Bab 34 : Berbaring di Bawah Sinaran Cahaya Bulan

1.4K 95 3
                                    

Hazim memasukkan kedua-dua tangannya ke dalam poket seluar sukan. Dia sempat menukar baju T dan kain pelekatnya tadi dengan seluar sukan dan hoodie berwarna hitam. Dia sudah siap menyarung kasut suka jenama Nike yang disimpan di dalam kereta. Sekarang dia perlu menunggu Arlisya Firdaus bersiap. Tak lama kemudian, wanita itu keluar dari rumah. Dia juga menyarung seluar trek dan baju hoodie bewarna putih. Tudung shawl dililit pada leher ala kadar. Matanya memandang Hazim yang berdiri membelakanginya. Lelaki itu sedang melihat langit gelap itu.

Arlisya Firdaus melepaskan nafas perlahan. Nampaknya lelaki itu benar-benar serius ingin mengajaknya keluar. Dia hanya sarung selipar. Tangan mengunci pintu gril. Dia cuba untuk tidak membuat bunyi bising.

"Pakai kasut. Sport shoes."

Terjungkit kening Arlisya Firdaus memandang suaminya yang langsung tidak menoleh ke arahnya. Arlisya Firdaus, tahniah kau dapat laki suka control orang! Ujarnya dalam hati dengan nada sarkastik. Matanya tajam memandang belakang lelaki itu. Namun, tidak pula wanita itu membantah melalui percakapan atau perbuatan. Kasut Adidas berwarna kelabu dan merah jambu itu dicapai dari rak. Dia menukar kasut sebelum berjalan laju mengejar Hazim yang sudah keluar dari halaman rumah.

"Kereta?"

Hazim mengerling Arlisya Firdaus yang cuba menyaingi langkahnya. "Apa kereta? Jalan kaki sajalah."

Patutlah suruh aku pakai kasut, nak berjalan rupanya. Bisik hati wanita itu. "Tak bahaya ke jalan waktu-waktu malam macam ni?" soalnya. Dia pandang kiri kanan. Risau. Tangannya yang mulai rasa sejuk kerana angin malam itu digosok-gosok cuba menghasilkan haba.

"In shaa Allah tak ada apa-apa."

"Awak selalu keluar pagi-pagi buta macam ni ke?"

Hazim pandang ke sebelah. "Banyak betul soalan awak."

"Siapa suruh awak ajak saya keluar pukul 1 pagi macam ni."

Tak semena-mena Hazim angkat tangan kanannya disua hadapan muka wanita itu. Tangan kiri menarik sedikit lengan baju hoodie itu. Dia menunjukkan jam di pergelangan tangannya. "Dah pukul 2 dah pun." Ditarik tangannya semula.

"Saya tak pernah keluar seawal pukul 1. Paling awal pukul 3."

"Awak buat apa keluar pukul 3?"

"Jogging."

Arlisya Firdaus memandang wajah lelaki itu. "Jogging? Wow, ini rupanya rahsia Muhammad Hazim bin Muhammad Hakimi untuk pecah rekod larian negeri! Kalau saya tak kenal awak, saya rasa awak ni gila tau tak? Jadi, dah berapa lama awak buat kerja gila ni?" dia berhenti di hadapan Hazim sambil memeluk tubuh.

Hazim turut menghentikan langkahnya apabila wanita itu berdiri di hadapannya. Dia senyum. "Sejak saya form 3."

Besar mata Arlisya Firdaus. "Mama dan ayah awak tak kisah ke awak keluar gelap-gelap macam tu. Seorang diri?"

"Banyak benda awak tak tahu tentang saya, Firdaus. As I said before, mama dan ayah dah lama bercerai. Dia orang berpisah selepas saya dilahirkan. Kalau awak kenal saya dulu, saya rasa awak takkan terima pinangan saya." Hazim terus berjalan.

Arlisya Firdaus terkedu. Berpisah selepas Hazim dilahirkan? Boleh tak aku nak cakap mak ayah mentua aku ni kejam?

Hazim memusingkan tubuh apabila sedar isterinya tidak mengikutnya. Dia menghembus nafas perlahan. Rasa kesal bercerita tentang masa silamnya itu. Dia berjalan mendekati Arlisya Firdaus yang bagaikan terpaku di atas jalan itu. "Saya tahu apa yang berada dalam fikiran awak. Awak rasa mama dan ayah kejam? Jangan tuduh melulu, Firdaus. Awak tak tahu lagi cerita penuh. Jom, taman permainan ada kat depan tu saja kan?"

TIH 2 : Broken LandWhere stories live. Discover now