sneakers Pujaan Hati

1.5K 105 3
                                    

Sepuluh tahun kemudian...

Seorang lelaki tinggi lampai lengkap dengan blazer hitam menyelubungi tubuh yang berkemeja kelabu keluar dari lif. Dia membetulkan tali lehernya. Dia melangkah mendekati meja Sharif. Keningnya terjungkit melihat  Sharif memakai headphone tangannya lincah menggerakkan tetikus dan menekan-nekan papan kekunci.

Lelaki itu berdehem. Sebelum menolak headphone di kepala Sharif.

Sharif terkejut. "Eh, apa ni dah mati? Alaaa..." Wajahnya tidak puas hati. Kedua-dua tangan diletakkan di belakang kepala. Frust!

Dia memandang orang yang mengganggu permainannya. "Ya, encik siapa?"

Lelaki berpakaian segak itu menyeluk sebelah tangan ke dalam poket. Sebelah lagi mengusap dagunya. "Awak ni dah kerja berapa hari kat sini?"

"Hmm... Seminggu. Encik ni siapa?" soal Sharif lagi.

Lelaki itu tersenyum sinis. Baru seminggu rupanya. "Muhammad Taufiq bin Muhammad Ismail. Pernah dengar?"

Terbuntang mata Sharif. Dia bingkas bangun siap menunduk hormat macam orang Korea pula. "Maaf, boss! Maaf. Saya tak perasan tadi."

"What's your name?"

"Sh... Sharif."

"Sharif, saya tak perlukan pekerja sambil lewa macam awak. Sorry but not sorry, you are fired!" Taufiq beredar meninggalkan Sharif tanpa belas kasihan. Dia menggeleng kecil.

Langkah kakinya berhenti di meja seorang lelaki di situ. Lelaki itu tekun membuat kerja. Kerja yang agak susah dan sering diabaikan tetapi kerja ini sangat penting. Mana-mana tempat pun pasti ada orang yang mengendali kerja ini.

Akauntan.

Taufiq mengetuk meja mencuri perhatian lelaki itu. Lelaki itu mengangkat wajah. "Eh, bos?" keningnya dijungkit.

Taufiq sengih. "Tak payahlah beria panggil aku bos, Zim! Dah, tinggalkan kejap kerja kau. Ikut aku sarapan. Lapar do!" Dia usap perutnya pedih menahan lapar. Dia memang tidak sempat mahu makan tadi, tambahan pula isterinya, Diana masih di hospital. Dah bertugas jadi doktor kan? Bukannya free selalu.

"Aik, agaklah bos! Baru sehari masuk kerja dah pandai buli pekerja ke?"

Mati sengihan Taufiq. Dia angkat tangan. "Sebelum aku tumbuk kau, baik cepat. Aku tunggu dekat depan lif."

Hazim lantas mengemas barang di atas meja. Komputer ditutup sementara. Eh, mamat ni, dia ingat aku ni ada masa free sangat ke? Suka-suki aje ajak pergi makan. Omel lelaki itu dalam hati.

Turun saja ke tingkat bawah, Hazim dan Taufiq bergerak ke kafeteria yang disediakan dalam bangunan syarikat itu. Hazim duduk di tempat kosong menunggu Taufiq mengambil makanan.

"Kau tak boleh turun sendiri ke? Tak pun makan sajalah apa ada dekat pantri tu? Tengah kerja aku berlambaklah, kau kacau," luah Hazim.

Taufiq menyumbat roti bakar ke dalam mulut. Dikunyah sehingga hancur sebelum menelannya. "Aku peliklah kalau makan seorang. Sudahlah makan seorang, pekerja kat sini semua jadi tak selesa ada bos diorang sekali. Lagipun, aku ajak kau ni pun ada benda aku nak tanya."

Hazim mengerutkan kening.

"Dah sepuluh tahun, Zim. Sampai bila kau nak tunggu?"

Keluhan berat dilepaskan. Ingatkan lepas dua bulan Taufiq terpaksa menetap di Australia, dia boleh terlepas. Balik ke Malaysia pun, dah tiada keluar soalan tu. Malangnya, lelaki itu tidak lupa.

"Kau nak tunggu apa? Habis belajar? Dah sampai degree dah pun! Kerja tetap, ni aku dah bagi kerja. Gaji pun boleh tahan. Kereta? Dah bayar penuh dah kereta Axia tu. Tu pun aku suruh beli mahal sikit, kau tak nak. Ha, apa lagi? Rumah? Kau dah mampulah nak beli sebuah." Taufiq sumbat roti bakarnya ke dalam mulut. Dia hirup sedikit sup cendawan.

TIH 2 : Broken LandWhere stories live. Discover now